CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 23 May 2008

AL-FUTUR

(Kupasan daripada buku "Wabak Sepanjang Jalan" karangan Dr Al Syed Muhammad Noh)

Pengenalan

Sudah menjadi sunnah dalam perjuangan menegakkan agama Allah pastinya dihadangi oleh pelbagai jenis rintangan. Selain daripada tekanan oleh pihak musuh, gerakan Islam juga berhadapan dengan masalah dalaman yang sentiasa mengganggu-gugat perjalanan gerakan Islam itu sendiri. Masalah dalaman ini berpunca daripada sikap para anggotanya yang tidak komited dalam perjuangan di samping gagal mempersiapkan diri mereka sesuai sebagai seorang pendukung Islam. Sikap inilah yang telah menghalang gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan mengikut agenda dan perancangan. Di antara sikap yang merupakan wabak atau penyakit yang menyerang para amilin gerakan Islam ialah penyakit al-futur.

Definisi Al-Futur

Dari segi bahasa :

1.Terputus atau terhenti sesudah berjalan atau diam sesudah bergerak.

2. Malas; menangguh-nangguh; melengah-lengah sesusah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari segi istilah :

Al-futur merupakan penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para petugas gerakan Islam, bahkan ada petugas yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah terhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Sebab-sebab Berlakunya Al-Futur

1. Sikap keterlaluan (tasydid) dan berlebih-lebihan dalam agama (sehingga membebankan diri atau mengabaikan sebahagian tuntutan diri yang lain. Contohnya, seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin dan bekerja hanya kerana ingin melakukan ibadat khusus semata-mata).


2. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan (contohnya, makan terlalu banyak).


3. Mufaraqah (meninggalkan) jamaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.


4. Kurang mengingati mati dan Hari Akhirat.


5. Pengabaian atau cuai dalam melaksanakan ibadat harian.


6. Mengambil makanan yang haram atau syubhah.


7. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu sahaja dari ajaran Islam.


8. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.


9. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin.


10. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.


11. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.


12. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.


13. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

Kesan Al-Futur

Kesan ke atas amilin :


Kurang perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan kepada Allah.

Kesan ke atas gerakan Islam :

- Gerakan Islam terpaksa menempuh jalan yang panjang dan sukar, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak kerana Allah hanya memberikan kemenangan kepada mereka yang benar-benar istiqamah dan berjuang bersunguh-sungguh di jalan Allah.

Mengubati Al-Futur

1. Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat sama ada yang besar mahu pun yang kecil.


2. Berterusan melakukan ibadat harian.


3. Mengintai (mencari kesempatan) waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.


4. Membebaskan diri daripada keterlaluan dalam agama.


5. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.


6. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.


7. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.


8. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.


9. Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad di kalangan hamba-hamba Allah.


10. Memberi hak kepada tubuh badan.


11. Menghiburkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang harus.


12. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku Sirah An-Nabawiyyah, sejarah dan biografi pejuang-pejuang di jalan Allah.


13. Seniasa mengingati mati dan soal kubur.


14. Sentiasa mengingati syurga dan neraka.


15. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.


16. Menerima Islam secara keseluruhan.


17. Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa.

Saturday, 17 May 2008

Hari Guru

Dipetik dari HarakahDaily (16 Mei 2008)

Sempena Hari Guru - Penghormatan kepada guru - Antara kebenaran dan kepalsuan

Zainudin Hashim
Fri | May 16, 08 | 11:06:38 am MYT

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

  1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
  2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

  1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
  2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
  3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
  4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
  5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).


Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Thursday, 15 May 2008

10 Muwasafat Daie

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Monday, 14 April 2008

Kesilapan perempuan tentang Aurat


KESALAHAN 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

KESALAHAN 2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN 9 : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
“ Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)”
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

KESALAHAN 10 : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Suara itu bukanlah aurat bagi perempuan MELAINKAN perempuan itu bermanja-manja dengan suaranya hingga menggoda hati lelaki.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit."(al-Ahzab: 32)

Thursday, 3 April 2008

Fitna....antara jahil dan sensitiviti


Dipetik dari HarakahDaily (3 April 2008)

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?

Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

Sunday, 30 March 2008

Ibarat batu-bata

Assalamualaikum....

kini dlu dan selamanya..itulah perumpamaan bagi kita yg beragama Islam..berpegang teguh pada Quran dan sunnah Nabi SAW...

Apabila baru2 ini kampus ini dipanaskan isu2 hedonism atau hiburan melampau-lampau..kini menulisnya di blog ini menjadi pilihan..pada awalnya tidak ingin menulis akan hal ini..tetapi ade pihak2 tertentu yg telah menulis di blog masing2 yg membawa mesg dan pendapat masing2..terbangkit perasaan atau semangat utk menerangkan barangkali dua tiga perkara yg perlu kite fahami..yg mungkin mereka tidak tahu atau terlepas pandang..

Ianya bermula dgn Munculnya banner2 yg menentang hedonism di sekitar kampus yg sudah pasti menjadi buah mulut smua..antara bualan yg sempat mencuri perhatianku::

1) Eh2..kerja sapa ni? Ingat ni macam kat luar ke..bleh gantung banner suke2?

2) Ni sape punye kerje ni? Bazirkan masa je..baik bagi kain tuk banner lain..tak pun sedekah dkat org miskin atau miskin ’akhlaq’..membazir2..

3) Ini extremist ni..boleh mendatangkan keburukan kpd Islam..tak patut..

4) Ini boleh menjejaskan nama Islam..nape nk gune cara kasar2..kite patut approach dgn lembut..x de hikmah langsung!!

Begitulah sedikit yg sempat ku ingati..apapun kate sesetengah pihak...apakah mesej yg sebenar yg cube disampaikan melalui banner ini??Kenapa kini banner ini digunakan..kenapa tidak dulu?

Setelah bertanyakan kepada bebreapa pelajar tahun akhir, dapatlah kusimpulkan seperti berikut::

1) Banner ini bukanlah tindakan susulan akibat banner Heart 4 islam diconteng,,tetapi merupakan langkah seterusnya dlm menentang hedonism..jika tiada kontroversi banner Heart 4 islam pun, banner2 (Say no to hedonism) tetap akan dinaikkan..

2) Apakah wakil2 pelajar atau mane2 MPP menemui admin kampus utk bincang hal ini? Jawapanya ada..mereka mengemukan guideline utk hiburan di kampus yg seperti yg digariskan oleh Ulama2 dan jua Mufti Perak..pada peringkat awalnya, ianya diterima,namun setelah sampai ke pihak tertentu, ianya dibatalkan..

3) Sebelum dinaikkan banner, beberapa roadshow diadakan di cafe2..malah, dlm ceramah ustaz2 jemputan telah menyentuh akan hal ini (bahaya hedonism)..

4) Khutbah Jumaat dan flyers berkenaan hedonism juga disentuh..ini bukan kali pertama..tapi telah berulang kali dilakukan dan masih diteruskan sehingga sekarang utk mnyedarkan pelajar2 kampus..

5) Perjumpaan antara wakil pelajar dgn komiti progrm hedonism juga dilakukan..bukan utk bertekak atau berbahas walaupun keadaan agak panas akibat spekulasi2 tertentu..pihak penganjur progrm tidak menerima guideline atau beberapa syarat..dan wakil pelajar tahun akhir yg hadir menyatakan pendirian tetap utk terus menentang hiburan melampau.. tetap akan menjalankan amar makruf nahi mungkar..

Dan kemuncaknya..seperti yg kite lihat pada hari jumaat selepas solat jumaat, ada perhimpunan aman mengumpulkan tandatangan para pelajar yg tidak bersetuju dgn progrm hedonism..ianya berlangsung dlm 15 mnit walaupun mendapat cemuhan beberapa pihak yg hanya berani mengeluarkan pendapat semata..

Kemudian, ada wakil yg menemui org teratas dlm kampus utk membincangkan hal ini,,namun jawapan terakhir yg diputuskan..’Kampus ini bukan tenpat melahirkan ulama’;;.......???...apakah mencegah perkara mungkar adalah suatu kewajiban hanya utk melahirkan ulama’ semata??atau ianya utk menjaga kemashlahatan masyarakat?

