CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 21 July 2007

Malaysia digegar dari dalam..

salam permulaan..

sebelum memulakan sesi semester ini, ingin saya membawa anda kpd satu isu yg hangat dalam diam yg diperkatakan oleh beberapa kerat yg bagi saya merupakan satu kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia semakin bercambah hari demi hari..tidak kira Muslim or Non-Muslim..isunya ialah apakah benar Malaysia adalah negara Islam yg mengamalkan kesyumulan Islam dgn sebenar-benarnya seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pihak tertentu sehingga ke peringkat antarabangsa...

sebelum saya membawa anda semua meneliti petikan akhbar Berita Harian 21 julai 2007, di sini saya catatkan Prinsip-prinsip Islam Hadhari yg digariskan oleh kerajaan Malaysia::

1) Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah
2) Kerajaan yang adil dan beramanah
3) Rakyat berjiwa merdeka
4) Penguasaan ilmu pengetahuan
5) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6) Kehidupan berkualiti
7) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8) Keutuhan budaya dan moral
9) Pemeliharaan alam semulajadi
10) Kekuatan Pertahanan

bagi saya sebelum anda meneruskan bacaan, menggunakan istilah Islam HAdhari itu sendiri adalah satu yg mengelirukan..tuan-tuan mungkin berpendapat bahawa ianya suatu perkara yg remeh-temeh & orang yang kolot sahaja yg membincangkannya..tapi bagi hujah saya, bukankah ianya menimbulkan fitnah kepada Islam sendiri kerana Non-Muslim akan melihat apakah Islam itu berlainan mengikut tempat @ geografi??bila di malaysia Islam menjadi Islam Hadhari..di Indonesia pulak ade puak yg membawa fahaman Islam Liberal..dengan kata lain..Islam itu berpecah mengikut tempat dan pemimpin..bukankah ini sudah cukup bg Non-Muslim yg tidak memhami dgn sebenarnya akan mengatakan Islam itu tidak sempurna..dan pastinya usaha dakwah akan menjadi semakin sukar...

banyak buku yg memperkatakan tentang hal ini dipasarkan..cuma saya mengharapkan anda tidak memilih pengarang2 buku agama..tuan-tuan perlulah membaca isinya dahulu,bukanlah judge by the cover atau by author..isu politik bukan penghalanh utk mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan..dan tujuan saya membawa this hot stuff dlm blog saya bukanlah atas dasar menentang kerajaan semata-mata,tetapi atas ilmu..

baiklah..harap tuan-tuan dan puan-puan faham dan cuba berlapang dada dlm hal ini.dan cubalah baca petikan yg saya ambil dari Berita Harian ini..sedikit luahan dari MCA yg mewakili kaum Cina di Malaysia..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amaran kepada MCA

Oleh Norfatimah Ahmad dan Suzianah Jiffar

RANAU: Pergerakan Pemuda Umno meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana tindakan itu tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan oleh MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

“Saya beri amaran kepada pemimpin MCA supaya berhenti membuat kenyataan sedemikian. Ingin saya tegaskan, saya bukan pemimpin naif yang akan membenarkan perkara ini berterusan. Amaran saya ialah berhenti membuat kenyataan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ranau, di sini semalam.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.

Ong antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.

Beliau berkata, status sekular Malaysia itu juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan.

Isu berkenaan timbul berikutan satu laporan agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa dasar Malaysia kini semakin menjurus kepada sebuah negara sekular, bukannya negara Islam seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib ketika mengulas perkara itu Isnin lalu menolak tanggapan media asing berkenaan dengan menjelaskan, Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular kerana sekular seperti takrifan Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara pentadbiran.

Malaysia, katanya, tidak pernah berpegang kepada fahaman sekularisme kerana Perlembagaan jelas menyebut Islam adalah agama rasmi. Bagaimanapun, ia tidak bererti orang bukan Islam tidak dihormati kerana umat Islam dan bukan Islam, masing-masing mempunyai hak.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, turut membidas tindakan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam kerana perkara itu sudah jelas diperakui dalam Perlembagaan.

Katanya, tindakan pihak yang cuba mengaitkan negara ini sebagai negara sekular dengan menggunakan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan Reid sebagai alasan, adalah langkah ke belakang kerana semua perakuan itu sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan yang dengan sendirinya menggugurkan cadangan dua suruhanjaya berkenaan.

Malah beliau menegaskan, Cobbold dan Reid sendiri tidak menganggap diri mereka berhak mencorakkan bangsa sesebuah negara, sebaliknya sekadar mencadangkan sesuatu untuk dipersetujui Raja-Raja Melayu yang melambangkan institusi warisan berdaulat.

“Tindakan pihak berkenaan yang cuba mengungkit semula sejarah dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi ini adalah tindakan tidak sopan dan melanggar persefahaman antara kaum yang dibina Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Pihak yang cuba mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular dan menafikan kedudukannya sebagai negara Islam perlu melihat Perlembagaan secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Muhammad berkata, Amerika Syarikat sendiri memperakui kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak pernah mempertikaikan hak amalan kepercayaan untuk penganut bukan Islam di negara ini.

“Pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini perlu menyedari fakta sejarah bahawa Islam adalah asas sahih yang mencorakkan warna dan identiti masyarakat Melayu, bermakna mempersoalkan Islam menunjukkan kejahilan mereka mengenai sejarah negara yang merdeka ini.

“Tindakan pihak terbabit mempertikaikannya dengan sendirinya mempersoalkan asas kerakyatan negara ini kerana kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi sudah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan, malah sudah diisytiharkan di Parlimen,” katanya.

---------------------------------------------------------------

dan akhir kata, anda punyai hak untuk berfikir dan berpendapat setelah mmbaca petikan di atas,cuma perlulah didasarkan dengan ilmu..pertimbangkanlah..is our country executing the real Islam or not?does all of the principles are doing for the time being??ok..i leave them to u..=>.
mungkin dialog antara agama melibatkan semua (Ulama',golongan profesional,pentadbir negara,wakil semua kaum,NGO dan sebagainya) akan menjelaskan hal ini ke akar umbi dan membawa kepada suatu solusi...
wassalam

0 comments: