Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum / Salam sejahtera..
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan SAW yang telah meninggalkan kita utk sekian lamanya namun jasa dan pengorbanan masih lagi dirasai hingga ke hari. Malah, kesinambungan ajaran dan siraman ilmu serta sunnah Baginda SAW masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini, dengan adanya ulama’, Tuan2 Guru, Syeikh dan ustaz serta ustazah yang masih giat menyampaikan ilmu agama kepada kita semua. Alhamdulillah..
Di antara pengorbanan Baginda SAW ialah terpaksa mengikat perut berlapar sewaktu dipulaukan oleh kaumnya sendiri, oleh masyarakat sendiri dan oleh manusia penghuni Makkah di waktu awal dakwah Baginda SAW. Bukan setakat itu sahaja, walaupun Baginda SAW sudah berhijrah ke Madinah Al Muanwarah dan dilantik menjadi ketua Negara, Baginda SAW masih tetap hidup bersederhana, dan diceritakan pernah dapur Baginda SAW tidak berasap utk beberapa hari. Namun, dalam keadaan yg hidup yg serba kesederhanaan itu, Baginda SAW masih lagi dan telah diiktiraf sebagai pemimpin manusia yang paling berjaya dan berpengaruh dalam membentuk jiwa2 umatnya. Berbanding dengan pemimpin hari ini, hidup serba mewah; rumah kereta besar, punya harta yg melimpah-limpah, tapi hati dan jiwa tidak sebesar yang disangkakan. Mereka tidak mampu utk membawa org yg dipimpin ke jalan yg lurus malah kadang kala menyesatkan apabila terjebak dalam kancah rasuah, kronisme, monopoli, kezaliman kepada rakyat dan sebagainya.
Memang susah nk jumpa pemimpin semacam ini sekarang, kalau ada pun, belum tentu org akan menyenanginya dan menyukainya. Yalah, bak kata org2 sekarang, “No money no Talk”. Kita lebih cenderung utk memilih apa yg lebih senang dicapai dan dilihat akan realitinya; contohnya keuntungan, kekayaan, huge profit, laba berlipat ganda, duit poket banyak dan kesenangan dalam apa yg diusahakan. Sebaliknya, kalau kesusahan dan keperitan yg bakal ditempuh, kita akan cepat2 mengelakkan diri, mencari jalan utk menepis ketidaksenangan itu. Benarkah?
Di dalam kitab Tanbihul Rafilin (Peringatan Buat Orang2 yang Lalai), dalam bab siksaan dan balasan orang2 yg meninggalkan solat fardhu, ada suatu hadis Nabi SAW yg menyenaraikan 10 golongan yg akan dimasukkan ke dalam neraka jahim dan dibakar sehingga gugur daging mukanya. 10 golongan tersebut ialah :
1) Orang tua yg berzina
2) Raja / Pemimpin yg zalim
3) Orang yg minum arak dan tuak
4) Orang yang derhaka pada org tua
5) Orang yg berjalan dengan mengumpat
6) Orang yg berdusta
7) Orang yg tiada member zakat
8) Orang yg menganayai org lain
9) Orang meninggalkan sembahyang
10) Dan orang yg mengadu-ngadu (batu api)
Adapun, bukan hanya 10 golongan ini sahaja yg akan dihumbankan ke dalam neraka, masih banyak lagi Cuma di hadis tersebut ada menyebut beberapa kerat sahaja terutama golongan yg meninggalkan solat (membincangkan siksaan meninggalkans solat).
Ternyata pemimpin yg zalim, tidak adil, menyembunyikan hak yg sepatutnya menjadi hak kepada org lain, memutarbelitkan akan fakta2, membisukan ulama’-ulama’, menghukum orang-orang yang tidak bersalah padahal membebaskan pengkhianat agama, mengelirukan orang bawahan atau pengikut dari jalan mendekatkan diri dengan Allah serta meghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal; gologan duduk di tempat kedua dalam hadis iaitu orang yg akan dimasukan ke dalam neraka. Nauzubillah min zalik.
