CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 25 January 2008

RezekiNya yang Luas

Pada suatu hari sewaktu makan di rumahnya, Sheikh Malik bin dinar didatangi seekor kucing yg tiba-tiba sahaja meluru ke arahnya dan mengambil seketul daging yg sedang di makannya dan terus melarikan diri..

Sebagai hambaNya yg berakhlaq, beliau tidaklah marah lantas mengikut jejak si kucing yg mencuri tadi sehingga beliau dapat melihat akan kucing itu berhenti di suatu kawasan.

Beliau menyangka kucing itu akan memakan daging tersebut, tetapi sangkaannya ternyata meleset apabila kucing itu mencampakkan daging itu ke depan suatu lubang dan kucing tersebut berundur perlahan-lahan.


Kemudian keluar seekor ular dari lubang itu dan memakan ketulan daging tersebut..Apabila diamati sebetulnya oleh Sheikh Malik akhirnya beliau dapat melihat ular itu sebenarnya buta..Subhanallah!

Beliau terus beredar sambil memuji-muji Allah atas kebesaran dan rahmat Allah yg begitu besar..Hatta seekor ular yg buta itu pun mendapat rezeki dariNya sedangkan pula kita hambaNya yg berakal..fikir-fikirkanlah..

Wednesday 23 January 2008

Kesekian kali

Kesekian kali
Kini ku berdiri
Tulus di hadapanmu
Masih terus merayu
Tinggalkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayat mu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatiku
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yg di depanmu

Lihatlah jua ke hatiku aku lah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama mengharung dunia yg fana ini

Kesekian kali
Ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinan ini
Yang kau akan berdiri
Atas kemuncak tinggi

Kesian Kali;;
Munif dan Suhaimi

Khas buat sahabatku..

Saturday 19 January 2008

Antara ketagihan dan Hukum...

Assalamualaikum…

Salam permulaan bg permulaan semester baru Januari 08..selamat datang kepada semua rakan2 seperjuangan ke kampus bg meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar/mahasiswa/penuntut ilmu...semoga semester ini dimulakan dengan niat dan perancangan yg lebih efficient berbanding sem2 lepas..insyAllah..


Dalam penulisan pertama ini saya ingin membawa sedikit pengetahuan yg berkisar satu isu yg telah lama diperbincangankan oleh ulama2 besar di seluruh dunia.


Ianya merupakan isu hukum halal atau haram dalam amalan merokok..apakah ianya boleh?atau apakah hukum sebenarnya??Ianya pernah suatu ketika dahulu menjadikan persoalan perokok2 yg ingin berhenti dari tabiat buruk ini namun bila sudah mengetahui hukumnya,kebanyakkan mereka mula berdolak-dalih mempermain-mainkan hokum yg difatwakan oleh ulama2 besar..

Pernah di sekolah menengah, saya meminta para pelajat yg masih fresh (Form 1) yg baru menjejak kaki ke alam persekolahan menengah mengkaji berkenaan isu ini bersama dengan bantuan Ustaz dan Ustazah masing2..agar dengan usaha ini dapat mengelakkan mereka dan para pelajar yg senior menyedari betapa pentingnya kesedaran untuk melahirkan generasi yg tidak terpengaruh dengan jerat perangkap yahudi nasrani…

Maka, setelah itu, mereka mula membentangkan hasilnya kerja masing2, ada yg mengatakan seperti berikut:

1) Hukumnya makruh.

2) Hukumnya makruh dan menghampiri haram.

3) Hukumnya haram kerana membahayakan kesihatan dan mengakibatkan pembaziran.

Tidak lama selepas itu, dalam satu khutbah Jumaat diselitkan sedikit perkongsian oleh Tuan Imam Masjid di sekolah saya bahawa Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa hukum merokok ialah haram kerna ianya mebahayakan kesihatan dan melahirkan generasi yg ketagih akan asap rokok dan lemah..sememangnya ia satu agenda penting oleh Yahudi Nasrani...

Dr Yusof Al-Qaradhawi juga berkata, ”sekiranya kamu membeli sebatang rokok maka kamu telah mendermakan sebutir peluru utk Israel bg kegunaan mereka menembak penduduk Palestin!”Maka bayangkan bertapa kita telah menyumbang share yg besar bagi mereka utk menghancurkan umat Islam di Palestin dan kebanyakkan di antara kita tidak tahu menahu dalam hal ini kerna pengeluar2 rokok yg termashyur dan menjadi pilihan ramai adalah Yahudi laknatullah...

Namun, ada juga di antara pelajar yg saya cuba terapkan kefahaman ini akhirnya terjebak dan ketagih peringkat sukar utk meninggalkan tabiat merokok kerna ianya mudah didapati di mana2..seakan-akan ianya dihalalkan oleh ulama2 yg alim dalam bidang mereka..dan seolah-olah suara mereka tidak pernah didengar.Apabila kita lihat di kedai2, hanya tertulis, ’Rokok tidak dijual kepada remaja berumur di bawah 18 tahun’ dan ’Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan para pembeli tidak membeli bahan ini kerna membahayakan kesihatan’ dan tidak kurang juga kempen Tak Nak! Di seantero tanah air yg menelan berjuta-juta wang...

