CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday 24 May 2009

Hikmah di sebalik....

assalamualaikum...

salam bumi tronoh yg kini mula lengang dek bilangan pelajar UTP yg mula berkurangan dan beransur pulang ke kampung halaman masing2...namun, student foundation baru sahaja memulakan paper2 mereka esok..semoga dipermudahkan Allah..

kali ni saya ingin kongsikan satu kisah yg berlaku terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW sewaktu Baginda masih kecil..di waktu itu, tempoh penyusuan dan penjagaan Halimatussadiah (ibu susan Baginda) sudah tamat dan Baginda SAW sudah kembali ibunya iaitu Aminah..

kisahnya bermula apabila ibunda Baginda ingin melawat/menziarahi pusara ayahanda Baginda SAW, Abdullah yg terletak di Yathrib (500 km dari tmpat mereka tinggal) dan sudah pasti ianya suatu perjalanan yg sgt jauh mereka (Baginda SAW,ibundanya dan khadam Ummu Aiman)..

setelah sebulan berada di Yathrib, akhirnya mereka berangkat pulang ke Mekkah dan sewaktu dalam perjalanan yg panjang itulah ibunda Baginda SAW jatuh sakit dan meninggal dunia di suatu tempat bernama Abwa'..ini menjadi Baginda pada waktu itu yatim piatu...

Abdul Mutalib menerima berita kematian itu dgn tenang. Kasih sayangnya terhadap Muhamad SAW bertambah erat dan beliau selalu mendampingi Baginda hatta dalam majlis2 perjumpaan pembesar Quraisy pun di bawa bersama Nabi SAW. Ketika Abdul Mutalib duduk berhampiran Kaabah bersama-sama org2 tua Quraisy, Abdul Mutalib juga membenarkan Nabi SAW utk berada di atas hamparannya walaupun masih kecil..

Kemudian, Abdul Mutalib pula meninggalkan dunia setelah berumur 120 tahun dan pada waktu itu Nabi SAW berumur 8 tahun..bayangkan seorang demi seorang org yg menyanyangi baginda tiada sewaktu umur muda itu..sebelum meninggal dunia, Abdlu Mutalibb menyerahkan amanah penjagaan cucunya kepada anaknya, Abu Talib..beliau terus menjaganya sehinggalah Baginda diwahyukan menjadi Rasul Allah..

Iktibar dari rentetan peristiwa ini, sememang besar pengajarannya..antara mengikut al-Buti dlm kitab "Fiqh Al-Sirah", beliau menyatakan kewafatan yg berturutan iaitu kewafatan ayahandanya,ibundanya dan datuknya bukanlah suatu yg kebetulan semata-mata, tetapi merupakan suatu yg amat bermakna jika difikirkan..hikmahnya tiadalah alasan bahawa dakwah dan sifat2 Nabi SAW sebenarny dipengaruhi oleh ayah,ibu dan datuknya kerana Baginda SAW yatim piatu pada umur yg sgt muda..

Tiada lagi peluang utk musuhnya utk menyatakan bahawa Baginda SAW membawa ajaran yg diajarkan oleh datuknya..atau tiada lagi alasan Baginda telah ditarbiyaah oleh keluarganya..apatah lagi pendoktinan pemikiran oleh mana2 kaum atau suku..Baginda SAW telah dijaga oleh Allah yg Maha Suci, ditarbiyyah dgn jalan dan perancanganNya..dan akhirnya terbitlah akhlak Baginda SAW yg mulia dan terpuji itu..selawat ke atas mu Ya Habibullah..

wassalam

Thursday 14 May 2009

Sebuah lagu

Lagu dari Soutul Amal...

lirik utk direnungi buat yg berjuang & 'berjuang' ...

Bersatulah wahai kaum Muslimin,
Dengan semangat dan roh kebenaran,
Berjihadlah wahai kaum Muslimin,
Walau susah menempuh cabaran...

Bersatulah wahai kaum Muslimin,
Dengan obor sinar kebahagian,
Berjihadlah wahai kaum Muslimin,
Biar syahid ataupun kemenangan...

Selamatlah Parti Islam melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan AlQuran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...


Berjuanglah wahai Ansorullah,
Dengan matlamat daulah Islamiyyah,
Berkorbanlah wahai yang beriman,
Dengan harta dan segenap kepunyaan...

Bergeraklah ke gerbang jasa,
Kalah menang bukan alasannya,
Sucikanlah niat di hati,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi...