CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 14 January 2011

Kisah Abrahah

Kisah Abrahah bermula apabila dia mula mengepalai pemberontakan di Yaman dan adapun kisah pergolakan di Yaman pula adalah satu kisah yg panjang. Untuk memudahkan, ceritera pergolakan di Yaman bermula setelah raja atau pemerintah di Yaman pada waktu itu telah menghukum seorang Ghulam (kanak2 lelaki)yg telah secara sembunyi beriman kepada Allah. Kisah Ghulam ini tersohor, di mana dia telah meminta
raja Yaman pada waktu itu (Tubba Zu Nawas) menghukumnya dgn cara memanahnya di khalayak rakyat jelata dan melepaskan anak panah dengan menyebut "Dengan nama Tuhan budak ini", dan setelah dikumpulkan rakyat dan disebutkan syarat ini, barulah Zu Nawas berjaya membunuh ghulam itu.

Sungguhpun dia berjaya membunuh ghulam, tetapi Allah telah mencampakkan nur iman ke dalam hati 20,000 rakyat yg menyaksikan.SubhanaAllah.

Zu Nawas yg kemudiannya sedar akan hal tersebut, telah mengarahkan tenteranya mengali lubang besar yg dinyalakan api yg sungguh marak di dalamnya. Kemudian, semua yg tidak mahu kembali murtad, ditolak seorang demi seorang ke dalam lubang api maut itu. Namun, hasil titipan cahaya iman kpd Allah, kesemuanya mati dengan mulia dibakar Zu Nawas.

Dan merekalah digelar Ashabul Ukhdud dlm Al-Quran. Peristiwa ini dpt dibaca di Surah Al-Buruj.

Orang Kristian (pada waktu itu tidak terpesong dan suci dari fahaman yg dicampur aduk) terasa amat marah akan Zu Nawas (Yaman). Maka, Raja Habsyah (Najashi) iaitu yg beragama Kristian telah menghantar tentera-tenteranya utk mengalahkan dan memberi pengajaran kpd Zu Nawas. Jumlah tentera yg paling besar pada waktu itu seramai 70,000 org (tidak pernah berlaku di Semenanjung Arab-pecah rekod) dan kumpulan tentera ini diketuai Aryat.

Dan di sinilah Abrahah muncul, muncul sebagai salah seorang Panglima dari Habsyah.Berdiri bersama Panglima-panglima yg lain.

Dalam pertempuran ini, tentera Yaman kalah dan Zu Nawas telah lari terjun ke dalam laut membunuh diri. Maka, tentera Habsyah menguasai Yaman dan pemerintahan telah diberikan kepada ketua tentera, Aryat setelah dilantik Raja Najasyi. Namun, harapkan pagar, pagar makan padi. Aryat mula menjadi zalim kepada rakyat Yaman dan juga kepada tentera-tenteranya sendiri (cubaan apabila menjadi org2 besar).

Dan bermulalah kisah Abrahah yg memimpin pemberontakan menentang Aryat, menjadi hero kepada tentera2 lain. Dan Abrahah telah memilih "SAtu lawan SAtu" iaitu biar dia dan Aryat sahaja yg bertempur, supaya tidak ramai nyawa yg terkorban. Dengan syarat, siapa menang dia akan menjadi pemerintah. Aryat akhirnya terbunuh dan Abrahah juga tercedera di mana hidungnya telah ditebas Aryat, menjadikan Abrahah digelar Abrahah al-Asyram (hidung yg serpih) dan Jadilah Abrahah sebagai Raja Yaman.

Adapun berita pembunuhan Aryat (wakil yg dilantiknya menjadi pemerintah di Yaman)sampai ke telinga Raja Najasyi, menyebabkan dia sekali lagi marah sehingga bersumpah dia sendiri akan memimpin tentera dan tidak akan kembali ke Habsyah selagi tidak membotakkan kepala Abrahah dan memijak-mijak tanah Yaman.

Abrahah yg takut dan tidak berani menentang Najasyi akhirnya mendapat jalan selamat dengan menghantar wakil bertemu Najasyi utk menyatakan taat setianya pada Raja Najasyi. Dia juga mengirimkan rambutnya dan tanah Yaman utk menunaikan sumpah Raja Najasyi itu. Dengan itu, Najasyi tidak jadi menyerang Abrahah dan tenteranya.

Kemudian, Abrahah telah mendirikan sebuah gereja yg paling besar di Yaman yg dinamakan Al-Qulais. Tujuannya utk mengampu Raja Najasyi semata. Pada masa itu,
Abrahah menghantar wakil2nya ke seluruh suku kaum Arab utk mengerjakan haji di gereja tersebut, padahal org2 Arab mengangungkan Kaabah, BaitulAllah. Hasilnya,
timbul kemarahan org2 Arab sehingga ada org Arab yg pergi ke al-Qulais, membuang air besar dan menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais. Dan tentu sekali Abrahah
marah akan tindakan itu.

Bermulalah sejarah tentera Abrahah dengan membawa gajah2 ingin menghancurkan Kaabah, tempat yg diagungkan suku kaum Arab itu. Abrahah dengan yakin akan kekuatan tenteranya utk menyelesaikan misinya. Dan ternyata dalam perjalanan mereka ke Makkah, beberapa suku kaum Arab dikalahkan dengan mudah.

Apabila tiba di Taif, penduduk Taif tidak berani utk menentang tentera Abrahah, malah memberikan jalan kpd mereka. Salah seorang daripada penduduk Taif juga telah
menjadi "Volunteer" atau bahasa kasarnya pengkhianat atau penunjuk jalan kepada Abrahah utk sampai ke Makkah, bernama Zu Rughal yg akhirnya mati sebelum sempat sampai ke Kaabah.

Apabila hampir tiba di Makkah, Abrahah merampas 200 ekor unta milik Abdul Mutalib (Datuk Nabi SAW) dan pergilah Abdul Mutalib menuntut haknya kepada Abrahah.

Abdul Mutalib, "Serahkan kembali milikku!".

Abrahah terkejut, kerana sangkaannya Abdul Mutalib ingin memohon agar Kaabah tidak diruntuhkan. Abdul Mutalib menyambung, "Unta-unta itu milik aku, dan Kaabah itu ada tuannya. Oleh itu serahkan semula unta2ku. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yg menjaganya!". Maka, Abrahah menyerahkan kembali unta-unta itu dan tidak menganggu penduduk Makkah.

Abdul Mutalib dan penduduk Makkah berselindung di sebalik bukit2 yg berhampiran, mereka memerhati dari jauh.

Pada hari yg dirancang, Abrahah dan tenteranya ingin menuju terus ke Kaabah dan melunaskan hasrat mereka. Namun, gajah2 yg ditunggani tidak mahu bergerak apabila dihadapkan ke arah Kaabah. Jenuh dipukul dan dipukul gajah, tidak jua bergerak walau seinci.

Dan pada masa itulah kelihatan sekelompok awan bergerak menuju ke arah mereka, dan yg sebenarnya itu burung2 Ababil yg membawa batu utk dijatuhkan ke atas tentera Abrahah.

Setiap batu kecil yg menimpa tentera Abrahah, akan menanggalkan daging2 mereka. Satu persatu tentera dan gajah Abrahah gugur mati. Abrahah yg melihat keadaan itu mula berlari ke belakang, namun dia juga tidak terkecuali terkena bisa hujan batu yg hanya dibawa burung Ababil. Ini sama seperti yg disebut di dalam Surah Ai-Fil dan tahun berlakunya peristiwa ini dinamakan Tahun Gajah.

Begitulah kisah Abrahah, dari seorang Panglima perang yg menjadi Raja Yaman dan kemudiannya menjadi bongkak dan angkuh sehingga berani utk menhancurkan Kaabah, rumah Allah. Tempat menunaikan haji dan umrah sehingga ke saat ini. Maha Suci Allah yg Merancang segala-galanya.

Wassalam

0 comments: