CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday 19 January 2010

Tahniah Syah & Rahimah

Assalamualaikum…

Tanggal 15 Januari 2009 bersamaan 29 Muharam 1431 lalu merupakan detik bersejarah buat dua sahabat ex-smachianku, iaitu saudara Syahrul Fitri & Rahimah…alhamdulillah saya sempat hadir dalam majlis akad nikah mereka di Masjid Ijabah jam 9 pagi…walaupun agak terlewat sampai di masjid, Allah telah masih memberi peluang pada saya utk meyaksikan majlis penting tersebut apabila Imam @ tok kadi sedikit terlambat (motor mati tak de minyak)…

Walaupun agak kekok memandang hanya saya yg berpakaian biasa dan berjaket lantaran sudah terlewat utk memilih baju dan sakit perut, ayah kepada syahrul (En Zawawi) yg menyambut baik menghilangkan segala-galanya. Dan yg paling penting ialah menyaksikan sendiri proses akad nikah mereka..cukup mudah, cukup lantar dan kemas. Saudara syahrul kelihatan tenang (dan hafal semua lafaz ke?) dan bersahaja sepanjang majlis..

Namun, selesai segala2 kerja2 sijil dan borang, semua berdoa dan majlis selesai..belum sempat saya nk menangkap gambar, perut kembali meragam..disebabkan itu hanya gambar Syahrul dan tok kadi sempat diambil..selebihny akan diambil dlm kenduri2 mereka..

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua mempelai..didoakan agar Syahrul & Rahimah akan berbahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT…Selamat Pengantin Baru..wassalam

p/s: gambar2 tidak dapat dipostkan memandangkan internet di rumah sgt perlahan (masih guna dial-up)..dimaklumkan