CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday 28 September 2009

Gambar2 raya











Alhamdulillah..seorang demi seorang..anda?

salam eid mubarak...

seminggu bercuti hari raya dan cuti mid sem tahun ini amat2 bermakna buat sy..banyak benda yg telah dibuat sepanjang berada di rumah hingga x sempat utk keluar merantau keluar kelantan seperti yg dibuat sahabat2 lain dlm Kembara Raya mereka..

raya pertama seperti biasa, Soalt Sunat Aidil Fitri, Bersalaman dgn mak n ayah, dapat duit elaun raya(duit raya la), ziarah kubur, makan nasi kegemaran (nasi dagang sampai 5 pinggan time raya pertama), ziarah umah saudara mara dan sahabat2 sekitar rumah...


raya kedua ziarah sahabat PCB Choyi, Sufian Omar dan Mat York. asalnya saja nk jumpa Choyi yg sudah setahun tidak bertemu..makin sihat kawan kite tu, anak buah pun makin ramai..alhamdulillah..

hari raya ketiga, balik kampung bersama keluarga, ada kenduri aqiqah..dari pagi sampai tgahari, melapah daging dan masak gulai kawah seperti biasa tugas sy bersama adik2 dan org kampung..akhirnya dapat lagi main api dan berpanaas di tgh hari...apapun, dapat jumpe sepupu yg dah berjanggut or bermisai..masing2 da makin dewasa nampaknya..huhu

hari raya keempat, ziarah mahligai abu zarin..asalny pagi tu sy pegi tukar tayar kereta yg dah botak..mujur dapat money injection dari ayah, kalo tak mau rm 200 abes duit..kemudian ke pasaraya baru di kubang kerian, Nirwana Maju..tengah2 queue nk bayar barang2, abu zar call ajak ziarah Ustaz aziz (Ustaz di sains machang dulu) ..tanpa membuang masa terus ke rumah abu zar,..sampai2 dapat tau rupenya ustaz ada masjlis pertunangan anaknya arini..so, cancel plan A la..tibe2 terfikir nk berjalan2 di Chengal, umah saudara mawardi yg cuti (currently study in Japan)..di rumah madi, jumpe lak mamat tuyup and mat toy..dan tibe2 pula terlintas utk ziarah umah Ustaz Ramli (murabbi sy di sains machang) yg sudah 5 tahun tak bertemu sejak beliau bersara dari berkhidmat di smach...akhirny, dpt tau kat mane rumah ustaz, dekat Nilam Puri, belakang rumah Mak Jah (saudara sebelah nenek)..kecikny dunia ni...

hari raya kelima, sepupu sy adakan majlis kesyukuran atas perkahwinanny dengan org kubang kerian...alhamdulillah, berakhir juge zaman bujang member tu..moga dimurah rezeki..dan sepeti biasa, kalo ade kenduri di kalangan keluarga, masing2 akan turun jadi pembantu (Jong kako, tukang buat air, tukang basuh pinggan, tukang tambah laut, team melapah daging dan team chef2 handalan)..memang penat, tp berbaloi-baloi..

hari raya keenam, satu hari menghabiskan masa bersama-sama sahabat2 sains machang utk menghadiri Majlis Walimatuurus M Sufian Omar di PCB sekali lagi..konvoi bersama abu zar, nurdeen, pok loh, melat, teacher yus dan pok jak squad..dapat jumpe raja sehari yg dalam diam2 ubi berisi..alhamdulillah, bak pinang dibelah dua..tahniah diucapkan..

selepas solat asar di masjid pcb (tak ingat ape namenya), kami bertolak ke rumah ustaz aziz di Paya Rambai, rumah ustaz pun first time jgak lepas 5 tahun x jumpe..fuh, boleh tahan rumah ustaz..dari rumah ustaz kemudian ke rumah teacher yus (sekadar nk kenal rumah je)..then, memandangkan da masuk maghrib, kami solat di surau kawasan umah abu zar,..selesai solat, sempat pulok abu zar menjamu kami dengan biskut raya di taman tergantung rumahnya..alhamdulillah..sempat bincang dua tiga benda..

akhirny, dlm jam 8.15 mlm, sy dan pok jak konvoi ke rumah masing2..sahabat2, jumpe lagi..lepas ni sape la pulak yg akan ke jingjang pelamin..wassalam

Saturday 12 September 2009

Sahabat

Prof. Abdullah Hasan pernah memberitahu saya, “Sahabat yang sejati ialah sahabat yang kita kenali semasa kita tidak punya apa2. Contohnya sahabat yang kita kenal semasa sekolah, di mana kita dan dia berkawan bukan kerana apa2 kepentingan. Jagalah sahabat itu dengan baik kerana merekalah yang sanggup susah senang bersama tanpa mengharapkan apa2 imbuhan.”

Tidak hairanlah semakin berjaya kita dalam kehidupan dunia semakin sunyi kita dari sahabat sejati. Semakin tinggi status sosial kta semakin mudah kita terjebak dengan dosa dan kesalahan kerana sahabat yang sanggup memberi nasihat semakin tertinngal di bawah.