CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 12 March 2009

Finalis Malam Inspirasi Seni 2009 released


salam..alhamdulillah akhirnya finalis2 telah pun diumumkan selepas berakhirny saringan MIS semalam..tahniah diucapkan kepada yg telah terpilih dan kepada yg tidak terpilih..diharapkan ntum tidak berputus asa..mungkin ada hikmah di sebaliknya..

utk makluman semua..seramai 14 kumpulan telah menyertai pertandingan kali ini dan merupakan satu rekod teramai..alhamdulillah..

bagi yg terpilih ke final 14 mac 2009 ni..adalah dimaklumkan salah seorang dari juri-juri pada malam tersebut adalah dari kumpulan Inteam..so..all the best for u all..=)

wassalam

Tuesday, 10 March 2009

Malam Inspirasi Seni (MIS) 2009

salam Maulidurul Rasul..

terlebih dahulu selawat dan salam kepada Baginda SAW yg telah bersusah payah dalam hidupnya utk menjalankan amanah sebagai pesuruh Allah di muka bumi sebagai Khatamul Anbia'..

pernah suatu ketika sewaktu Rasulullah SAW masih lagi menjalankan dakwah secara sembunyi2 di Mekkah..dan bilangan kaum yg mengikuti ajaran Islam mulai bertambah,,yang amat amat merisaukan kaum kafir Qurasiy ketika itu..
lantas mereka telah menghantar wakil2 utk berbincang dgn Baginda SAW supaya Banginda memberhentikan usaha dakwahnya itu..

di antara permintaan ataupun syarat2 mereka sebelum mereka mereka memeluk agama Islam adalah seperti berikut..

1) Nabi SAW perlu menyediakan saliran2 air / parit2 air utk mereka (mustahil dgn suasana yg panas terik)
2) Nabi SAW perlu menyediakan ladang2 / kebun2 anggur dan tawar buat mereka
3) Minta Allah runtuhkan langit ke bumi selapis demi selapis
4) Minta Allah dan para malaikatNya turun dan menunjukkan diri di hadapan kaum Quraisy
5) Nabi SAW hendaklah menunjukkan mahligai atau istananya di langit supaya kaum Quraisy akan mendapat keuntungan jika mereka mengikuti Baginda SaW
6) Rasulullah SAW hendaklah naik ke langit
7) Setelah itu, RAsulullah SAW hendaklah turun kembali ke bumi dan membawa kaum Quraisy bersama-sama ke langit
8) Dan jika Nabi SAW membawa mereka naik dan turun langit dua tiga kali pun, mereka tetap tidak beriman, kecuali NAbi SAW turunkan kitab dari langit utk mereka baca

Setiap kali permintaan / syarat tersebut..Rasulullah SAW akan menyatakan, "Andai kata aku mampu menyediakan kemahuan kamu itu, apakah kamu akan mengikuti ajaran dakwah aku ini??"

dan sudah tentu tidak..mereka hanya membalas.."Sungguh, kami tidak akan sekali-kali mengikutimu kecuali engkau melakukan syarat yg seterusnya dan seterusnya..."

betapa hidayah itu tidak dapat diberi sewenag-wenang oleh manusia..hanya Allah jua yg berhak memilih hambaNya..bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam..wassalam

promotion::

berikut adalah poster2 Malam Inspirasi Seni 2009 (Peringkat Inter-U dan Peringkat UTP)..insyAllah akan menampilkan pelbagai kretiviti dan mesej2 dlm nasyid yg akan dipertandingkan ...adalah semua yg berminat dijemput hadir..dimaklumkan

Thursday, 5 March 2009

Bacalah









assalamualaikum....

dua hari berada di melaka sudah terase lama apabila sekembalinya ke kampus..sudah ade dua tiga perkara yg berlaku..dua tiga hal yg sudah berlalu dan beberapa komitmen sudah terlepas dan perlu ku kejar..ya Allah ampuni aku..

adapun keberadaan di melaka selama dua hari satu malam bukanlah sekadar utk berjalan2 atau makan angin..namun ianya penuh dengan pengalaman dan perkongsian ilmu yg tidak disangka-sangka..

tujuan utama aku ke melaka hanyalah sekadar utk mendedahkan diri kpd Foudation FieldBus..satu lagi technologi baru dlm instrument n control yg kini mula diapplikasikan di PPMSB, melaka...sesi bersama specialist of FF Mr Haswadi dari PPM itu, turut dihadiri Saudara Kamaruzaman (Abg KZ) yg penuh dgn senyuman..alhamdulillah beliau kelihatan begitu ceria dan sangat menyenangkan bila berdampingan dengan beliau..


sharing session di sebelah pagi dimulakan oleh En mokhtar tentang sedikit latar belakang PPM kpd kami dan selepas itu diikuti oleh Mr Haswadi yg begitu expert dlm hal FF...

