CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 14 January 2008

Cinta Nabi SAW

13 disember 2007

Cinta Nabi SAW

Assalamualaikum wbth


Pagi ini di kala menunggu washing machine menyelesaikan kerjanya, aku menyandarkan diri sambil menonton Bicara Mufti dan jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..
Kali ni S.S Dr Asri mufti perlis menyampaikan tazkirah mengenai Cinta Umat kepada Nabi Muhammad SAW…dan saya kira mmg menarik dan agak meninggalkan kesan kepada pendengar jika para pendengar benar2 mendengar dan mengambil isi tazkirah sebetulnya..

Antara apa yang disampaikan oleh beliau adalah sebuah kisah Imam Maliki dan sahabatnya..

Ceritanya, pada suatu hari datanglah seorang sahabat kepada imam Maliki di Madinah yang membawa hajat untuk bertanya kepada beliau akan satu soalan..apabila mereka bertemu, maka bertanyalah akan sahabat itu kepada imam Maliki, ”Dimanakah aku patut berihram utk menunaikan ibadat hajiku?”..maka dijawab akan Imam Maliki, ”Rasululullah SAW dulu berihram di tempat sekian..sekian”...

Namun, si sahabat tersebut menjawab kembali..”Aku akan berihram di Masjidil Nabawi, kerna di situ terdapat Makam Baginda SAW dan tempat itu lebih mulia”.Pantas dijawab akan Imam Maliki, ”Apakah engkau mahu menimbulkan fitnah terhadap agamamu wahai sahabatku?”..

Sekali lagi sahabat Imam Maliki menjawab, ”Apakah keinginanku untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada apa yang dilakukan Rasululullah SAW merupakan satu fitnah?Bukankah ini suatu yang baik?”..

”Wahai sahabatku, perbuatanmu untuk melebihi sunnah Nabi SAW merupakan satu fitnah yang amat besar terhadap agamamu kerana engkau telah cuba membelakangkan sunnah Nabi SAW dan ingin melakukan perbuatan yang tidak mengikuti sunnahnya (dengan kata lain terlalu melebihi sunnah Nabi sehingga melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW)”, terang Imam Maliki..

Di sini dapatlah disimpulkan umat Nabi SAW ada dua golongan; iaitu;

1) Golongan yang cintakan Nabi SAW tetapi tidak beriman terhadap apa yang dibawa oleh Baginda SAW
2) Golongan yang tidak cintakan Nabi SAW tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi SAW

Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib merupakan contoh yang golongan pertama, beliau begitu sayang dan cintakan akan Nabi SAW. Beliau di waktu hidupnya mempertahankan Nabi SAW daripada musuhnya yang terdiri dari kaum kafir Quraisy, sehingga belaiau sanggup bersama-sama Nabi SAW berlapar sewaktu dipulaukan oleh seluruh kafir Quraisy. Namun, semasa beliau nazak menghadapi kematian, Nabi SAW menyeru kepadanya supaya beriman kepada Allah dan memeluk Islam, tetapi bapa saudara Nabi SAW yang cintakan Nabi SAW ini menyatakan, ”Jika aku memeluk ajaran agama yang engkau serukan ini wahai anak saudaraku, aku bimbang orang akan memburuk-burukkan dan mengutuk namaku walaupun aku akan meninggalkan dunia ini” dan beliau mati dalam keadaan kafir dan menyebabkan Baginda SAW bersedih beberapa ketika.

Contoh golongan yang keduanya pula ialah Abdullah bin Ubay, Ketua atau Kepala Orang Munafik. Dilihat dari luar, dia begitu taat kepada Nabi SAW. Bersama-sama Nabi SAW dan sahabat2 sepanjang masa malah solat berjemaah bersama Nabi SAW. Namun di dalam hatinya terdapat niat busuk lagi hina tidak beriman akan Nabi dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW. Inilah dia kaum munafik, berpura-pura beriman di hadapan Nabi SAW dan belot di belakang Nabi SAW...

Dalam tazkirahnya, Dr Asri juga menekankan bahawa ramai di antara kita yang berlebih-lebih dalam amalan seharian sehingga melakukan apa yang diamalkan oleh Nabi SAW (perkara-perkara bid’ah), dan perkara ini seharusnya disedari dan perlu dikurangkan kerna setiap amalan yang dilakukan dengan seikhlas mana sekalipun tidak sah selagi ia tidak mengikuti akan sunnah Rasululullah SAW.

Namun saya ingin mengingatkan bahawa di kalangan kita sekarang ini banyak yang tidak melakukan sunnah malah menghina akan apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Bukan setakat amalan sunat, tetapi juga yang lebih penting ialah mukjizat terbesar Baginda iaitu Al-Quran yang mulia. Meremeh-remehkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hukum hudud. Apa yang memalukan kita golongan seperti ini terdiri dari ustaz2 dan ustazah2 yang tidak memahami erti sebenarnya tugas muslim di muka bumi dan disokong oleh orang2 yang langsung tidak mendalami ilmu agama..

Akhir kata, saya meninggalkan saudar2 pembaca dengan sepotong hadis (lebih kurang maknanya) dari Baginda SAW, ”Barang siapa yang berpagi-pagi bangkit dari tidurnya namun tidak terlintas di benak hatinya untuk memikirkan (tidak mempedulikan) hal-hal umat Islam, maka dia bukanlah dariku”...wassalam

Wednesday, 10 October 2007

Aidil_Fitri at the after end of Ramadhan








salam fitri yg bakal tiba...

sebelum sy berangkat pulang ke kampung halaman esk hari bersama teman senegeri,..ingin sy meninggalkan seketika blog ini dgn sedikit ucapan..semoga bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak di tahun depan dan semoga segala apa yg kita dapat dari bulan tarbiyyah ini dapat terus diamalkan sehingga bertemu dgnnya sekali lagi di tahun depan..insyAllah jika umur masih dipanjangkan olehNYA...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu'.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

kepada sahabat2ku yg berada di perantauan org; Syahrul Fitri Zawawi n the geng,juga kepada sahabat2 Sek Men Sains Machang,sahabat2 kampus ku kini dan kepada smua yg mengenali sy..
semoga dapat kita bertemu jika diizinkanNya..amin..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AIDIL YAFAIZIN ALBADRU..

Wednesday, 3 October 2007

CINTA..apakah kesudahannya

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah PLASTIK


Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang
bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada
seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan
Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih
ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak
pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan
lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang
sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat
sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas
cinta benar benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.
Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.
Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah
di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana
terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi
bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan
iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di
cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan
perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan
dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di
katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah
sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang
paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia
hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana
jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan
orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Remaja..

D i dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
T ali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)

Friday, 21 September 2007

Ramadhan Al-Mubarak


salam pertemuan

kini lebih seminggu kita umat islam berpuasa di bulan yg masanya adalah lebih baik dari masa di bulan2 lain..setiap amalan sunat dikurniakan pahala seperti amalan fardhu di bulan lain dan amalan fardhu di bulan ini digandakan berlipat kali ganda..Subhanallah..semoga kita semua dapat menggunakan masa keberadaaan di bulan ini dengan ssebaiknya kerna belum tentu kita dapat bertemunya dengannya lagi tahunn depan...nasihat bagi diriku yg kadang2 kesibukan dengan kerja2 akademik dan sebagainya..

cuma di sini saya agak tidak mengerti mengapakah ada segolongan di antara kita kelihatan tidak begitu menghargai peluang Ramadhan yang dikurniakan Allah ini..malah sewaktu masih 10 hari di awal Ramdhan ini saya terserempak dengan pasangan couple di dlm kereta di tempat parking kereta (Sport Complex) where it is just beside the Masjid AnNur..bila da disedari diperhatikan..mula buat2 tido..isap rokok dan last2 kluar dari kereta..agak memalukan kerna keduanya adalah Melayu dan yg perempuannya berskrit..waduh..tiada lagi sifat malu walhal org lain baru sahaja selesai tarawikh...

