assalamualaikumm...
Ahlan wasahlan ya Ramadhan!!itu lah yg tertentera di kebanyakan status Gtalk n YM sahabat2..maklumlah Ramadhan sudah menjelma lagi..dan status itu sudah biase dilihat di mana2..masjid pula kini tidak lagi lekang..bila malam menjelma terutama waktu maghrib n isyak kini ibarat waktu solat Jumaat..parking kereta full dan ramai2 g masjid..alhamdulillah..semoga diteruskan..
Bulan Ramadhan menyaksikan umat Islam kembali kuat dlm ibadah dan iblis syaitan dikurung/diikat dari menganggu hamba Allah bernama insan..namun, perlu diingat, di dlm diri insan masih ade satu lagi unsur iaitu Nafsu,,..
pernah sorg ustaz mengatakan bahawa nafsu ini ibarat komputer..dan syaitan adalah virusnya yg beroperasi secara online (backdoor virus)..apabila diletakkan suatu filter atau peranti yg dapat menghalang keaktifan virus ini..maka komputer akan terselamat dari virus ini..namunn, ade sesetenga virus berupaya utk mencipta suatu software or folder tanpa sedar pemiliknya..yg menjadikan virus itu kembali aktif bila2 masa sahaja apabila tiada lagi peranti yg menghalangnya..
Kalo dibandingkan dengan nafsu dan syaitan, nafsu akan terdidik dgn hasutan syaitan..dan apabila syaitan iblis dikurung di waktu Ramadhan, anak didik atau nafsu yg telah di install kan oleh programmer syaitan iblis akan menjadikan insan masih lagi membuat kemungkaran di bulan suci ini..
dengan itu, same2 lah kite bermujahadah utk melawan kehendak nafsu yg berlebihan di bulan ni agak dpt mentarbiyyah diri ini utk menghadapi masa2 mendatang...
Sunday, 23 August 2009
SAlam Ramadhan
Posted by nAsai at 08:41 0 comments
Friday, 21 August 2009
The Tree..
This video is obtained from www.15malaysia.com..what a nice one..it is about the spiritual leader of Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz about simple and profitable activitiy in our life..watch the video for more information..wassalam
Posted by nAsai at 14:50 0 comments
Tuesday, 28 July 2009
Semua tentang Kita..buat sahabat
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Posted by nAsai at 11:07 0 comments
Tuesday, 21 July 2009
BErmulanya sem
Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang.
Masih tak bertemu yang kucari dulu
Hati masih berlabuh
Dalam langkah perjalanan terkeliru
Hilangnya arah tuju.
Sungguh lama terpisah pandangan
Sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan diriMu dan diriku
Terpisah bersama waktu.
Sejauh mana sekalipun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi
Menahan gelora hati ini.
Ingin ku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padaMu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersama rahmatMu.
Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia
Mencari cahaya cinta yang sebenarnya
Antara aku dan Dia.
Posted by nAsai at 20:14 0 comments
Monday, 22 June 2009
Learning how to use ACDsee Pro Photo Manager
assalamualaikum..the following pictures were edited using ACDsee Pro Photo Manager::

Posted by nAsai at 15:13 0 comments
Sunday, 24 May 2009
Hikmah di sebalik....
assalamualaikum...
salam bumi tronoh yg kini mula lengang dek bilangan pelajar UTP yg mula berkurangan dan beransur pulang ke kampung halaman masing2...namun, student foundation baru sahaja memulakan paper2 mereka esok..semoga dipermudahkan Allah..
kali ni saya ingin kongsikan satu kisah yg berlaku terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW sewaktu Baginda masih kecil..di waktu itu, tempoh penyusuan dan penjagaan Halimatussadiah (ibu susan Baginda) sudah tamat dan Baginda SAW sudah kembali ibunya iaitu Aminah..
kisahnya bermula apabila ibunda Baginda ingin melawat/menziarahi pusara ayahanda Baginda SAW, Abdullah yg terletak di Yathrib (500 km dari tmpat mereka tinggal) dan sudah pasti ianya suatu perjalanan yg sgt jauh mereka (Baginda SAW,ibundanya dan khadam Ummu Aiman)..
setelah sebulan berada di Yathrib, akhirnya mereka berangkat pulang ke Mekkah dan sewaktu dalam perjalanan yg panjang itulah ibunda Baginda SAW jatuh sakit dan meninggal dunia di suatu tempat bernama Abwa'..ini menjadi Baginda pada waktu itu yatim piatu...
Abdul Mutalib menerima berita kematian itu dgn tenang. Kasih sayangnya terhadap Muhamad SAW bertambah erat dan beliau selalu mendampingi Baginda hatta dalam majlis2 perjumpaan pembesar Quraisy pun di bawa bersama Nabi SAW. Ketika Abdul Mutalib duduk berhampiran Kaabah bersama-sama org2 tua Quraisy, Abdul Mutalib juga membenarkan Nabi SAW utk berada di atas hamparannya walaupun masih kecil..
Kemudian, Abdul Mutalib pula meninggalkan dunia setelah berumur 120 tahun dan pada waktu itu Nabi SAW berumur 8 tahun..bayangkan seorang demi seorang org yg menyanyangi baginda tiada sewaktu umur muda itu..sebelum meninggal dunia, Abdlu Mutalibb menyerahkan amanah penjagaan cucunya kepada anaknya, Abu Talib..beliau terus menjaganya sehinggalah Baginda diwahyukan menjadi Rasul Allah..
Iktibar dari rentetan peristiwa ini, sememang besar pengajarannya..antara mengikut al-Buti dlm kitab "Fiqh Al-Sirah", beliau menyatakan kewafatan yg berturutan iaitu kewafatan ayahandanya,ibundanya dan datuknya bukanlah suatu yg kebetulan semata-mata, tetapi merupakan suatu yg amat bermakna jika difikirkan..hikmahnya tiadalah alasan bahawa dakwah dan sifat2 Nabi SAW sebenarny dipengaruhi oleh ayah,ibu dan datuknya kerana Baginda SAW yatim piatu pada umur yg sgt muda..
Tiada lagi peluang utk musuhnya utk menyatakan bahawa Baginda SAW membawa ajaran yg diajarkan oleh datuknya..atau tiada lagi alasan Baginda telah ditarbiyaah oleh keluarganya..apatah lagi pendoktinan pemikiran oleh mana2 kaum atau suku..Baginda SAW telah dijaga oleh Allah yg Maha Suci, ditarbiyyah dgn jalan dan perancanganNya..dan akhirnya terbitlah akhlak Baginda SAW yg mulia dan terpuji itu..selawat ke atas mu Ya Habibullah..
wassalam
Posted by nAsai at 15:19 0 comments
Thursday, 14 May 2009
Sebuah lagu
Lagu dari Soutul Amal...
lirik utk direnungi buat yg berjuang & 'berjuang' ...
Bersatulah wahai kaum Muslimin,
Dengan semangat dan roh kebenaran,
Berjihadlah wahai kaum Muslimin,
Walau susah menempuh cabaran...
Bersatulah wahai kaum Muslimin,
Dengan obor sinar kebahagian,
Berjihadlah wahai kaum Muslimin,
Biar syahid ataupun kemenangan...
Selamatlah Parti Islam melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan AlQuran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...
Berjuanglah wahai Ansorullah,
Dengan matlamat daulah Islamiyyah,
Berkorbanlah wahai yang beriman,
Dengan harta dan segenap kepunyaan...
Bergeraklah ke gerbang jasa,
Kalah menang bukan alasannya,
Sucikanlah niat di hati,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi...
Posted by nAsai at 08:55 0 comments