setelah jam menunjukkan 12.45 tgh, kami berehat seketika di musalla..di mana mengingatkan aku suasana Zohor di PGB dahulu..akan ade pengisian or tazkirah oleh ustaz2 dgn pelbagai topik kupasan dan sbgainya..dalam lamunan itu tiba2 dtg seorang ustaz berjubah putih yg dari jauh seperti sgt aku kenali..kemudian bila mana beliau memulakan salam..ternyata dan sah.,tekaaan aku tidak salah.beliaulah tok guru ku..Ustaz Zulkifli Ismail, Mudir Baitul Qura, salah sebuah pondok di melaka..

tazkirahnya yg mengisahkan tentang wujudnya beberapa golongan yg mendakwa Saidina Othman (RA) bersifat bermewah-mewah sewaktu hidupnya..kerana Saidina Othman mmg terkenal dgn byk hartanya..

dlm ulasan Ustaz Zul..Saidina Othman merupakan org yg paling byk mengeluarkan harta dlm peperangan Tabuk apabila semboyan jihad dikeluarkan..beliau mengeluarkan sejumlah 300 ekor unta utk kegunaan perang..ditambah lagi dgn 200 timbangan perak utk digunakan perbelanjaan semasa perang..fuh..hebat2..Allahhuakhbar!

adapun andaikata seekor unta di zaman ini,,barangkali harganya RM1000 per unta..then, what is the total money Saidina Othman paid?? (RM1000 x 300)...bykkan??

lalu tambah la lagi dgn jumlah perak yg diinfakkan oleh beliau dlm peperangan itu..betapa hebat dan besar pengorbanan beliau..lalu,,golongan2 yg mempertikaikan hal sebelum ini perlulah memikirkan perkara ini..sebelum mereka mendakwa or ape2 saja kritikan tentang Saidina Othman..bandingkanlah diri kita..siapalah kita utk mengatakan begitu begini kpada para sahabat Nabi SAW..dan pengorbanan mereka sepanjang zaman akan terus menjadi panduan dan bandingan kepad kite dlm menjalani perjuangan ini...sungguh..para sahabat Nabi SAW itu ibarat bintang2 di waktu malam..menjadi panduan kepada umat Islam di akhir zaman..ibarat seorang pengembara di lautan mahupun daratan..bintang2 lah menjadi petunjuk dlm menentukan arah tuju mereka dlm perjalanan musafir itu..

wassalam

ps:: kepada penuntut2 Baitul Qura..Ustaz Zul sampaikan salam..assalamualaikum..

Sunday, 15 February 2009

Heart for Islam


Pertandingan ini hanya dibuka untuk pelajar sekolah rendah tahap dua iaitu dari tahun empat sehingga tahun enam. PIDACIL iaitu singkatan dari Pemilihan Daie Cilik, dianjurkan bertujuan mempertingkatkan pendedahan agama di kalangan pelajar sekolah. Program ini dijangka dapat menarik minat di kalangan pelajar universiti ini sendiri memandangkan pertandingan ini pertama kali diadakan di UTP. Butiran PIDACIL adalah seperti berikut:

TARIKH : 18hb Februari 2009

HARI : Rabu

MASA : 9.00 malam – 11.50 malam

TEMPAT : Dewan UtamaUTP/UTP Main Hall



H4I Campus Run merupakan aktiviti yang dijalankan bertujuan menggalakkan pelajar untuk menyeimbangkan rohani dan kesihatan jasmani. Elemen–elemen dakwah turut diterapkan ke dalam aktiviti ini seperti bacaan doa sebelum memulakan larian, menegaskan kepentingan menutup aurat walau di mana kita berada serta menekankan kepentingan etika–etika yang baik sepanjang pertandingan. Butiran H4I Campus Run adalah seperti berikut:

TARIKH : 22hb Februari 2009

HARI : Ahad

MASA : 8.00 pagi – 12.00 tgh hari

TEMPAT : Sekitar UTP

BAYARAN : RM 5


Malam Inspirasi Seni (MIS) merupakan pertandingan nasyid dan menjadi medium terbaik bagi pelajar mempamerkan bakat seni mereka berlandaskan had-had dan kehendak syara’. Pertandingan ini menawarkan dua kategori iaitu intervarsiti dan antara sekolah menengah dan dijangka dapat memberi pendedahan tentang keindahan kesenian Islam kepada masyarakat yang lebih luas. Butiran MIS peringkat universiti adalah seperti berikut:

TARIKH : 14hb Mac 2009

HARI : Sabtu

MASA : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

TEMPAT : Dewan Canselor UTP / UTP Chancellor Hall

TARGET PENYERTAAN : satu kumpulan terdiri daripada 5-15 orang

BAYARAN : RM 15

Sunday, 28 December 2008

Kembara Seorang Diri

salam penghujung Tahun 1429 Hijrah

semalam ana seorang diri memandu kereta setelah tiga hari berkampung di rumah ayahanda..kepulangan ana disambut oleh ibunda yg kelihatan sedikit gelap dan kepenatan..mungkin gelap dek panas matahari di sana..kepenatannya mungkin lagi disebabkan seharian berjalan..23/12 kedua-dua org tua ana tiba d KL..singgah di hotel ditemani abg Lukman yg menunggu masa utk kahwin..khabarnya bulan 6 tahun 1430 Hijrah..insyAllah..

sewaktu tiba di rumah ayahanda telah pun lelap..kepenatannya tentu berkali ganda penat ibunda..mengangkat barang2 sperti kain ihram, jubah, air zam zam dan sebagainya ke sana ke mari..lalu ana biarkan kduanya tidur..tidak perlu raseny melayan ana yg sudah dewasa sgt dgn rumah sendiri..esokny banyak masa utk bertanya khabar dan mkn2 bersama

alangkah indah jika ana bersama melangkah di Tanah Suci itu..bersama melaungkan LabbaikaAllah hummalabbaik,Labbaikala syarikalakalabaik..till the end..mungkin ada hikmahnya yg mana ana belum bersedia utk kesana...mungkin dua tiga empat tahun lagi..insyAllah..

bermacam2 cerita yg mereka kongsikan,,ada cerita yg menyenangkan..menyedihkan..mengagumkan dan byk lagi..antarany wujudny budaya meminta sedekah dgn cara menipu..kanak2 kulit hitam perempuan dipergunakan..mereka diarah berpura-pura cacat sambil merayu-rayu meminta bantuan..dari gambarnya memang sedih..sedangkan tuan kepada budak2 itu ada di belakang..jika ada polis,,tuannya akan cepat2 melarikan diri bersama kanak2 itu..waduh..apakah ini realiti di zaman ini dan di Tanah Suci itu boleh berlaku..apa lagi di tempat lain..

sesetengah ulama' mengatakan,,jikalau mahu mengukur kekuatan umat Islam,,ukurlah kekuatan org2 Arab..mungkin ada benarny juga..bersamalah kita fikirkan..


ana akhiri cerita tersebut buat renungan bersama..

setelah bersalam-salaman..ana terus memecut laju dari kampung halaman menuju ke terengganu..kali ini mengikuti nasihat ayahanda utk menggunakan jalan pantai..katanya lebih cepat dan kebetulan ana merancang utk singgah sekejap di Sweet Beach Resort, Tok Bali utk bertemu sahbat2 seperjuangan SMACH yg sedang mengikuti Kem Kepemimpinan Pengawas 2008 sebagai facilitator..selamat berjuang smua walaupun kita berbeza waqi..wassalam

antara yg sempat ana temui sahabat ana syahrul fitri,sufian omar,Mat York (Arif Dzulkifli), dan wakil muslimat rahimah..niat di hati mahu juga bertemu guru2 ana yg lama mengajar ana di Smach dahulu...memandangkan waktu tidak mengizinkan ana terpaksa bergegas selepas lebih kurang 20 minit bersama mereka..walaupun syahrul kelihatan sedih kerna ana mnolak permintaannya utk stay bersama mereka..

namun dari pemerhatian ana sewaktu modul (Spider Web ke ape) dijalankan..mereka bersama alumni yg lain sudah cukup kuat dan mampu utk meneruskan progrm..lagipun ana bekerja esoknya..sayonara..semoga dapat kita berjumpa lagi..

Monday, 10 November 2008

Hak Muslim terhadap Muslim yg lain

Intisari dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman (Karangan Imam Habib Abdullah Haddad)

Setiap Muslim terhadap Muslim yg lain mempunyai hak dan kewajiban yg banyak (kita bukan setakat hak, tetapi kita juga ada kwajiban terhadap Muslim lain). dan dalam berjemaah, hak dan kewajiban itu kini seharunya menjadi adab dan panduan dlm bersahabat (yg kadang kala kita selalu sebut persahabatan yg terbina di atas dasar aqidah itu sebagai 'ukhuwah')..

Di antara hak-hak yg penting ialah;

1) Memperbanyakan nasihat mengenai urusan agama
2) Mengajak utk membuat ketaatan terhadap perintah2 Allah
3) Menutup keaibannya
4) Meringankan kesusahannya
5) Memenuhi segala hajat dan keperluannya
6) Menghapuskan dukanya
7) Membelanya jika teranaiya
8) Meringankan beban hidupnya
9) Menghormati kepada yg lebih tua
10) Belas kasihan terhadap yg kecil
11) Tidak menyusahkan seorang Muslim yg lain
12) Tiada mencaci atau mengejek Muslim lain
13) Tidak menipu Muslim yg lain
14) Tidak mendengki kesenangan/nikmat Muslim yg lain
15) Hendaklah mengambil berat terhadap urusan kaum Muslimin, merasa gembira bila mereka senang, merasa muram-durja ketika mereka susah
16) Hendaklah mengharapkan suatu yg baik bagi mereka