malam berikutnya..ada lagi couple2 yg ditemui berduaan di dlm kereta di tempat gelap..waktunya lebih kurang..di waktu org tarawikh dan kebetulan saya menghadiri kelas pada malam itu..setelah disedari kehadiran saya mereka seperti biasa berpura-pura (atau benar2?) berdiskusi dan kemudian berdezup meninggalkan tempat tersebut..

di masjid pula, during solat Maghrib (first day puasa-lepas ifthar), makmun solat seluruhnya saya rasa cukup terganggu dengan satu ringtone handphone,,ringtone yg agak panjang tersebut bukanlah lagu2 biasa atau soundtrack Transfomer yg popular,tetapi lagu raya by Siti Nurhaliza..sya rasa ianya berpanjangan dalam hampir 10 minit..bayangan inilah pemikiran org2 kita,baru first day puasa, mindset da pikir nk raya.baju raya,kuih raya,dan sebgainya..sampai ringtone pun da jadi lagu raya...

mengenai hal ini,suka saya menasihatkan pembaca sekalian, kita wajib mematikan telefon apabila ia berbunyi sewaktu solat..kerna ianya menganggu org lain,..jgn biarkan ianya terus berbunyi hingga akhir..pada suatu ketika, Rasulullah SAW beriktikaf di masjid, dan Baginda terdengar ada org sedang membaca Al-Quran dengan suara yg kuat,lantas Baginda menegurnya supaya memperlahankannya kerna ia menganggu org yg lain yang sedang solat..dalam hal ini membaca Al-Quran dikemudiankan selepas kepentingan sembahyang (insan mengabdikan diri kepada Allah)..kalo baca Quran takleh kuat,inikan pula bunyi-bunyian yg lain..so,fikirkanlah sahabat2ku..ok..

wassalam

Tuesday, 18 September 2007

Pearasaan hati?Cinta?

salam al-mubarak

"Orang yang cerdik ialah orang yang hawa nafsunya tunduk kepadanya dan ia beramal buat kehidupan sesudah mati. sedangkan orang yang kurang akalnya itulah orang yang memperturuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah dengan angan2 kosong"(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

"Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya ialah syaitan kecuali ada mahramnya"(Riwayat Ahmad)

Surah An-NUr;ayat 30;
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada pandangan yang haram dan memelihara kehormatan mereka)

Surah An-Nur,ayat 31:
Katakanlah kepada perempuan2 yg beriman supaya menyekat pandangan  mereka(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh 
mereka kecuali yang zahhir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan 
tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak2 mereka, atau anak2 tiri mereka, atau saudara2 mereka, atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki, atau anak bagi bagi saudar2 mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam, atau hamba2 mereka, atau orang gaji mereka dan orang-orang lelaki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang disembunyikan...

KAlau kita mencari cinta pada manusia,
Belum tentu kita temui cinta sejati,

kalau kita mencari cinta pada Ilahi,
Dia pasti menerima cinta kita,
dan itulah cinta  yang hakiki........

Sunday, 2 September 2007

penjajahan minda

Salam perjuangan kepada sahabat2

Kini selesai sudah satu tugas yg saya kira sgt besar utk dipikul dengan sepenuh komitmen dan kesungguhan..namun tanggungjawab belajar menuntut ilmu fardhu kifayah pasti dan mesti diteruskan kerana ianya kini menjadi fardhu ain ke atas diri saya dan sahabat2 yg telah dipilih utk menguasai pelbagai cabang ilmu; kejuruteraan, kedoktoran, politik, perguruan dan semestinya ilmu2 agama yg perlu dikuasai sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran sejagat.

Namun baru2 ini ada yg menyangkal tindakan badan agama di sini kerana terlalu jumud kononnya atas dasar melarang para mahasiswa/siswi dari mengunjungi pesta Hotlink yg diadakn dua tiga hari sebelum permulaan program yg saya sertai yg mana di dlmnya jua ada mengadungi dua persembahan artis yg agak popular di kalangan masyrakat tempat.

Atas dasar kefahaman dan kesedaran kumpulan badan Islam di kampus ini telah menyebarkan flyers yg menggariskan dalam mencari hiburan disekitar kampus utk menyedarkan masyarakat kampus. Namun, apa yg menyedihkan ada pulak yg mengejek dan memperlekeh usaha ini dengan melontarkan tomahan yg tidak ssepatutnya kluar dari mulut dari seorang Muslim, seperti mereka menganggap usaha ini ibarat melepaskan batuk ditangga kerna ianya suatu yg sia2, tidak meninggalkan kesan yg nyata ke atas golongan sasaran. Di sini ada setengah golongan yg sebenarnya perlulah memahami bhw ianya adalah tanggungjawab yg amat besar dan apa yang penting ialah usaha, bukan menyalahkan orang lain atas usaha mereka.

Ibarat sewaktu Nabi Ibrahim AS hendak dibakar oleh kaumnya, seekor burung pipit yg amatlah kecil saiznya, mengangkut air dari sungai dengan paruhnya utk memadamkan api. Sedangkan dari jauh kelihatan burung2 helang yg jauh lebih besar saiznya berbanding si pipit kerdil itu, hanya memerhati. Lantas mereka bertanya,”Hai pipit, mengapakah engkau begitu bersusah payah memadamkan api sebesar gunung ini dengan jumlah air yg engkau bawa itu?”. Lalu dijawab pipit, ”Sesungguhnya inilah usaha aku, padam atau tidak ianya milik Allah, aku takut akan dipersoal di akhirat nanti jika aku tidak berbuat apa-apa ”...

Begitulah jua situasi di kampus sekarang, ramai yg tidak bersetuju dgn adanya pesta Hotlink ini, tp hanya sekadar dibualkan di cafe2 sewaktu makan. Tidak kurang jugak yg memang telah lama tidak berpuas hati dgn badan Islam kampus ini, mula menimbulkan soalan2 yg menyedihkan, seperti burung helang di atas.

Ada pula yg bersetuju dgn usaha ini, tp menyangkal akan kesannya..apa yg berlaku selepas pembahagian flyers?erm...inilah pendapat mereka2 yg begitu terburu-buru dlm perjuangan, mahu melihat hasil keesokkan harinya selepas usaha dibuat..tuan2, sesungguhnya Allah bersama2 org yg bersabar. Mungkin kita x dpt lihat kesannya hari ini, esok,lusa atau tahun ini. Tp mungkin ianya akan berhasil 10 thn atau 20 thn akan datang atau lebih cepat dengan izinNya..Cuma kita perlu terus berusaha dan bertawakal..

Berbalik kepada persembahan artis yg diadakan semasa progrm yg saya sertai, di mana Ramli Sarip dan Adam AF2 dijemput utk mlm kedua dan ketiga respectively..mungkin ada yg mengatakan ”Apa la member tu, kate tak leh g konsert cmni, haram..sekali die plak jadi komiti,,bla la brader”..ade jga yg kate ”nape la badan Islam ni duk kalut2 halang org g konsert Hotlink, time konsert Adam n Ramli Sarip x de lak”...inilah antara yg sempat mencuri perhatian saya sepanjang minggu tersebut...

Perlulah diingat komiti yg terbabit telah berusaha utk mengosongkan slot terbabit, tetapi ianya telah menjadi arahan dari management dan etos tahunan..kalo x de, x leh..setelah berusaha..akhirnay mereka sekali lagi berusaha menjemput artis sseperti Ramli Sarip (membawa mesej agama seperti yg disaksikan pada mlm persembahannya) dan tidak menjemput artis wanita..kemudian diasingkan pula tempat duduk laki n popuan supaya tiada percampuran atau ikhtilat yg melampau...dan majlis bermula selepas Isyak, mengelakkan org ramai burn solat semata2 artis..inilah yg digariskan oleh Mufti Perak, SS Dr Harun Sani dlm interview bersama TV3 mengenai SureHeboh..cma komiti tidak dpt mengawal penonton dari melompat2 bergembira ber semangat bersama artis yg sorang lagi. Buat pengetahuan semua, artis2 telah dibriefkan apa yg patut mereka buat dan x patut buat,,namun hasilnya masih kurang memandangkan artis mempunyai kepentingan sendiri..mungkin tahun2 akan dtg ianya boleh diubah lagi..

