CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday 1 March 2010

2H: Hidhir dan Hisham

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan SAW yang telah meninggalkan kita utk sekian lamanya namun jasa dan pengorbanan masih lagi dirasai hingga ke hari. Malah, kesinambungan ajaran dan siraman ilmu serta sunnah Baginda SAW masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini, dengan adanya ulama’, Tuan2 Guru, Syeikh dan ustaz serta ustazah yang masih giat menyampaikan ilmu agama kepada kita semua. Alhamdulillah..

Di antara pengorbanan Baginda SAW ialah terpaksa mengikat perut berlapar sewaktu dipulaukan oleh kaumnya sendiri, oleh masyarakat sendiri dan oleh manusia penghuni Makkah di waktu awal dakwah Baginda SAW. Bukan setakat itu sahaja, walaupun Baginda SAW sudah berhijrah ke Madinah Al Muanwarah dan dilantik menjadi ketua Negara, Baginda SAW masih tetap hidup bersederhana, dan diceritakan pernah dapur Baginda SAW tidak berasap utk beberapa hari. Namun, dalam keadaan yg hidup yg serba kesederhanaan itu, Baginda SAW masih lagi dan telah diiktiraf sebagai pemimpin manusia yang paling berjaya dan berpengaruh dalam membentuk jiwa2 umatnya. Berbanding dengan pemimpin hari ini, hidup serba mewah; rumah kereta besar, punya harta yg melimpah-limpah, tapi hati dan jiwa tidak sebesar yang disangkakan. Mereka tidak mampu utk membawa org yg dipimpin ke jalan yg lurus malah kadang kala menyesatkan apabila terjebak dalam kancah rasuah, kronisme, monopoli, kezaliman kepada rakyat dan sebagainya.

Memang susah nk jumpa pemimpin semacam ini sekarang, kalau ada pun, belum tentu org akan menyenanginya dan menyukainya. Yalah, bak kata org2 sekarang, “No money no Talk”. Kita lebih cenderung utk memilih apa yg lebih senang dicapai dan dilihat akan realitinya; contohnya keuntungan, kekayaan, huge profit, laba berlipat ganda, duit poket banyak dan kesenangan dalam apa yg diusahakan. Sebaliknya, kalau kesusahan dan keperitan yg bakal ditempuh, kita akan cepat2 mengelakkan diri, mencari jalan utk menepis ketidaksenangan itu. Benarkah?

Di dalam kitab Tanbihul Rafilin (Peringatan Buat Orang2 yang Lalai), dalam bab siksaan dan balasan orang2 yg meninggalkan solat fardhu, ada suatu hadis Nabi SAW yg menyenaraikan 10 golongan yg akan dimasukkan ke dalam neraka jahim dan dibakar sehingga gugur daging mukanya. 10 golongan tersebut ialah :

1) Orang tua yg berzina
2) Raja / Pemimpin yg zalim
3) Orang yg minum arak dan tuak
4) Orang yang derhaka pada org tua
5) Orang yg berjalan dengan mengumpat
6) Orang yg berdusta
7) Orang yg tiada member zakat
8) Orang yg menganayai org lain
9) Orang meninggalkan sembahyang
10) Dan orang yg mengadu-ngadu (batu api)

Adapun, bukan hanya 10 golongan ini sahaja yg akan dihumbankan ke dalam neraka, masih banyak lagi Cuma di hadis tersebut ada menyebut beberapa kerat sahaja terutama golongan yg meninggalkan solat (membincangkan siksaan meninggalkans solat).

Ternyata pemimpin yg zalim, tidak adil, menyembunyikan hak yg sepatutnya menjadi hak kepada org lain, memutarbelitkan akan fakta2, membisukan ulama’-ulama’, menghukum orang-orang yang tidak bersalah padahal membebaskan pengkhianat agama, mengelirukan orang bawahan atau pengikut dari jalan mendekatkan diri dengan Allah serta meghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal; gologan duduk di tempat kedua dalam hadis iaitu orang yg akan dimasukan ke dalam neraka. Nauzubillah min zalik.

Adapun di dalam hadis yg lain ada menyebut, di antara golongan yg akan duduk di bawah bayangan Arasy Allah di Padang Mashyar nanti ialah pemimpin yang adil saksama dan di dalam hadis tersebut Pemimpin berada di tangga teratas. Orang yang pertama disebut dalam hadis itu. Sedangkan bagi pemimpin yg zalim, tidak adil, Nabi SAW sudah warning, tempat kedua dalam hadis yg sebelum ini.

Lalu, sama-samalah kita muhasabah dan berfikir sejenak, apakah yg selalunya terjadi kepada kita. Sama ada memilih org yg soleh, atau memilih org yg toleh dalam menggariskan guideline sebagai panduan hidup kita. Dan jika menjadi pemimpin pula, apa pula yg selalunya menjadi kayu ukur dan meter pertimbangan kita? Fikir-fikirkan…wassalam


p/s: Walaupun tajuk dan isi posting tidak berkaitan, namun saya hanya menukilkan jutaan sukacita kepada dua sahabat saya 2H: Hidhir dan Hisham atas kejayaan mereka. Semoga Allah memberkati kalian dan memberikan kalian yg terbaik…

0 comments: