CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday 16 August 2008

Maafkan aku teman..namun ia demi kebenaran

assalamualaikum to all..

setelah sekian lama tidak mempostkan tulisan dlm blog ini,mlm ini di waktu yg agak lapang dan mempunyai masa yg sedikit terluang..terpanggil utk menceritakan sedikit perkongsian buat renungan..

petang tadi selepas menghadiri program di Ipoh, aku bersama-sama sahabt2 seperjuangan meluangkan masa utk liqa yg telah dirancang sekian lama..
Liqa yg mengumpulkan pemuda-pemudi dari segenap penjuru Malaysia dimulakan dengan penuh lancar dan tersusun oleh penganjur yg begitu mengujakan..bersemangat dan berkobar-kobar..

setelah diadakan sedikit ucapan pengerusi maka bermulalah jamuan makan2 utnk mengisi perut yg sekian lama berbunyi..alakah leganya! Hidangan nasii putih disertakan telur dadar, sayur, tomyam, dan ayam masak pedas sudah cukup menjadikan makan tgah ari itu mampu "bertahan" hingga ke pagi esok (sangat mengenyangkan)..

setelah itu diadakan pula sharing session tentang gerak kerja di tempat masing2..setelah seketika dalam penggulungan oleh setiap sahabat yg hadir..terdetik di hati ini di saat melihat masih byk makan yg tidak ke'habis'an..

setlah itu barulah aku tersedar, kenapa perlu berbelanja utk sesuatu yg terlampau byk..sehingga menjadi satu pembaziran pulak..waduh! ini tidak ubah seperti apa yg selalu aku bawakan dlm perbincangan dgn adik2 usrahku..isu pembaziran pemimpin/kerajaan yg melampau-lampau..

dapat dilihat betapa kerajaan menggunakan duit rakyat utk membeli jet peribadi yg bernilai berjuta-juta, begitu juga isu pembinaan mahligai pemimpin yg tersergam indah yg terbina dgn duit rakyat dan byk lagi..inilah isu2 yg biasa aku bahaskan..biasa aku marahkan..baisa aku bangkangkan..

di akhir perjumpaan itu, sedikit teguran aku lontarkan buat semua..bukan utk menyalahkan org lain krn aku tidak trut serta dlm proses penempahan makanan..mungkin berlaku kesilapan technical.. teguran yg agak pedas ku lontarkan jua walaupun terdetik di hatiku ianya mungkin menyakiti hati sahhabat2 yg terlibat..mungkin ade yg "terase"..dan jika ade di antara mereka menyalahkan aku krn tidak bersama-sama mereka dari awal..maafkan diri yg serba lemah ini!! kalian lebih senior dan berpengalaman berbanding ilmu cetekku..wassalam

"Ana anta, wa anta ana, nahnu ruhun fil badan"