CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday 8 November 2010

Jumaat

salam perantauan,

alhamdulillah, setelah sekian lama bekerja di hari Jumaat, akhirnya dpt juga merasai nikmat berehat di hari Saiyidul Ayyam itu..malah inilah kali pertama
menunaikan solat jemaah Jumaat dgn selesa, tenang dan tidak serabut di perantauan ini..mana tidaknya, kebiasaannya terpaksa bergegas secepat mungkin dari
kantor (pejabat) menuju ke masjid dlm keadaan traffic jam (kesesakan lalu lintas)..

rekod yg telah tercatat setakat ini, pernah sampai di masjid sebelum azan pertama (rekod paling awal) dan pernah sampai sewaktu jemaah sudah rakaat pertama (rekod paling
lambat)..dan ralibnya (kebiasaannya) sy akan sampai sewaktu khutbah dibacakan Khatib..maklumlah, sebelum ni selalu jumaat hari cuti di Kelantan,Terengganu (Praktikal) dan
selalunya berusaha awal ke masjid (Semasa di Perak)..

dua suasana yang berbeza, yang amat berbeza saya kira. cuti hari jumaat dan bekerja di hari tersebut.

mungkin tuan2 atau puan2 menyatakan kekolotan penulisan saya, tetapi saya tidak kisah jika penulisan ini melambangkan kekampungan, kemunduran dan tidak up-to-date..malah jika
digelar primitif sekalipun saya tidak kisah..

di antara kekurangan bekerja / bersekolah di hari Jumaat ialah:

1) Ada yg ponteng atas alasan terlepas / terlambat / terlupa / tak tersempat / kehujanan
2) Ada pula yang selalunya sampai awal di masjid, tapi singgah dulu di kedai makan / restaurant / gerai air (ada pula yg sambil dgr khutbah sambil2 makan - takut lambat masuk kerja)
3) Ada yang para pelajar yg masih beruniform melepak di kedai2, di kedai2 7-eleven (lelaki perempuan)
4) Ramai yg habis sahaja salam solat dua rakaat, terus keluar masjid utk seribu satu tujuan (i.Makan, ii.Takut stuck dlm jam iii. Bimbang kasut @ sandal mahal hilang iv. ....)
Maka peluang utk bertanya khabar, bertegur sapa semakin kurang..
5) ADa anak2 muda, kanak2 sekolah yg tidak solat jumaat..melencong ke tempat lain, CC, shopping complex atau sekadar di taman2 (malas utk solat). Sedangkan kanak2 yg baru balik sekolah pun
tidak solat
6) Jemaah terlepas amalan2 sunat di hari Jumaat (datang awal, mandi sunat Jumaat, memakai bau-bauan, solat sunat tahyatul masjid, dan byk lagi)


Selebihnya tuan2 mungkin lebih berpengalaman dan mungkin mempunyai lebih byk kesukaran yg telah dilalui, adapun yg tertulis ini hanyalah apa yg penulis lakukan, atau melihatnya..

Doakan penulis agar dipermudahkan dan diperkuatkan Allah utk menghadapi suasana sekarang, dan dipertemukan apa yg dicari..

wassalam

2 comments:

cucu Tok Hamzah said...

semoga dipermudahkan rezeki dan jalan untuk berjumpa dengan apa yang dihajati jika tidak berjumpa dengan apa yang dihajati mungkin ada yang lebih baik untukmu~

Anonymous said...

salam...

berbeza sungguh berada di alam pekerjaan dan alam studi...sungguh rindukan suasana bersama-sama 'geng2'.. dgan bersama mereka shja hati terasa tenang, sama2 mendalami ilmu, menghadiri majlis ilmu... Ya Rabb kau kuatkanlah hati kami, kau tetapkanlah iman kami, agar kami tidak hanyut dari landasanMu..