Salam perjuangan kepada sahabat2
Kini selesai sudah satu tugas yg saya kira sgt besar utk dipikul dengan sepenuh komitmen dan kesungguhan..namun tanggungjawab belajar menuntut ilmu fardhu kifayah pasti dan mesti diteruskan kerana ianya kini menjadi fardhu ain ke atas diri saya dan sahabat2 yg telah dipilih utk menguasai pelbagai cabang ilmu; kejuruteraan, kedoktoran, politik, perguruan dan semestinya ilmu2 agama yg perlu dikuasai sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran sejagat.
Namun baru2 ini ada yg menyangkal tindakan badan agama di sini kerana terlalu jumud kononnya atas dasar melarang para mahasiswa/siswi dari mengunjungi pesta Hotlink yg diadakn dua tiga hari sebelum permulaan program yg saya sertai yg mana di dlmnya jua ada mengadungi dua persembahan artis yg agak popular di kalangan masyrakat tempat.
Atas dasar kefahaman dan kesedaran kumpulan badan Islam di kampus ini telah menyebarkan flyers yg menggariskan dalam mencari hiburan disekitar kampus utk menyedarkan masyarakat kampus. Namun, apa yg menyedihkan ada pulak yg mengejek dan memperlekeh usaha ini dengan melontarkan tomahan yg tidak ssepatutnya kluar dari mulut dari seorang Muslim, seperti mereka menganggap usaha ini ibarat melepaskan batuk ditangga kerna ianya suatu yg sia2, tidak meninggalkan kesan yg nyata ke atas golongan sasaran. Di sini ada setengah golongan yg sebenarnya perlulah memahami bhw ianya adalah tanggungjawab yg amat besar dan apa yang penting ialah usaha, bukan menyalahkan orang lain atas usaha mereka.
Ibarat sewaktu Nabi Ibrahim AS hendak dibakar oleh kaumnya, seekor burung pipit yg amatlah kecil saiznya, mengangkut air dari sungai dengan paruhnya utk memadamkan api. Sedangkan dari jauh kelihatan burung2 helang yg jauh lebih besar saiznya berbanding si pipit kerdil itu, hanya memerhati. Lantas mereka bertanya,”Hai pipit, mengapakah engkau begitu bersusah payah memadamkan api sebesar gunung ini dengan jumlah air yg engkau bawa itu?”. Lalu dijawab pipit, ”Sesungguhnya inilah usaha aku, padam atau tidak ianya milik Allah, aku takut akan dipersoal di akhirat nanti jika aku tidak berbuat apa-apa ”...
Begitulah jua situasi di kampus sekarang, ramai yg tidak bersetuju dgn adanya pesta Hotlink ini, tp hanya sekadar dibualkan di cafe2 sewaktu makan. Tidak kurang jugak yg memang telah lama tidak berpuas hati dgn badan Islam kampus ini, mula menimbulkan soalan2 yg menyedihkan, seperti burung helang di atas.
Ada pula yg bersetuju dgn usaha ini, tp menyangkal akan kesannya..apa yg berlaku selepas pembahagian flyers?erm...inilah pendapat mereka2 yg begitu terburu-buru dlm perjuangan, mahu melihat hasil keesokkan harinya selepas usaha dibuat..tuan2, sesungguhnya Allah bersama2 org yg bersabar. Mungkin kita x dpt lihat kesannya hari ini, esok,lusa atau tahun ini. Tp mungkin ianya akan berhasil 10 thn atau 20 thn akan datang atau lebih cepat dengan izinNya..Cuma kita perlu terus berusaha dan bertawakal..
Berbalik kepada persembahan artis yg diadakan semasa progrm yg saya sertai, di mana Ramli Sarip dan Adam AF2 dijemput utk mlm kedua dan ketiga respectively..mungkin ada yg mengatakan ”Apa la member tu, kate tak leh g konsert cmni, haram..sekali die plak jadi komiti,,bla la brader”..ade jga yg kate ”nape la badan Islam ni duk kalut2 halang org g konsert Hotlink, time konsert Adam n Ramli Sarip x de lak”...inilah antara yg sempat mencuri perhatian saya sepanjang minggu tersebut...
Perlulah diingat komiti yg terbabit telah berusaha utk mengosongkan slot terbabit, tetapi ianya telah menjadi arahan dari management dan etos tahunan..kalo x de, x leh..setelah berusaha..akhirnay mereka sekali lagi berusaha menjemput artis sseperti Ramli Sarip (membawa mesej agama seperti yg disaksikan pada mlm persembahannya) dan tidak menjemput artis wanita..kemudian diasingkan pula tempat duduk laki n popuan supaya tiada percampuran atau ikhtilat yg melampau...dan majlis bermula selepas Isyak, mengelakkan org ramai burn solat semata2 artis..inilah yg digariskan oleh Mufti Perak, SS Dr Harun Sani dlm interview bersama TV3 mengenai SureHeboh..cma komiti tidak dpt mengawal penonton dari melompat2 bergembira ber semangat bersama artis yg sorang lagi. Buat pengetahuan semua, artis2 telah dibriefkan apa yg patut mereka buat dan x patut buat,,namun hasilnya masih kurang memandangkan artis mempunyai kepentingan sendiri..mungkin tahun2 akan dtg ianya boleh diubah lagi..
Sewaktu persembahan artis, ade juga couple2 yg terlepas ke dlm kawasan kawalan..namun bile ditegur, mereka mula bertanya, “Salah ke?”, ”Since when we hav to segrete woman n man?” dan byk lagi..x kurang juga yg menyindir..tp x mengapa kerna inilah cubaan dan dugaan..sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri lebih teruk dicerca dan dihina oleh kaumnya, inikan pula kita insan biasa..sunnah orang berjuang,susah senang silih berganti..
Besides that, ade wakil2 dari badan Islam yg berada di kawasan gerai jualan (F 26== gerai yg disewa badan Islam kampus) membahagikan flyers seperti biasa kepada para pengunjung bagi menyampaikam mesej bhw mereka tidak sesekali menghalalkan konsert seperti mna konsert Hotlink; di mana berlaku percampuan bebas, penonton terkinja-kinja melompat, konsert meleret sampai Maghrib (7.30 mlm masih ade lagi penonton duduk2,sembang2 bercouple di tapak concert) .
Bagi pihak komiti (program yg saya sertai selepas konsert Hotlink), kami sesekali tidak pernah menghalalkan konsert bebas ini, namun biarlah kami berusaha utk mengurangkan kemaksiatan di dlmnya daripada melarikan diri dan bersembunyi seorang diri, membiarkan sahabat2 mahasiswa/siswi dan penduduk setempat melayan jiwa lara bergelumang di dlm komsert itu...biarlah ada yg kata sama aja yg duk jaga konsert ngan yg duk tgk..namun perlulah diingat akan sabda Baginda SAW dlm hadis mashyurnya ”Inna a’mallu binniat” [sesungguhnya setiap amal itu bermula dgn niat]..di mana niat itu adalah apa yg terlintas di hati manusia,,yg tahu hanya pemiliknya dan Allah jua mengetahui..
Cuma baru2 ini, dlm mengingati Al-Quds, badan Islam kampus telah menganjurkan mini-show dan talk on Palestin’s Issues dan saya adalah salah seorang komiti dlm progrm tersebut..seminggu sebelum program bermula,pelbagai persediaan dibuat..dan bile tiba hari program..sambutan adalah menggalakkan hingga penuh satu dewan kuliah 1 yg memuatkan lebih 400 org dlm satu2 masa...malah ade yg duduk di tangga semata-mata utk mendengar penjelasan dan isu2 daripada ustaz yg dijemput khas dari Aman Palestine..namun, setelah dua tiga minggu program tersebut, saya mendapat berita bhw pada mlm ceramah atau talk diadakan, ada kumpulan yg bergerak dari bilik ke bilik menyatakan kita tidak perlu ke majlis tersebut kerana ia tidak bermanfaat kerana berlaku percampuran laki n perempuan..Ya Allah, mendengar perkara tersebut saya sebagai komiti yg berada di tempat program merasa bhw kumpulan terbabit yg begitu menjaga dlm bab2 ikhtilat telah begitu jauh dlm hal ini..apakah masih berlaku percampuran semasa ceramah kerna tempat duduk telah diasingkan..malah tiada AJK muslimat yg tampil ke hadapan utk tujuan yg tidak perlu..muslimat hanya bergerak di belakang dan sesama muslimat sendiri..tiada percampuran seperti konsert2 lain..malah ini adalah majlis ilmu..saya merasa tidak mengerti kenapa isu ini ditimbulkan..alangkah elok kumpulan ini bersama2 badan Islam kampus dlm usaha menghalang konsert Hotlink dan seangkatan dengannya..
Harap difahami bersama..
P/s: jika ade sebarang kesalahan, sila emailkan ke msitheory@gmail.com,,,saya sedia menerima teguran..syukran
wassalam
Sunday, 2 September 2007
penjajahan minda
Posted by nAsai at 08:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
manusia
macam tu lah..
moga2 sufian bsabar..
Post a Comment