Apa tidaknya, bebrapa tahun dulu, selepas progrm hedonism seperti ini, ade couple2 yg balik lewat pagi..kalo progrm habis jam 12am..pastu kuar makan minum..tak tau la bape ramai di antara mereka yg bangun subuh keesokan harinya..(tidak dinafikan ade yg solat)..yg lebih teruk ade case2 penemuan botol2 arak dan mcm2 lagi disekitar kampus..

Mengikut sejarah, prgrm hedonism ini kian bercambah, jika dahulunya hanya diadakan di MPH atau main hall,kini di CH..dan of course, bilangan penontonnya kian bertambah..(aku menyaksikannya kehadiran ramai pelajar kampus,penuh parking kete CH sampai block dkat LH dan tutorial room)..dan lebih menyedihkan lagi, peratusan yg hadir adalah paling ramai di kalangan Muslim..dan pada mlm itu, dpt ku lihat wajah2 yg sebelum ini bertudung, membuka tudung dgn gaya rambut ala artis..bukan seorang dua..tetapi ramai..bukankah ini satu permulaan yg tidak elok..jika adik2 foudation yg juge dikesan hadir melihat perlakuan seperti ini,mereka berkemungkinan bsar akan menjadi sama seperti senior2 mereka ini atau lebih teruk di masa akan datang..

Malahan, pada malam tersebut kemungkinan besar bermulalah couple2 baru saling mengenali, munculnya kumpulan band2 yg baru mengantikan yg lama, lahirnya generasi seperti mane yg dirancang oleh zionis, iaitu generasi yg tidak mengenali agamanya sendiri..golongan yg jahil tentang hukum-hakam Islam..buta Quran..mengabaikan ibadah...

Ingatlah, Allah berfirman dlm surah Az-zariyat ayat 56: ”Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali utk beribadat (mengabdikan diri) kepadaKu”..

Adakah amalan melompat-lompat dan menari-nari di khalayak ramai merupakah apa yg dimaksudkan di dlm ayat ini? Tentunya tidak walaupun ade yg menjwab,”Biar la kami duk dgr lagu ni, selagi hati ingat Tuhan, tak pe la kan”..lalu kenapa tidak ke masjid? Di masjid ade byk aktiviti mngingatkan kita akan tntng pencipta kita,,Rabul A’lamin...

Bercakap mengenai institusi masjid, ada kedengaran ade pihak menyatakan pihak yg menguruskan akitviti di masjid (kuliah, bicara mahasiswa, qiamulail,etc) tidak mempromosikan aktiviti dgn effektif..dan progrm2 keagamaan perlu diadakan selain dari masjid..tidak perlu dilakukan hanya di masjid kerana pada zaman ini pemuda-pemudi tidak selalu ke masjid...ada bnar juga,,tetapi apakah ianya benar2 berkesan? Adakah dgn mengadakan ceramah2 di luar masjid lebih berkesan atau ianya hanya sama? (telah ada beberapa prgrm dilakukan di LH, MPH, Main hall, roadshows di jln2 ke block academic)..

Sila rujuk hadis 34 dari kitab hadith 40 yg disusun oleh Imam An-Nawawi..hadith mengenai kewajiban mencegah kemungkaran..

Ketepikan dulu siapa yg perlu buat kerja2 ini, dan tnyalah diri anda sendiri..setakat ini, sepanjang program hedonism dianjurkan di kampus,apakah usaha2 anda lakukan? Anda pergi bilik ke bilik menyampaikan mesej mengenai hedonism? Atau hanya sekadar mengubah status gtalk or ym buat seketika waktu..?atau anda turut serta menawarkan khidmat tuk menjadi sukarela mencegah kemungkaran dgn cara anda sendiri? Ada pendapat menyatakan, kita mempunyai tujuan yg sama, tetapi cara (uslub) yg berbeza..lalu lakukan apa jua yg dapat mgurangkan kemungkaran..bukan sekadar berkata2 dan melepaskan batuk ditanggaa..(maaf agak keras)..

Alangkah indah jika kita dapat bersama2 dlm gerak kerja seperti ini..seperti disebut dlm surah as-soff..ayat 4: Sesungguhnya Allah menyukai org 2 yg berjihad di jalanNya dlam keadaaan saf2 yg teratur ibarat bangunan yg saling tersusun rapi kukuh...andaikan ade kekurangan, anda tampalkan dgn sumbangan tenaga atau buah fikiran anda..ibarat sebuah rumah yg sedang dibina..bila pembinanya terlupa meletakkan satu bata pada dinding rumah tersebut, maka andalah org yg menjadi bata melengkapi struktur binaan rumah tersebut..bukan menjadi tukang saman yg melihat semata dan mengeluarkan saman kepada si pembina rumah dan menghebahkannya kepada akhbar2 utk mendedahkan kelemahan si pembina..akhirnya, org tiada lagi percaya dan tidak yakin dgn si pembina rumah itu..malahan, rumah terbabit boleh diruntuhkan jika ianya tidak lagi kukuh akibat masyarakat tidak boleh menerima binaannya lagi..dan semamangnya membina rumah itu bukanlah suatu yg mudah seperti teorinya..

Dalam isu mencegah kemungkaran dengan kekerasan atau kelembutan..ini boleh diumpamakan seperti sifat seorang ayah dgn anaknya yg masih kecil..kadang2 ayah ini perlu berlembut utk memahamkan anaknya dlm sesuatu hal atau melarang anaknya dari melakukan suatu kesalahan..tetapi kadang2 si ayah perlu berkeras atau tegas demi menyatakan sesuatu kepada anaknya..supaya si anak mengetahu bahawa hal tersebut tidak boleh dilakukan walau sekali..andai kata si ayah menggunakan hanya salah satu elemen marah atau berlembut ini..maka si anak akan sukar dibentuk kelak..dan kali ini, dpt kita melihat pelajar2 yg mengantungkan banner membantah hedonism ini merupakan pendekatan si ayah yg sedang melarang anaknya dgn tegas..setelah beberapa kali dinasihatkan dgn pnuh belai manja kelembutan...

sekadar menerangkan..wassalam

Sunday, 16 March 2008

DEB or BED???

salam alaik...memandangkan masyarakat hari ini didedahkan dgn berita2 (TV,radio,surat khabar) yg seakan-akan mengelirukan pemikiran rakyat tentang nasib org Melayu di P.Pinang yg kini diambil alih oleh Barisan Alternatif yg diketuai DAP,,

Bukanlah saya ingin menyebelahi mane2 kaum atau pihak atau parti tetapi sekadar ingin menjelaskan perkara yg sebenarnya..supaya masyarakat lebih jelas dan faham akan situasi yg sebenar..jangan mudah terpengaruh dgn berita yg hangat dijaja di kaca TV yg ditambah pula dgn Perhimpunan Aman di P.Pinang yg membantah tindakan DEB yg dikatakan berhasrat utk menghapuskan konsep DEB di negeri itu..persoalannya,apakah maksud sebenar pihak DAP dlm kenyataan dlm hal ini?apakah anda sendiri memahami akan maksudnya?apakah benar2 ingin dihapuskan DEB?atau korupsinya?sama2lah kite review balik ape yg berlaku sebenarnya..

berikut adalah petikan dari TranungKite Online mengenai isu DEB ini..selamat membaca..

DEB Bukan Undang-Undang, Hanya rektorik UMNO! - Dr. Aziz Bari
Posted on Sunday, March 16 @ 07:09:16 MYT by SongkokPutih
Oleh TARMIZI MOHD JAM


BEBERAPA hari ini Umno dan media milik mereka begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dan tak semena-mena orang Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.

Apakah dia DEB itu?


Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya, jelas Profesor Dr. ABDUL AZIZ BARI ketika saya meminta pendapatnya.

Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, pemerincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1970.

Katanya lagi, sama dengan Islam hadhari, dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul.

Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein, kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.

Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan.

Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.

Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya. DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.

Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.

Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.

Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apalagi dikesampingkan.

Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus. Sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.

Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan. Dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak, kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Quran.

Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara.

Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua.

Cukuplah Perlembagaan mengelirukan kita, katanya ketika dihubungi.