assalamualaikum..
di saat azan berkumandang di surau, di masjid2, di madrasah-madrasah, di radio, di komputer, di Malaysia mahupun di seluruh ceruk
muka bumi bila waktunya solat tiba, berapa yang bersegera meninggalkan kerja2nya, meninggalkan perniagaannya dan tidak kurang juga
meninggalkan maksiatnya?
kalimah azan yang menjadi santapan setiap insan pada setiap hari kadang kala tidak terasa akan kesannya yang sebenarnya cukup besar impaknya..
kalimah Lailahaillah, kalimah Muhammad Rasul Allah, kalimah Hayyaalasolah dan kalimah Hayyaalafalah berulang-ulang 5 kali sehari
sebenarnya sudah cukup bermakna utk insan2 yang beriman..
betapa hebatnya kalimah ini di saat seseorang sedang menghadapi masalah @ tekanan @ kesempitan hidup akan menjadi tenang sehingga mengalirkan
air mata..hebatnya juga menarik semua umat Islam utk bersiap sedia utk solat, bahkan ada yang apabila mendengar azan akan terus berhenti
dari segala aktivit yg sedang dibuat, terus mengambil wuduk dan segera menunaikan solat..oleh sebab itu adalah elok utk melantik seorang bilal
yang mempunyai suara yg lebih sedap didengar, agar kalimah yg diucapkan dengan keberkatan Allah akan mengetarkan hati-hati yang mendengar seruan ini..
seperti mana tindakan Rasulullah SAW yg melantik Bilal bin Rabah utk menjadi tukang azan atau tukang 'Bang' yang pertama berbanding Saidina Umar r.a dan
Abdullah bin Zaid yang telah bermimpi diajarkan tentang kalimah azan ini..
Syeikh Nurudin Al-Banjari dalam kuliah menyatakan yang sebenarnya azan yang dikumandangkan di segenap penjuru alam ini boleh mengelakkan turunnya azab atau malapetaka
kepada penduduk suatu kawasan..namun, jika sudah terlampau banyak kemungkaran yg dibuat, sudah pasti tidak dapat menahannya lagi..ibarat seorang polis melawan 10 penjahat..
sekian, hayatilah kalimah-kalimah suci ini dan sahutlah ia..wassalam
Friday, 26 November 2010
Allahuakhbar, Allahuakhbar
Posted by nAsai at 10:57 0 comments
Monday, 8 November 2010
Jumaat
salam perantauan,
alhamdulillah, setelah sekian lama bekerja di hari Jumaat, akhirnya dpt juga merasai nikmat berehat di hari Saiyidul Ayyam itu..malah inilah kali pertama
menunaikan solat jemaah Jumaat dgn selesa, tenang dan tidak serabut di perantauan ini..mana tidaknya, kebiasaannya terpaksa bergegas secepat mungkin dari
kantor (pejabat) menuju ke masjid dlm keadaan traffic jam (kesesakan lalu lintas)..
rekod yg telah tercatat setakat ini, pernah sampai di masjid sebelum azan pertama (rekod paling awal) dan pernah sampai sewaktu jemaah sudah rakaat pertama (rekod paling
lambat)..dan ralibnya (kebiasaannya) sy akan sampai sewaktu khutbah dibacakan Khatib..maklumlah, sebelum ni selalu jumaat hari cuti di Kelantan,Terengganu (Praktikal) dan
selalunya berusaha awal ke masjid (Semasa di Perak)..
dua suasana yang berbeza, yang amat berbeza saya kira. cuti hari jumaat dan bekerja di hari tersebut.
mungkin tuan2 atau puan2 menyatakan kekolotan penulisan saya, tetapi saya tidak kisah jika penulisan ini melambangkan kekampungan, kemunduran dan tidak up-to-date..malah jika
digelar primitif sekalipun saya tidak kisah..
di antara kekurangan bekerja / bersekolah di hari Jumaat ialah:
1) Ada yg ponteng atas alasan terlepas / terlambat / terlupa / tak tersempat / kehujanan
2) Ada pula yang selalunya sampai awal di masjid, tapi singgah dulu di kedai makan / restaurant / gerai air (ada pula yg sambil dgr khutbah sambil2 makan - takut lambat masuk kerja)
3) Ada yang para pelajar yg masih beruniform melepak di kedai2, di kedai2 7-eleven (lelaki perempuan)
4) Ramai yg habis sahaja salam solat dua rakaat, terus keluar masjid utk seribu satu tujuan (i.Makan, ii.Takut stuck dlm jam iii. Bimbang kasut @ sandal mahal hilang iv. ....)
Maka peluang utk bertanya khabar, bertegur sapa semakin kurang..
5) ADa anak2 muda, kanak2 sekolah yg tidak solat jumaat..melencong ke tempat lain, CC, shopping complex atau sekadar di taman2 (malas utk solat). Sedangkan kanak2 yg baru balik sekolah pun
tidak solat
6) Jemaah terlepas amalan2 sunat di hari Jumaat (datang awal, mandi sunat Jumaat, memakai bau-bauan, solat sunat tahyatul masjid, dan byk lagi)
Selebihnya tuan2 mungkin lebih berpengalaman dan mungkin mempunyai lebih byk kesukaran yg telah dilalui, adapun yg tertulis ini hanyalah apa yg penulis lakukan, atau melihatnya..
Doakan penulis agar dipermudahkan dan diperkuatkan Allah utk menghadapi suasana sekarang, dan dipertemukan apa yg dicari..
wassalam
Posted by nAsai at 15:46 2 comments