Sewaktu persembahan artis, ade juga couple2 yg terlepas ke dlm kawasan kawalan..namun bile ditegur, mereka mula bertanya, “Salah ke?”, ”Since when we hav to segrete woman n man?” dan byk lagi..x kurang juga yg menyindir..tp x mengapa kerna inilah cubaan dan dugaan..sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri lebih teruk dicerca dan dihina oleh kaumnya, inikan pula kita insan biasa..sunnah orang berjuang,susah senang silih berganti..

Besides that, ade wakil2 dari badan Islam yg berada di kawasan gerai jualan (F 26== gerai yg disewa badan Islam kampus) membahagikan flyers seperti biasa kepada para pengunjung bagi menyampaikam mesej bhw mereka tidak sesekali menghalalkan konsert seperti mna konsert Hotlink; di mana berlaku percampuan bebas, penonton terkinja-kinja melompat, konsert meleret sampai Maghrib (7.30 mlm masih ade lagi penonton duduk2,sembang2 bercouple di tapak concert) .

Bagi pihak komiti (program yg saya sertai selepas konsert Hotlink), kami sesekali tidak pernah menghalalkan konsert bebas ini, namun biarlah kami berusaha utk mengurangkan kemaksiatan di dlmnya daripada melarikan diri dan bersembunyi seorang diri, membiarkan sahabat2 mahasiswa/siswi dan penduduk setempat melayan jiwa lara bergelumang di dlm komsert itu...biarlah ada yg kata sama aja yg duk jaga konsert ngan yg duk tgk..namun perlulah diingat akan sabda Baginda SAW dlm hadis mashyurnya ”Inna a’mallu binniat” [sesungguhnya setiap amal itu bermula dgn niat]..di mana niat itu adalah apa yg terlintas di hati manusia,,yg tahu hanya pemiliknya dan Allah jua mengetahui..

Cuma baru2 ini, dlm mengingati Al-Quds, badan Islam kampus telah menganjurkan mini-show dan talk on Palestin’s Issues dan saya adalah salah seorang komiti dlm progrm tersebut..seminggu sebelum program bermula,pelbagai persediaan dibuat..dan bile tiba hari program..sambutan adalah menggalakkan hingga penuh satu dewan kuliah 1 yg memuatkan lebih 400 org dlm satu2 masa...malah ade yg duduk di tangga semata-mata utk mendengar penjelasan dan isu2 daripada ustaz yg dijemput khas dari Aman Palestine..namun, setelah dua tiga minggu program tersebut, saya mendapat berita bhw pada mlm ceramah atau talk diadakan, ada kumpulan yg bergerak dari bilik ke bilik menyatakan kita tidak perlu ke majlis tersebut kerana ia tidak bermanfaat kerana berlaku percampuran laki n perempuan..Ya Allah, mendengar perkara tersebut saya sebagai komiti yg berada di tempat program merasa bhw kumpulan terbabit yg begitu menjaga dlm bab2 ikhtilat telah begitu jauh dlm hal ini..apakah masih berlaku percampuran semasa ceramah kerna tempat duduk telah diasingkan..malah tiada AJK muslimat yg tampil ke hadapan utk tujuan yg tidak perlu..muslimat hanya bergerak di belakang dan sesama muslimat sendiri..tiada percampuran seperti konsert2 lain..malah ini adalah majlis ilmu..saya merasa tidak mengerti kenapa isu ini ditimbulkan..alangkah elok kumpulan ini bersama2 badan Islam kampus dlm usaha menghalang konsert Hotlink dan seangkatan dengannya..

Harap difahami bersama..

P/s: jika ade sebarang kesalahan, sila emailkan ke msitheory@gmail.com,,,saya sedia menerima teguran..syukran

wassalam