Sekadar perkongsian..
Seandainya dunia ini mempunyai nilai walau sebesar sayap nyamuk sekalipun,
nescaya orang-orang yg tidak beriman kepada Allah tidak dapat akan dapat minum walaupun setitis...
Kata-kata Bekerjalah kamu seolah-olah engkau akan hidup 1000 tahun lagi, tetapi beribadahlah seolah-olah engkau akan mati esok hari..
1) Bekerja seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi
- yg menandakan sedikitnya nilai dunia berbanding akhirat (kerja/cari makan/cari duit = 1000 tahun tetapi Ibadah seolah-olah esok sudah tiada bagi insan)
- walaupun kita bekerja sehabis usaha sekalipun, pulangannya tidak akan mampu bertahan selama 1000 tahun
2) Beribadah seolah-olah akan mati esok hari
- yg menandakan betapa pentingnya akhirat, sehingga kita diminta berusaha melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh ibarat itulah ibadah terakhir
- perumpaannya bagi seorang banduan yg akan dihukum gantung selepas waktu Subuh, betul-betul selepas solat Subuh, agak2nya bagaimanakah perasaan banduan itu
sewaktu menunaikan solat Subuh itu? kerana itulah solat terakhirnya, solat wida'nya...solat perpisahannya dengan dunia..
Apapun banduan itu sudah mengetahui saat ajalnya selepas solat, dia akan ke tali gantung..namun kita insan biasa tidak mampu utk mengetahui bila dan di mana
nyawa akan diambil..seharusnya mendalami perasaan si banduan, seolah-olah itulah solat yg terakhir, solat wida' kita..
andai kita solat Zohor, itulah Zohor yg terakhir, entah kita sempat utk waktu Asar nanti..begitulah juga waktu Maghrib, Isyak dan Subuh..
Akhir kata, hidup ini sementara,
Setiap yang bernyawa, akan tua dan mati,
Setiap yang dinamakan makanan, akan basi dan luput,
Setiap yg dinamakan barang, akan lusuh dan buruk,
Setiap yg dinamakan cantik, akan pudar dan hilang,
Setiap yg dinamakan harta itu, akan susut dan ditinggalkan..
wassalam
Sunday, 27 June 2010
Sayap nyamuk
Posted by nAsai at 14:34 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)