Adapun di dalam hadis yg lain ada menyebut, di antara golongan yg akan duduk di bawah bayangan Arasy Allah di Padang Mashyar nanti ialah pemimpin yang adil saksama dan di dalam hadis tersebut Pemimpin berada di tangga teratas. Orang yang pertama disebut dalam hadis itu. Sedangkan bagi pemimpin yg zalim, tidak adil, Nabi SAW sudah warning, tempat kedua dalam hadis yg sebelum ini.
Lalu, sama-samalah kita muhasabah dan berfikir sejenak, apakah yg selalunya terjadi kepada kita. Sama ada memilih org yg soleh, atau memilih org yg toleh dalam menggariskan guideline sebagai panduan hidup kita. Dan jika menjadi pemimpin pula, apa pula yg selalunya menjadi kayu ukur dan meter pertimbangan kita? Fikir-fikirkan…wassalam
p/s: Walaupun tajuk dan isi posting tidak berkaitan, namun saya hanya menukilkan jutaan sukacita kepada dua sahabat saya 2H: Hidhir dan Hisham atas kejayaan mereka. Semoga Allah memberkati kalian dan memberikan kalian yg terbaik…
Monday, 1 March 2010
2H: Hidhir dan Hisham
Posted by nAsai at 15:50 0 comments
Kembara ke Terengganu
Bismillahirahmannirahim….
Assalamualaikum, salam sejahtera…
Rasulullah SAW sentiasa berdoa : Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yg tidak bermanfaat dan daripada hati yg tidak khusyuk dan daripada amalan yg tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yg tidak didengar (tidak dimakbulkan)..
Berakhirnya bulan Februari kali ini lebih dirasai berbanding Februari2 yg lepas kerana kali ini sy lebih banyak mebghabiskan masa dengan perkara2 yg sudah lama tidak dibuat dan ditinggalkan lantaran sibuk belajar…
Tambahan pula, beberapa sahabat sudah memulakan alam pekerjaan masing2 menimbulkan lagi kesepian dlm impian dan cita2. Malah, qalbu ini sering berdetik bila ada sahaja mesej atau call dari sahabat2, “Aku da dapat keje..skang tgh plan cari rumah sewa..ko dpt keje?”. Entah mengapa setiap kali msej ini diterima, tidak ada jawapan utk direplykan, melainkan “Tahniah..Alhamdullillah..Gaji pertama nanti boleh belanja makan yup..”.
Pada awalnya, sy dapat merasakan sedikit perasaan kurang senang dan iri hati dengan pencapaian mereka dan tidak pada diri sendiri. Malah, kadang2 rasa amat kecewa bila beberapa perkara difikirkan semula..namun, ziarah kembara ke Terengganu baru2 ini, memberi satu nafas baru dan memadamkan luka qalbu yg tenat…
Pada hari pertama ziarah, terasa agak segan dan kekok bila ditanyakan, “Eh..da dpt keje kat sini ke?” atau “Ada mende mai sini?Buleh kije doh?”..dan tak kurang jugak “Da pegi interview ke?”..dan setiap kali soalan ni diajukan, sy jawab satu persatu yg pada awalnya buat-buat cool dan tenang..Malamnya sewaktu makan2, beberapa sahabat yg sudah bekerja memberikan cadangan yg macam2, jadi lecturer, sambung study, kerja itu, kerja ini dan byk lagi hingga mata terlelap memikirkannya..
Hari kedua, selepas selesai beberapa hal di Kemaman, sy bergegas menziarahi seorang sahabat yg kini berkhidmat di Pondok Pinang Merah, Paka. SubhanaAllah..katanya biasa-biasa saja, tp hasil perbualan dengan ustaz pondok, dia bukan sahaja guru, tp warden kepada penuntut2 pondok itu..bila ditanyakan, “Mung dok cari kije lain ke boh? Ke tak dok kije sini? Mari la ikut kawe cari kije”, dengan ringkas dijawab, “Kalo aku keluor cari kije lain, sape nok ajor budok2 pondok ni? Bior dulu setahun, lepas tu baru cari kije lain”…
Walaupun sahabat yg kurus ini hanya tersenyum pada sy, terase malu muke (tebal muka) dek pertanyaan bodoh td..tidak pernah terlintas utk berkhidmat pada anak2 pondok dlm tempoh yg lama..setakat sehari dua boleh lagi..perbualan itu terhenti bila dia meminta diri utk menghadiri usrah bersama pelajar pondok yg lain meninggalkan impak yg besar ke dalam qalbu yg bercelaru..
Malamnya sekali lagi sy teringat kepada sahabat2 yg sudah dan akan memulakan kerja…terlintas wajah2 mereka seorang demi seorang bersama position masing2 di tempat masing2..kemudian, dlm susunan wajah itu terlihat sesuatu yg sebelum ini tidak saya perasan (mungkin kerana ego dan kecewa), di mana baru saya sedar bahawa setiap org daripada mereka sebenar memerlukan pekerjaan seawall mungkin berbanding saya..masing2 mereka ada tanggungan masing2, ada matlamat masing2 dlm masa terdekat dan ada tunggakan yg perlu dibayar segera berbanding dengan sy..
Malahan, mereka sudah bersedia utk itu, sudah cukup ilmu yg mendekatkan diri pada Allah, ilmu yg membawa mereka jauh dari kemaksiatan dan dosa, ilmu yg menjadi guideline yg lurus pada Allah, ilmu yg dinyatakan oleh Imam Ghazali rahimahullah did lm kitab Bidayatul Hidayah iaitu ilmu yg bermanfaat (ilmu yg menambah takut pada Allah, menambahkan penglihatanmu pada keaiban mu sendiri dan menambahkan makrifatmu dlm ibadatmu dan menyedikitkan dirimu daripada kegemaran terhadap negeri dunia dan menambhkan kegemaranmu pada negeri akhirat dan membuka hatimu utk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu hingga engkau menjauhinnya)..
Dan kata2 pepatah melayu “rezeki tidak akan dtg bergolek” itu ada benarny juga..setakat duduk goyang kaki di rumah sy tak akan ke mana..perlu banyak usaha utk mencari peluang2..dan setakat usaha sahaja tak akan ke mana kalau dahi tidak sujud ke sajadah di waktu org lain dibuai tidur dan doa tidak dipohon, hanya berharap akan rezeki pasti akan terhenti di sini sahaja..
Berkenaan masa yg terluang ini, alangkah elok kalau dipergunakan sebetulnya..bukan dirunguti tapi dihargai..Semoga Allah memberikan keampunan kpd diri ini atas keterlanjuran dlm pertimbangan sebelum ini..dan mohon doa sahabat2 buat insan ini..wassalam
Posted by nAsai at 08:51 1 comments
Tuesday, 19 January 2010
Tahniah Syah & Rahimah
Assalamualaikum…
Tanggal 15 Januari 2009 bersamaan 29 Muharam 1431 lalu merupakan detik bersejarah buat dua sahabat ex-smachianku, iaitu saudara Syahrul Fitri & Rahimah…alhamdulillah saya sempat hadir dalam majlis akad nikah mereka di Masjid Ijabah jam 9 pagi…walaupun agak terlewat sampai di masjid, Allah telah masih memberi peluang pada saya utk meyaksikan majlis penting tersebut apabila Imam @ tok kadi sedikit terlambat (motor mati tak de minyak)…
Walaupun agak kekok memandang hanya saya yg berpakaian biasa dan berjaket lantaran sudah terlewat utk memilih baju dan sakit perut, ayah kepada syahrul (En Zawawi) yg menyambut baik menghilangkan segala-galanya. Dan yg paling penting ialah menyaksikan sendiri proses akad nikah mereka..cukup mudah, cukup lantar dan kemas. Saudara syahrul kelihatan tenang (dan hafal semua lafaz ke?) dan bersahaja sepanjang majlis..
Namun, selesai segala2 kerja2 sijil dan borang, semua berdoa dan majlis selesai..belum sempat saya nk menangkap gambar, perut kembali meragam..disebabkan itu hanya gambar Syahrul dan tok kadi sempat diambil..selebihny akan diambil dlm kenduri2 mereka..
Apapun, tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua mempelai..didoakan agar Syahrul & Rahimah akan berbahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT…Selamat Pengantin Baru..wassalam
p/s: gambar2 tidak dapat dipostkan memandangkan internet di rumah sgt perlahan (masih guna dial-up)..dimaklumkan
Posted by nAsai at 10:48 1 comments
Monday, 23 November 2009
Alhamdulillah..akhirnya




Alhamdulillah.. sebaik sahaja selesai Majlis Kesyukuran Pernikahan Saudara Irwan & Isterinya...semalam saudara Syahrul pula mengumumkan utk mengakhirkan zaman bujangnya bersama bakal isterinya, Rahimah Abd Rahman..Syukur kpd Allah memberikan pasangan2 ini jalan membina rumah tangga...Semoga Allah memberkati kalian hingga ke syurga..
