CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 25 January 2008

RezekiNya yang Luas

Pada suatu hari sewaktu makan di rumahnya, Sheikh Malik bin dinar didatangi seekor kucing yg tiba-tiba sahaja meluru ke arahnya dan mengambil seketul daging yg sedang di makannya dan terus melarikan diri..

Sebagai hambaNya yg berakhlaq, beliau tidaklah marah lantas mengikut jejak si kucing yg mencuri tadi sehingga beliau dapat melihat akan kucing itu berhenti di suatu kawasan.

Beliau menyangka kucing itu akan memakan daging tersebut, tetapi sangkaannya ternyata meleset apabila kucing itu mencampakkan daging itu ke depan suatu lubang dan kucing tersebut berundur perlahan-lahan.


Kemudian keluar seekor ular dari lubang itu dan memakan ketulan daging tersebut..Apabila diamati sebetulnya oleh Sheikh Malik akhirnya beliau dapat melihat ular itu sebenarnya buta..Subhanallah!

Beliau terus beredar sambil memuji-muji Allah atas kebesaran dan rahmat Allah yg begitu besar..Hatta seekor ular yg buta itu pun mendapat rezeki dariNya sedangkan pula kita hambaNya yg berakal..fikir-fikirkanlah..

Wednesday, 23 January 2008

Kesekian kali

Kesekian kali
Kini ku berdiri
Tulus di hadapanmu
Masih terus merayu
Tinggalkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayat mu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatiku
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yg di depanmu

Lihatlah jua ke hatiku aku lah temanmu
Terimalah aku
Kitakan bersama mengharung dunia yg fana ini

Kesekian kali
Ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinan ini
Yang kau akan berdiri
Atas kemuncak tinggi

Kesian Kali;;
Munif dan Suhaimi

Khas buat sahabatku..

Saturday, 19 January 2008

Antara ketagihan dan Hukum...

Assalamualaikum…

Salam permulaan bg permulaan semester baru Januari 08..selamat datang kepada semua rakan2 seperjuangan ke kampus bg meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar/mahasiswa/penuntut ilmu...semoga semester ini dimulakan dengan niat dan perancangan yg lebih efficient berbanding sem2 lepas..insyAllah..


Dalam penulisan pertama ini saya ingin membawa sedikit pengetahuan yg berkisar satu isu yg telah lama diperbincangankan oleh ulama2 besar di seluruh dunia.


Ianya merupakan isu hukum halal atau haram dalam amalan merokok..apakah ianya boleh?atau apakah hukum sebenarnya??Ianya pernah suatu ketika dahulu menjadikan persoalan perokok2 yg ingin berhenti dari tabiat buruk ini namun bila sudah mengetahui hukumnya,kebanyakkan mereka mula berdolak-dalih mempermain-mainkan hokum yg difatwakan oleh ulama2 besar..

Pernah di sekolah menengah, saya meminta para pelajat yg masih fresh (Form 1) yg baru menjejak kaki ke alam persekolahan menengah mengkaji berkenaan isu ini bersama dengan bantuan Ustaz dan Ustazah masing2..agar dengan usaha ini dapat mengelakkan mereka dan para pelajar yg senior menyedari betapa pentingnya kesedaran untuk melahirkan generasi yg tidak terpengaruh dengan jerat perangkap yahudi nasrani…

Maka, setelah itu, mereka mula membentangkan hasilnya kerja masing2, ada yg mengatakan seperti berikut:

1) Hukumnya makruh.

2) Hukumnya makruh dan menghampiri haram.

3) Hukumnya haram kerana membahayakan kesihatan dan mengakibatkan pembaziran.

Tidak lama selepas itu, dalam satu khutbah Jumaat diselitkan sedikit perkongsian oleh Tuan Imam Masjid di sekolah saya bahawa Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa hukum merokok ialah haram kerna ianya mebahayakan kesihatan dan melahirkan generasi yg ketagih akan asap rokok dan lemah..sememangnya ia satu agenda penting oleh Yahudi Nasrani...

Dr Yusof Al-Qaradhawi juga berkata, ”sekiranya kamu membeli sebatang rokok maka kamu telah mendermakan sebutir peluru utk Israel bg kegunaan mereka menembak penduduk Palestin!”Maka bayangkan bertapa kita telah menyumbang share yg besar bagi mereka utk menghancurkan umat Islam di Palestin dan kebanyakkan di antara kita tidak tahu menahu dalam hal ini kerna pengeluar2 rokok yg termashyur dan menjadi pilihan ramai adalah Yahudi laknatullah...

Namun, ada juga di antara pelajar yg saya cuba terapkan kefahaman ini akhirnya terjebak dan ketagih peringkat sukar utk meninggalkan tabiat merokok kerna ianya mudah didapati di mana2..seakan-akan ianya dihalalkan oleh ulama2 yg alim dalam bidang mereka..dan seolah-olah suara mereka tidak pernah didengar.Apabila kita lihat di kedai2, hanya tertulis, ’Rokok tidak dijual kepada remaja berumur di bawah 18 tahun’ dan ’Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan para pembeli tidak membeli bahan ini kerna membahayakan kesihatan’ dan tidak kurang juga kempen Tak Nak! Di seantero tanah air yg menelan berjuta-juta wang...

Ianya dilarang hanya kerna belum sampai umur @ ’cukup umur’ dan hanya tinggal sebagai slogan semata-mata...memang tidak dinafikan ada yg mula berhenti dari tabiat ini,namun berapa ramai pula yg baru berjinak-jinak dengan gejala merokok ini??Bukankah elok jika ianya tidak dijual langsung wlaaupun ade yg diseludup secara haram oleh pihak2 tertentu supaya masyarakat yg sudah didedahkan dengan hukum ini tidak lagi menggunakan alasan2 yg lain utk meneruskan tabiat merokok ini...

Bak kata pepatah,’Mencegah itu lebih baik dari mengubat’..wassalam

Wednesday, 16 January 2008

Selamat?

assalamualaikum...

sedar x sedar,hampir smggu lbih adik sharlinies Mohd Nasyar hilang dan hingga kini masih lagi tiada apa berita darinya..sharlinie merupakan mangsa kedua selepas Nurin Jazlin mungkin?Semoga die dijauhkan dari segala yang tidak diingini....

apakah sudah tidak selamat lagi bagi kanak2 seperti kita dahulu bermain2 di taman permainan?Kadang2 terlintas perasaan risau bila adik perempuanku balik lambat dari rumah kawannya yang hanya terletak sebelah rumah sahaja..tetapi when these two type of cases happened in malaysia,my mind already changed...

tidak salahkan jika kita melahirkan perasaan gusar dengan situasi ini?namun jika diperhatikan sendiri pada hari ini,gejala yang tidak diundang ini barangkali mengajar kita utk lebih teliti dalam setiap tindakan kita seharian...sedarlah,jika dilihat hari ini movie2 dan cerita2 yg x bermanfaat yng terselit unsur2 lucah berulang kali ditayangkan..tak lupa juga penyebaran video2 lucah yg melibatkan 99% muda mudi yg sudah hilang maruah diri..sungguh menyedihkan!

baru2 ini juga akhbar Berita Harian mendedahkan gejala asmaradana siswa siswi yg di'title'kan 'universiti asmara' di mana menyatakan ramai siswa siswi bersekedudukan dan hidup bebas di Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi yg menjadi tumpuan ramai pelajar Melayu..lalu apa yg diharapkan dari golongan ini lagi yg asalnya menjadi harapan ibubapa di kampung agar menuntut ilmu mengisi dada dan berjasa di hari kemudian..bak kata bijak pandai,"Jika ingin melihat pemimpin masa depanmu,lihatlah pemudamu di hari ini"..lalu,apakah ini yg diinginkan?sudah cukup dengan skandal seks baru2 ini..tidak perlu lagi diharapkan utk mencari pemimpin sebegini..(walaupun dilantik kembali menjadi Penasihat BadanPerhubungan MCA Johor)..cukupkah sudah!

berbalik kepada punca kehilangan adik2 kecil dek bahana nafsu binatang manusia,perlu diingat kembali pada suatu ketika dahulu, dalam perhimpunan paderi2 di Jerusalem suatu ketika dahulu..di mana dalam satu ucapan seorang paderi kepada ketua2 penjajah,beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya melahirkan satu generasi baru di bumi Islam yg mana generasi tersebut tidak mengenal Tuhannya sendiri yg tidak mementingkan perkara2 agama,hanya menumpukan materialistik semata-mata,hanya menyukai berseronok dan bermain-main..dan sehingga kini ianya benar2 terjadi di mana2,termasuklah negara kita...

tidaklah salah utk berhibur..ttapi ianya berbatas..sungguh memalukan apabila ada org menyatakan bahawa kita tidak boleh mengawal hiburan dan sosial kerana negara kita terdiri dari pelbagai kaum..kaum yg majmuk..namun,sedarkah yg terkehadapan dalam kedua-dua perkara ini ialah org melayu Islam..sekali lagi yg sebenarnya kite tidak lain tidak bukan hanya berdolak dalih semata-semata...fikirkanlah

Monday, 14 January 2008

Cinta Nabi SAW

13 disember 2007

Cinta Nabi SAW

Assalamualaikum wbth


Pagi ini di kala menunggu washing machine menyelesaikan kerjanya, aku menyandarkan diri sambil menonton Bicara Mufti dan jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..
Kali ni S.S Dr Asri mufti perlis menyampaikan tazkirah mengenai Cinta Umat kepada Nabi Muhammad SAW…dan saya kira mmg menarik dan agak meninggalkan kesan kepada pendengar jika para pendengar benar2 mendengar dan mengambil isi tazkirah sebetulnya..

Antara apa yang disampaikan oleh beliau adalah sebuah kisah Imam Maliki dan sahabatnya..

Ceritanya, pada suatu hari datanglah seorang sahabat kepada imam Maliki di Madinah yang membawa hajat untuk bertanya kepada beliau akan satu soalan..apabila mereka bertemu, maka bertanyalah akan sahabat itu kepada imam Maliki, ”Dimanakah aku patut berihram utk menunaikan ibadat hajiku?”..maka dijawab akan Imam Maliki, ”Rasululullah SAW dulu berihram di tempat sekian..sekian”...

Namun, si sahabat tersebut menjawab kembali..”Aku akan berihram di Masjidil Nabawi, kerna di situ terdapat Makam Baginda SAW dan tempat itu lebih mulia”.Pantas dijawab akan Imam Maliki, ”Apakah engkau mahu menimbulkan fitnah terhadap agamamu wahai sahabatku?”..

Sekali lagi sahabat Imam Maliki menjawab, ”Apakah keinginanku untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada apa yang dilakukan Rasululullah SAW merupakan satu fitnah?Bukankah ini suatu yang baik?”..

”Wahai sahabatku, perbuatanmu untuk melebihi sunnah Nabi SAW merupakan satu fitnah yang amat besar terhadap agamamu kerana engkau telah cuba membelakangkan sunnah Nabi SAW dan ingin melakukan perbuatan yang tidak mengikuti sunnahnya (dengan kata lain terlalu melebihi sunnah Nabi sehingga melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW)”, terang Imam Maliki..

Di sini dapatlah disimpulkan umat Nabi SAW ada dua golongan; iaitu;

1) Golongan yang cintakan Nabi SAW tetapi tidak beriman terhadap apa yang dibawa oleh Baginda SAW
2) Golongan yang tidak cintakan Nabi SAW tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi SAW

Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib merupakan contoh yang golongan pertama, beliau begitu sayang dan cintakan akan Nabi SAW. Beliau di waktu hidupnya mempertahankan Nabi SAW daripada musuhnya yang terdiri dari kaum kafir Quraisy, sehingga belaiau sanggup bersama-sama Nabi SAW berlapar sewaktu dipulaukan oleh seluruh kafir Quraisy. Namun, semasa beliau nazak menghadapi kematian, Nabi SAW menyeru kepadanya supaya beriman kepada Allah dan memeluk Islam, tetapi bapa saudara Nabi SAW yang cintakan Nabi SAW ini menyatakan, ”Jika aku memeluk ajaran agama yang engkau serukan ini wahai anak saudaraku, aku bimbang orang akan memburuk-burukkan dan mengutuk namaku walaupun aku akan meninggalkan dunia ini” dan beliau mati dalam keadaan kafir dan menyebabkan Baginda SAW bersedih beberapa ketika.

Contoh golongan yang keduanya pula ialah Abdullah bin Ubay, Ketua atau Kepala Orang Munafik. Dilihat dari luar, dia begitu taat kepada Nabi SAW. Bersama-sama Nabi SAW dan sahabat2 sepanjang masa malah solat berjemaah bersama Nabi SAW. Namun di dalam hatinya terdapat niat busuk lagi hina tidak beriman akan Nabi dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW. Inilah dia kaum munafik, berpura-pura beriman di hadapan Nabi SAW dan belot di belakang Nabi SAW...

Dalam tazkirahnya, Dr Asri juga menekankan bahawa ramai di antara kita yang berlebih-lebih dalam amalan seharian sehingga melakukan apa yang diamalkan oleh Nabi SAW (perkara-perkara bid’ah), dan perkara ini seharusnya disedari dan perlu dikurangkan kerna setiap amalan yang dilakukan dengan seikhlas mana sekalipun tidak sah selagi ia tidak mengikuti akan sunnah Rasululullah SAW.

Namun saya ingin mengingatkan bahawa di kalangan kita sekarang ini banyak yang tidak melakukan sunnah malah menghina akan apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Bukan setakat amalan sunat, tetapi juga yang lebih penting ialah mukjizat terbesar Baginda iaitu Al-Quran yang mulia. Meremeh-remehkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hukum hudud. Apa yang memalukan kita golongan seperti ini terdiri dari ustaz2 dan ustazah2 yang tidak memahami erti sebenarnya tugas muslim di muka bumi dan disokong oleh orang2 yang langsung tidak mendalami ilmu agama..

Akhir kata, saya meninggalkan saudar2 pembaca dengan sepotong hadis (lebih kurang maknanya) dari Baginda SAW, ”Barang siapa yang berpagi-pagi bangkit dari tidurnya namun tidak terlintas di benak hatinya untuk memikirkan (tidak mempedulikan) hal-hal umat Islam, maka dia bukanlah dariku”...wassalam

Wednesday, 10 October 2007

Aidil_Fitri at the after end of Ramadhan








salam fitri yg bakal tiba...

sebelum sy berangkat pulang ke kampung halaman esk hari bersama teman senegeri,..ingin sy meninggalkan seketika blog ini dgn sedikit ucapan..semoga bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak di tahun depan dan semoga segala apa yg kita dapat dari bulan tarbiyyah ini dapat terus diamalkan sehingga bertemu dgnnya sekali lagi di tahun depan..insyAllah jika umur masih dipanjangkan olehNYA...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu'.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

kepada sahabat2ku yg berada di perantauan org; Syahrul Fitri Zawawi n the geng,juga kepada sahabat2 Sek Men Sains Machang,sahabat2 kampus ku kini dan kepada smua yg mengenali sy..
semoga dapat kita bertemu jika diizinkanNya..amin..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AIDIL YAFAIZIN ALBADRU..

Wednesday, 3 October 2007

CINTA..apakah kesudahannya

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah PLASTIK


Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang
bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada
seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan
Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih
ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak
pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan
lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang
sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat
sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas
cinta benar benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.
Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.
Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah
di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana
terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi
bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan
iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di
cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan
perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan
dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di
katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah
sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang
paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia
hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana
jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan
orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"