Ianya dilarang hanya kerna belum sampai umur @ ’cukup umur’ dan hanya tinggal sebagai slogan semata-mata...memang tidak dinafikan ada yg mula berhenti dari tabiat ini,namun berapa ramai pula yg baru berjinak-jinak dengan gejala merokok ini??Bukankah elok jika ianya tidak dijual langsung wlaaupun ade yg diseludup secara haram oleh pihak2 tertentu supaya masyarakat yg sudah didedahkan dengan hukum ini tidak lagi menggunakan alasan2 yg lain utk meneruskan tabiat merokok ini...

Bak kata pepatah,’Mencegah itu lebih baik dari mengubat’..wassalam

Wednesday 16 January 2008

Selamat?

assalamualaikum...

sedar x sedar,hampir smggu lbih adik sharlinies Mohd Nasyar hilang dan hingga kini masih lagi tiada apa berita darinya..sharlinie merupakan mangsa kedua selepas Nurin Jazlin mungkin?Semoga die dijauhkan dari segala yang tidak diingini....

apakah sudah tidak selamat lagi bagi kanak2 seperti kita dahulu bermain2 di taman permainan?Kadang2 terlintas perasaan risau bila adik perempuanku balik lambat dari rumah kawannya yang hanya terletak sebelah rumah sahaja..tetapi when these two type of cases happened in malaysia,my mind already changed...

tidak salahkan jika kita melahirkan perasaan gusar dengan situasi ini?namun jika diperhatikan sendiri pada hari ini,gejala yang tidak diundang ini barangkali mengajar kita utk lebih teliti dalam setiap tindakan kita seharian...sedarlah,jika dilihat hari ini movie2 dan cerita2 yg x bermanfaat yng terselit unsur2 lucah berulang kali ditayangkan..tak lupa juga penyebaran video2 lucah yg melibatkan 99% muda mudi yg sudah hilang maruah diri..sungguh menyedihkan!

baru2 ini juga akhbar Berita Harian mendedahkan gejala asmaradana siswa siswi yg di'title'kan 'universiti asmara' di mana menyatakan ramai siswa siswi bersekedudukan dan hidup bebas di Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi yg menjadi tumpuan ramai pelajar Melayu..lalu apa yg diharapkan dari golongan ini lagi yg asalnya menjadi harapan ibubapa di kampung agar menuntut ilmu mengisi dada dan berjasa di hari kemudian..bak kata bijak pandai,"Jika ingin melihat pemimpin masa depanmu,lihatlah pemudamu di hari ini"..lalu,apakah ini yg diinginkan?sudah cukup dengan skandal seks baru2 ini..tidak perlu lagi diharapkan utk mencari pemimpin sebegini..(walaupun dilantik kembali menjadi Penasihat BadanPerhubungan MCA Johor)..cukupkah sudah!

berbalik kepada punca kehilangan adik2 kecil dek bahana nafsu binatang manusia,perlu diingat kembali pada suatu ketika dahulu, dalam perhimpunan paderi2 di Jerusalem suatu ketika dahulu..di mana dalam satu ucapan seorang paderi kepada ketua2 penjajah,beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya melahirkan satu generasi baru di bumi Islam yg mana generasi tersebut tidak mengenal Tuhannya sendiri yg tidak mementingkan perkara2 agama,hanya menumpukan materialistik semata-mata,hanya menyukai berseronok dan bermain-main..dan sehingga kini ianya benar2 terjadi di mana2,termasuklah negara kita...

tidaklah salah utk berhibur..ttapi ianya berbatas..sungguh memalukan apabila ada org menyatakan bahawa kita tidak boleh mengawal hiburan dan sosial kerana negara kita terdiri dari pelbagai kaum..kaum yg majmuk..namun,sedarkah yg terkehadapan dalam kedua-dua perkara ini ialah org melayu Islam..sekali lagi yg sebenarnya kite tidak lain tidak bukan hanya berdolak dalih semata-semata...fikirkanlah

Monday 14 January 2008

Cinta Nabi SAW

13 disember 2007

Cinta Nabi SAW

Assalamualaikum wbth


Pagi ini di kala menunggu washing machine menyelesaikan kerjanya, aku menyandarkan diri sambil menonton Bicara Mufti dan jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..
Kali ni S.S Dr Asri mufti perlis menyampaikan tazkirah mengenai Cinta Umat kepada Nabi Muhammad SAW…dan saya kira mmg menarik dan agak meninggalkan kesan kepada pendengar jika para pendengar benar2 mendengar dan mengambil isi tazkirah sebetulnya..

Antara apa yang disampaikan oleh beliau adalah sebuah kisah Imam Maliki dan sahabatnya..

Ceritanya, pada suatu hari datanglah seorang sahabat kepada imam Maliki di Madinah yang membawa hajat untuk bertanya kepada beliau akan satu soalan..apabila mereka bertemu, maka bertanyalah akan sahabat itu kepada imam Maliki, ”Dimanakah aku patut berihram utk menunaikan ibadat hajiku?”..maka dijawab akan Imam Maliki, ”Rasululullah SAW dulu berihram di tempat sekian..sekian”...

Namun, si sahabat tersebut menjawab kembali..”Aku akan berihram di Masjidil Nabawi, kerna di situ terdapat Makam Baginda SAW dan tempat itu lebih mulia”.Pantas dijawab akan Imam Maliki, ”Apakah engkau mahu menimbulkan fitnah terhadap agamamu wahai sahabatku?”..

Sekali lagi sahabat Imam Maliki menjawab, ”Apakah keinginanku untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada apa yang dilakukan Rasululullah SAW merupakan satu fitnah?Bukankah ini suatu yang baik?”..

”Wahai sahabatku, perbuatanmu untuk melebihi sunnah Nabi SAW merupakan satu fitnah yang amat besar terhadap agamamu kerana engkau telah cuba membelakangkan sunnah Nabi SAW dan ingin melakukan perbuatan yang tidak mengikuti sunnahnya (dengan kata lain terlalu melebihi sunnah Nabi sehingga melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW)”, terang Imam Maliki..

Di sini dapatlah disimpulkan umat Nabi SAW ada dua golongan; iaitu;

1) Golongan yang cintakan Nabi SAW tetapi tidak beriman terhadap apa yang dibawa oleh Baginda SAW
2) Golongan yang tidak cintakan Nabi SAW tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi SAW

Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib merupakan contoh yang golongan pertama, beliau begitu sayang dan cintakan akan Nabi SAW. Beliau di waktu hidupnya mempertahankan Nabi SAW daripada musuhnya yang terdiri dari kaum kafir Quraisy, sehingga belaiau sanggup bersama-sama Nabi SAW berlapar sewaktu dipulaukan oleh seluruh kafir Quraisy. Namun, semasa beliau nazak menghadapi kematian, Nabi SAW menyeru kepadanya supaya beriman kepada Allah dan memeluk Islam, tetapi bapa saudara Nabi SAW yang cintakan Nabi SAW ini menyatakan, ”Jika aku memeluk ajaran agama yang engkau serukan ini wahai anak saudaraku, aku bimbang orang akan memburuk-burukkan dan mengutuk namaku walaupun aku akan meninggalkan dunia ini” dan beliau mati dalam keadaan kafir dan menyebabkan Baginda SAW bersedih beberapa ketika.

Contoh golongan yang keduanya pula ialah Abdullah bin Ubay, Ketua atau Kepala Orang Munafik. Dilihat dari luar, dia begitu taat kepada Nabi SAW. Bersama-sama Nabi SAW dan sahabat2 sepanjang masa malah solat berjemaah bersama Nabi SAW. Namun di dalam hatinya terdapat niat busuk lagi hina tidak beriman akan Nabi dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW. Inilah dia kaum munafik, berpura-pura beriman di hadapan Nabi SAW dan belot di belakang Nabi SAW...

Dalam tazkirahnya, Dr Asri juga menekankan bahawa ramai di antara kita yang berlebih-lebih dalam amalan seharian sehingga melakukan apa yang diamalkan oleh Nabi SAW (perkara-perkara bid’ah), dan perkara ini seharusnya disedari dan perlu dikurangkan kerna setiap amalan yang dilakukan dengan seikhlas mana sekalipun tidak sah selagi ia tidak mengikuti akan sunnah Rasululullah SAW.

Namun saya ingin mengingatkan bahawa di kalangan kita sekarang ini banyak yang tidak melakukan sunnah malah menghina akan apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Bukan setakat amalan sunat, tetapi juga yang lebih penting ialah mukjizat terbesar Baginda iaitu Al-Quran yang mulia. Meremeh-remehkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hukum hudud. Apa yang memalukan kita golongan seperti ini terdiri dari ustaz2 dan ustazah2 yang tidak memahami erti sebenarnya tugas muslim di muka bumi dan disokong oleh orang2 yang langsung tidak mendalami ilmu agama..

Akhir kata, saya meninggalkan saudar2 pembaca dengan sepotong hadis (lebih kurang maknanya) dari Baginda SAW, ”Barang siapa yang berpagi-pagi bangkit dari tidurnya namun tidak terlintas di benak hatinya untuk memikirkan (tidak mempedulikan) hal-hal umat Islam, maka dia bukanlah dariku”...wassalam