Kepada Irwan (sahabat sepermainan dari sekolah rendah), maaf dapat hadir ke kedua-dua majlis memandangkan sekarang saya masih lagi di Perak menghadapi paper2 terakhir di UTP..insyAllah esok mengakhiri sgalanya..InsyAllah Hari Raya sampai la kawe di rumah anda..
kepada Syahrul (sahabat baikku) dan Rahimah, insyAllah saya akan hadir di rumah anda..kalo ade keje yg memerlukan tenaga org muda inform la..saya akan turun bersama sahabat2 lain utk membantu..insyAllah..
sekali lagi utk kedua2 pasangan, tahniah dan moga Allah merahmati kalian..
wassalam
p/s: blog keluarga fitrah syahrul dan rahimah..(http://keluargafitrah.blogspot.com/)..
Posted by nAsai at 17:50 1 comments
Friday, 20 November 2009
Lagu Acheh - Aneuk Yatim
Aneuk Yatim – by Rafly
Jino lon kisah saboh riwayat Kini kuceritakan sebuah riwayat
Kisah baro that…baro that di Aceh Raya Kisah yang baru terjadi di Aceh Raya
Lam karu Aceh..Aceh Timu ngon Barat ngon Barat Dalam kekisruhan Aceh.. Aceh, Timur dan Barat
Di saboh tempat…tempat meuno calitra Disuatu tempat..begini ceritanya
Na sidro aneuk jimo siat at Ada seorang anak yang menangis terus
Lam jiep jiep saat saat dua ngon poma Terus menagis dipangkuan ibunya
Ditanyong bak ma bak ma ayah jino pat..jino pat? Ditanya pada ibunya, dimana ayah sekarang
Ilon rindu that…rindu that Aku sangat rindu, rindu sekali
keuneuk eu rupa ingin melihat wajahnya
Nyo mantong hudep meupat alamat Kalau masih hidup, dimana tinggalnya
Uloun jak seutot ..jak seutot oh watee raya kan ku datangi, datangi waktu lebaran
Nyo ka meuninggai..meuninggai Jika meninggal..meninggal
Meupat keuh jirat ..ouh jirat Mana kuburan kuburannya
Loun keuneuk jak siat …jak siat loun baca do’a Aku kan datang kan datang, membaca doa
Udeep di poma oh tan lee Ayah Hidup si ibu tanpa sang ayah
Loun jak tueng upah tueng upah Ku cari kerja ya kerja
Loun bri bu gata Untuk kehidupan bunda
Ka naseb tanyo geutanyo Kehendak bak Allah..bak Allah Sudah nasib kita, kehendak Allah ya Allah
Adak pih susah… susah tetap loun saba Walaupun susah oh susah tetap bersabar
Se eu’t lee poma…aneuk meutuah Dijawab ibunya , wahai anakku
Kehendak bak Allah..bak Allah geutanyo saba Kehendak Allah ya Allah, kita bersabar
Bek putouh asa ..hai asa cobaan Allah..Ya Allah Jangan putus asa hai asa, cobaan Allah ya Allah
Saba ngon tabah ..ngon tabah dudo bahgia.. Sabar dan Tabah dan tabah, akhirnya bahagia
Talakee do`a ..taniet bak Allah Kita berdoa, Niatkan pada Allah
Ubee musibah..musibah bek lee trok teuka Semua musibah..musibah, jangan lagi datang
Aceh beu aman..beu aman bek lee ro darah..ro darah Aceh harus aman, jangan lagi tumpah darah
Seuramo mekkah..mekkah beu kong agama. Serambi Mekah, Kuatkan agama
Posted by nAsai at 09:34 0 comments
Wednesday, 18 November 2009
Pendedahan 360
salam..
terkejut atau tidak, pendedahan Three Sixty mlm ni sgt membimbangkan..257,000 anak luar nikah dilahirkan dan didaftarkan pada tahun ni dan secara puratanya, setiap bulan ada 2000 anak luar nikah dilahirkan..dan jika dikira-kira ada lebih 80 anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia..betapa besarny nilai ni tuan2 puan2...
ada juga bberapa buah universiti telah menjalankan kaji selidik dlm masalah sosial dan hasilnya: terdapat 4juta org remaja perempuan pernah melakukan hubungan seks luar nikah sewaktu remaja mereka..Allahurabbi, ramainya dan teruknya masalah ini...
lebih mengejutkan, di dlm beberapa wawancara bersama beberapa remaja dlm rancangan 360 tersebut, majoritinya baru shaja selesai menjawab kertas peperiksan SPM pagi dan petangnya sudah berada di kompleks membeli belah..alasannya, "mencari kebebasan, nak melepak dan sbgnya"...
ada juga video yg membayangkan remaja2 mula meminati benda2 yg tidak berfaedah..(break dance dan bermacam macam dance) yg semata mata utk kepuasan hati dan utk dipertontonkan di jalanan kota raya..dari gerak geri yg susah dan memenatkan itu jelas mereka mmg menghabiskan masa yg lama utk berlatih..(secara jujurnya sy rase ape la dorg buat ramai2 ni, mcm xde keje, duk tgk org dance, pastu gelak tgh panas)...
dan lebih menyedihkan, apabila ditanyakan pada mereka, "Apa punca jadi begini?"..
Rata-ratanya menjawab, "Mak bapak x bagi kebebasan, kalo boleh nk balik umah utk tido je, lepas bangun, terus keluar utk lepak"...ada juga yg kate "mak bapak sekarang kene paham la kan ape remaje skang nak..mereka tak leh kongkong.." dan ada juga yg cakap "mak bapak ni anggap ktorg macam budak2 kecik lagi..tak de kebebasan."
apa takrif kebebasan bagi generasi ini??apakah ini realiti generasi Y yg benar2 berbeza dgn generasi X..? ataupun merekalah generasi Z yg mula menjalar tumbuh..sama2lah kita fikir dan sama2 ambil tindakan..wassalam
Posted by nAsai at 21:30 0 comments
Monday, 16 November 2009
Tazkirah Subuh termisteri
assalamualaikum...
pagi td walaupun agak terlewat ke masjid, sempat jugak solat bersama imam pertama..kesejukan pagi menyebabkan agak perlahan utk bangun dan kepalaku sedikit pening..apapun, selesai solat berjemaah..tibe2 sorang sahabat international student bangkit dari saf pertama dan terus mengatakan sesuatu yg agak sukar difahami..ustaz Zuriat dan para jemaah yg masih dlm keadaan selesai solat dan masih lagi berwirid bersama-sama...
saudara kite tu terus memperkenalkan diri dan negera asalny.jelas di wajahny seribu satu msalah yg membebani jiwa dan batinnya..yg kedengaran jelas waktu itu "I juz want to meet my ambassador, i want to go back to my country..i want to meet my family..please help me "..dan diulangi juga "i come here juz to future my study..thats all..there are people who want to kill me here..i want to go back"..
dan byk lagi yg diperkatakan dan diluahkan kepada jemaah, akhirny smua jemaah bertenang dan saudara itu mula duduk kembali setelah ditenangkan Ustaz Dawi Cahyono...diberikan dua botol air mineral dan buah tamar..katanya dlm penjelasan kepada Ustaz Dawi dan Abg Saiful, die sudah tidak mahu belajar, ada org mahu bunuh die, die di tahan security dan macam2 lagi..
kerutan mukanya menunjukkan stress yg teramat, mungkin masalah x dpt adapt ngan malaysia atau mungkin jua ada masalah dgn kawan2 senegara, atau masalah dgn senior, atau mungkin juga masalah emosi..apapun, sahabat td di bwa breakfast dan ke klinik utk rawatan seterusny utk memenangkan beliau..
Moral of story: dont put urself down with the problems, but try to resist them..and dont face it alone, tell the others that u trust..ask their advice, dont act membuta tuli..think relevant and act relevant..and last but not least, dont skip ur breakfast..wassalam
Posted by nAsai at 10:09 0 comments