Pertandingan ini hanya dibuka untuk pelajar sekolah rendah tahap dua iaitu dari tahun empat sehingga tahun enam. PIDACIL iaitu singkatan dari Pemilihan Daie Cilik, dianjurkan bertujuan mempertingkatkan pendedahan agama di kalangan pelajar sekolah. Program ini dijangka dapat menarik minat di kalangan pelajar universiti ini sendiri memandangkan pertandingan ini pertama kali diadakan di UTP. Butiran PIDACIL adalah seperti berikut:
TARIKH : 18hb Februari 2009
HARI : Rabu
MASA : 9.00 malam – 11.50 malam
TEMPAT : Dewan UtamaUTP/UTP Main Hall
H4I Campus Run merupakan aktiviti yang dijalankan bertujuan menggalakkan pelajar untuk menyeimbangkan rohani dan kesihatan jasmani. Elemen–elemen dakwah turut diterapkan ke dalam aktiviti ini seperti bacaan doa sebelum memulakan larian, menegaskan kepentingan menutup aurat walau di mana kita berada serta menekankan kepentingan etika–etika yang baik sepanjang pertandingan. Butiran H4I Campus Run adalah seperti berikut:
TARIKH : 22hb Februari 2009
HARI : Ahad
MASA : 8.00 pagi – 12.00 tgh hari
TEMPAT : Sekitar UTP
BAYARAN : RM 5
Malam Inspirasi Seni (MIS) merupakan pertandingan nasyid dan menjadi medium terbaik bagi pelajar mempamerkan bakat seni mereka berlandaskan had-had dan kehendak syara’. Pertandingan ini menawarkan dua kategori iaitu intervarsiti dan antara sekolah menengah dan dijangka dapat memberi pendedahan tentang keindahan kesenian Islam kepada masyarakat yang lebih luas. Butiran MIS peringkat universiti adalah seperti berikut:
TARIKH : 14hb Mac 2009
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
TEMPAT : Dewan Canselor UTP / UTP Chancellor Hall
TARGET PENYERTAAN : satu kumpulan terdiri daripada 5-15 orang
BAYARAN : RM 15