CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 5 July 2007

tiada lagikah sifat kemanusiaan??

assalamualaikum

salam pemikiran..

minggu ini akhbar Berita Harian mendedahkan kaedah yang biasa digunakan oleh doktor2 'pakar' pengguguran janin @ bayi..
sebelum ana membawa anda semua melihat kaedah tersebut ingin ana mengingatkan sahabat2 bhw fenomena gugur bayi sudah menjadi perkara biasa di masa ini, tak kira remaja,pelajar sekolah,pelajar universiti dan sebagainya...

kita melihat pihak berkuasa menyerbu klinik2 pguguran bayi yg dibuka tanpa lesen atau 'haram',menggunakan kaedah gugur yg salah semata-mata..tapi pelikkan??mengapa perlu digugurkan bayi yg bersalah??tidak cukupkah hospital2 kerajaan @ swasta yg hanya melakukan pengguguran janin yg dibenarkan sahaja??mengapa perlu tambahan dari luar??mengapa tidak dilihat punca sebenar pengguguran?

tak lain tak bukan ini semua bermula dengan meningkatnya bilangan remaja yg mengandung secara tidak sah!sudah buat tidak ingat dosa pahala,kini anak dikandung pula menjadi mangsa..
inilah dia masalah sekarang..

baru2 ini seorang remaja perempuan yg didapati mengandung (secara luar nikah) oleh ibunya di lumut..apabila ditanya siapakah bapa kepada kandungan..si gadis yg sudah ditebuk tupai tidak tahu pun nama lelaki yg bakal menjadi 'bapa' itu..ya Allah..katanya dia hanya ingat number plate motor lelaki tersebut yg barang kali ditemui di tepian jalan..Astarfirullahalazim..lihat betapa gejala ini sudah parah di kalangan remaja seluruhnya..

dan berikut adalah kaeddah pengguguran yg ana petik dari Berita Harian,,:::

Pengguguran bayi pasti alami titik hitam kekal

Oleh Ibrahim Abdullah

PENGGUGURAN bayi sama dengan pembuangan bayi. Pengguguran dilakukan menerusi suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan itu akan membakar kulit bayi secara perlahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya selepas menderita selama berjam-jam, bayi itu akhirnya meninggal dunia.

Selama proses itu, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetik keras. Pengguguran bukan saja pembunuhan biasa tetapi cara pembunuhan keji. Setiap wanita mesti sedar dan berwaspada mengenai kes bahaya ini.



Pengguguran kehamilan pada usia enam hingga sembilan bulan dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi itu hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuh biasanya dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan dalam air, dipukul kepalanya hingga pecah, ditinggalkan dan dibiarkan begitu saja di mana-mana lokasi.

Proses itu sering kali tidak disedari pelaku dan wanita yang sepatutnya menjadi ibu penyayang. Mereka rasa selamat selepas melakukan pengguguran tetapi titik hitam tetap kekal dalam nurani pelaku tidak bertanggungjawab itu.

Mereka sentiasa diburu dan dihantui perasaan bersalah, berdosa dan menanggung risiko tidak berkesudahan dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Jika diketahui pihak berkuasa, mereka akan ditahan serta dihadapkan kemuka pengadilan.

Kes pengguguran anak atau pembuangan bayi ada hubung kait dengan perzinaan. Kerana malu dan aib yang ditanggung pelaku, mereka melakukan perbuatan keji itu. Perbuatan itu disebabkan kurang fahaman ajaran agama dan kerosakan moral tidak terkawal.

Firma Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takut kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu, sesungguhnya perbuatan membunuh mereka (anak), adalah satu kesalahan (dosa) besar.” (Surah al-Israk, ayat 31)

Dalam ayat ini Allah menjamin rezeki kepada anak dan juga pelakunya (ibunya), justeru kenapa ia dibunuh atau dibuang di merata tempat? Apakah kesalahan anak atau bayi itu? Mereka yang melakukan dosa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari pembalasan nanti.

Firman Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)

Perbuatan zina menimbulkan banyak kerosakan dalam masyarakat antaranya masalah nasab keturunan, mengembangkan pelbagai penyakit di kalangan masyarakat, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan. Jika sesebuah negara membiarkan perzinaan berleluasa, tanpa pengawalan sistematik, negara itu akan hancur.

Anak adalah anugerah Allah kepada manusia perlu dihargai. Sayangilah anak kerana mereka haruman syurga. Sayangi mereka semoga Allah merahmati dengan bimbingan serta lindungan ke arah jalan lurus.

Harap menjadi teladan..wassalam

0 comments: