CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 21 March 2009

Antara gambar2 sepanjang h4i








Berakhirnya

MALAM INSPIRASI SENI 2009 (FINAL) & MAJLIS PENUTUPAN “HEART FOR ISLAM” 2009

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga komiti kempen “Heart for Islam” (h4i) 2009 di atas segala usaha serta komitmen mereka untuk menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang kempen ini. Setelah bertungkus lumus merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan menyampaikan mesej Islam kepada seluruh warga kampus serta masyarakat setempat bermula dari tarikh 3 Februari 2009, akhirnya kempen h4i 2009 akhirnya melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Kempen “Heart for Islam” 2009 dan Final Malam Inspirasi Seni (MIS) 2009 di Dewan Cansellor, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Majlis tersebut dengan jayanya telah berlangsung pada 14 Mac 2009 baru-baru ini telah dirasmikan oleh Dr Shark dari UTP dan dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat wakil-wakil dari sponsor-sponsor iaitu, Encik Abdul Jalil …(Pengurus Cawangan Ipoh PERODUA), En. Jafri (HPA Industries), wakil sponsor(Nurfairshop.com) dan kumpulan Inteam. Pada malam bersejarah itu juga, majlis turut dihadiri oleh pelajar-pelajar lokal dan luar negara UTP yang ingin menyaksikan persembahan finalis-finalis Malam Inspirasi Seni 2009 yang telah bertungkus-lumus di peringkat saringan sebelum ke peringkat akhir ini.

Empat finalis yang mara ke peringkat akhir ialah kumpulan Mujahideen,kumpulan Read-One, kumpulan In-Saff dan kumpulan Shababul Islam yang telah menampilkan pelbagai nasyid yang bertemakan ketuhanan serta maulid Nabi. Persembahan-persembahan mereka yang menarik dan bertenaga telah diadli oleh tiga juri yang cukup berpengalaman iaitu Encik Fuadiriza bin Mustafa, staff UTP bahagian ko-kurikulum yang menghakimi bahagian persembahan peserta, Saudara Muhammad Hazamin Harun dari kumpulan Inteam yang menjadi juri bahagian vocal dan Saudara Syahril bin Abdul Khalid juga dari kumpulan Inteam sebagai juri bahagian lagu dan percussion.

Setiap kumpulan diberikan masa 12 minit untuk mempersembahkan dua buah nasyid yang memenuhi dua tema yang telah ditetapkan oleh komiti Malam Inspirasi Seni 2009. Para penonton dihiburkan oleh kumpulan In-Saff dengan lagu “Rindu” dan lagu “Ya Habbi Ya Muhammad”. Lagu “Salamun salam” dan “Syukur” pula telah dialunkan oleh kumpulan Shababul Islam. Tidak ketinggalan kumpulan Read-One yang tampil dengan dua buah lagu iaitu “Dia Kekasih Allah” dan “Insan Cemerlang Ummah Terbilang” manakala kumpulan Mujahideen pula telah mempersembahan lagu “Selawat Burdah” dan “Ku MilikMu”.

Malam pertandingan yang gilang-gemilang itu turut dimeriahkan oleh tiga buah lagu dari artis jemputan iaitu kumpulan nasyid Inteam yang diwakili oleh Saudara Muhammad Hazamin Harun, Saudara Syahril bin Abdul Khalid dan Saudara Abdul Rahim bin Osman yang telah mengalunkan beberapa lagu baru dari album terbaru mereka iaitu album Allahu Rabbi. Memandangkan sebelum mereka mempersembahkan lagu-lagu nasyid mereka, mereka telah memberikan beberapa komen membina kepada para peserta selepas persembahan kumpulan masing-masing, maka dengan persembahan khas mereka ini merupakan satu tunjuk ajar kepada peserta untuk melakukan satu persembahan yang berkualiti dan berkesan.

Malam Inspirasi Seni 2009 diakhiri dengan pengumuman pemenang serta penyampain hadiah oleh tetamu kehormat kepada kumpulan yang berjaya. Tempat pertama telah dirangkul oleh kumpulan In-Saff, diikuti oleh kumpulan Read-One, seterusnya kumpulan Shababul Islam di tempat ketiga dan kumpulan Mujahideen di tempat keempat . Majlis ditangguhkan dan menamatkan kempen “Heart for Islam” yang bertemakan “Explore the Divine Beauty” bagi tahun 2009. Diharapkan Malam Inspirasi Seni (MIS) pada tahun hadapan akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari seluruh warga UTP dan melahirkan lebih ramai bakat baru dalam bidang nasyid. Apa yang lebih penting, mesej hiburan yang tidak melampau-lampau adalah dibenarkan di dalam Islam dapat diterapkan dalam kefahaman para penonton yang hadir.

Thursday, 12 March 2009

Finalis Malam Inspirasi Seni 2009 released


salam..alhamdulillah akhirnya finalis2 telah pun diumumkan selepas berakhirny saringan MIS semalam..tahniah diucapkan kepada yg telah terpilih dan kepada yg tidak terpilih..diharapkan ntum tidak berputus asa..mungkin ada hikmah di sebaliknya..

utk makluman semua..seramai 14 kumpulan telah menyertai pertandingan kali ini dan merupakan satu rekod teramai..alhamdulillah..

bagi yg terpilih ke final 14 mac 2009 ni..adalah dimaklumkan salah seorang dari juri-juri pada malam tersebut adalah dari kumpulan Inteam..so..all the best for u all..=)

wassalam

Tuesday, 10 March 2009

Malam Inspirasi Seni (MIS) 2009

salam Maulidurul Rasul..

terlebih dahulu selawat dan salam kepada Baginda SAW yg telah bersusah payah dalam hidupnya utk menjalankan amanah sebagai pesuruh Allah di muka bumi sebagai Khatamul Anbia'..

pernah suatu ketika sewaktu Rasulullah SAW masih lagi menjalankan dakwah secara sembunyi2 di Mekkah..dan bilangan kaum yg mengikuti ajaran Islam mulai bertambah,,yang amat amat merisaukan kaum kafir Qurasiy ketika itu..
lantas mereka telah menghantar wakil2 utk berbincang dgn Baginda SAW supaya Banginda memberhentikan usaha dakwahnya itu..

di antara permintaan ataupun syarat2 mereka sebelum mereka mereka memeluk agama Islam adalah seperti berikut..

1) Nabi SAW perlu menyediakan saliran2 air / parit2 air utk mereka (mustahil dgn suasana yg panas terik)
2) Nabi SAW perlu menyediakan ladang2 / kebun2 anggur dan tawar buat mereka
3) Minta Allah runtuhkan langit ke bumi selapis demi selapis
4) Minta Allah dan para malaikatNya turun dan menunjukkan diri di hadapan kaum Quraisy
5) Nabi SAW hendaklah menunjukkan mahligai atau istananya di langit supaya kaum Quraisy akan mendapat keuntungan jika mereka mengikuti Baginda SaW
6) Rasulullah SAW hendaklah naik ke langit
7) Setelah itu, RAsulullah SAW hendaklah turun kembali ke bumi dan membawa kaum Quraisy bersama-sama ke langit
8) Dan jika Nabi SAW membawa mereka naik dan turun langit dua tiga kali pun, mereka tetap tidak beriman, kecuali NAbi SAW turunkan kitab dari langit utk mereka baca

Setiap kali permintaan / syarat tersebut..Rasulullah SAW akan menyatakan, "Andai kata aku mampu menyediakan kemahuan kamu itu, apakah kamu akan mengikuti ajaran dakwah aku ini??"

dan sudah tentu tidak..mereka hanya membalas.."Sungguh, kami tidak akan sekali-kali mengikutimu kecuali engkau melakukan syarat yg seterusnya dan seterusnya..."

betapa hidayah itu tidak dapat diberi sewenag-wenang oleh manusia..hanya Allah jua yg berhak memilih hambaNya..bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam..wassalam

promotion::

berikut adalah poster2 Malam Inspirasi Seni 2009 (Peringkat Inter-U dan Peringkat UTP)..insyAllah akan menampilkan pelbagai kretiviti dan mesej2 dlm nasyid yg akan dipertandingkan ...adalah semua yg berminat dijemput hadir..dimaklumkan

Thursday, 5 March 2009

Bacalah









assalamualaikum....

dua hari berada di melaka sudah terase lama apabila sekembalinya ke kampus..sudah ade dua tiga perkara yg berlaku..dua tiga hal yg sudah berlalu dan beberapa komitmen sudah terlepas dan perlu ku kejar..ya Allah ampuni aku..

adapun keberadaan di melaka selama dua hari satu malam bukanlah sekadar utk berjalan2 atau makan angin..namun ianya penuh dengan pengalaman dan perkongsian ilmu yg tidak disangka-sangka..

tujuan utama aku ke melaka hanyalah sekadar utk mendedahkan diri kpd Foudation FieldBus..satu lagi technologi baru dlm instrument n control yg kini mula diapplikasikan di PPMSB, melaka...sesi bersama specialist of FF Mr Haswadi dari PPM itu, turut dihadiri Saudara Kamaruzaman (Abg KZ) yg penuh dgn senyuman..alhamdulillah beliau kelihatan begitu ceria dan sangat menyenangkan bila berdampingan dengan beliau..


sharing session di sebelah pagi dimulakan oleh En mokhtar tentang sedikit latar belakang PPM kpd kami dan selepas itu diikuti oleh Mr Haswadi yg begitu expert dlm hal FF...

setelah jam menunjukkan 12.45 tgh, kami berehat seketika di musalla..di mana mengingatkan aku suasana Zohor di PGB dahulu..akan ade pengisian or tazkirah oleh ustaz2 dgn pelbagai topik kupasan dan sbgainya..dalam lamunan itu tiba2 dtg seorang ustaz berjubah putih yg dari jauh seperti sgt aku kenali..kemudian bila mana beliau memulakan salam..ternyata dan sah.,tekaaan aku tidak salah.beliaulah tok guru ku..Ustaz Zulkifli Ismail, Mudir Baitul Qura, salah sebuah pondok di melaka..

tazkirahnya yg mengisahkan tentang wujudnya beberapa golongan yg mendakwa Saidina Othman (RA) bersifat bermewah-mewah sewaktu hidupnya..kerana Saidina Othman mmg terkenal dgn byk hartanya..

dlm ulasan Ustaz Zul..Saidina Othman merupakan org yg paling byk mengeluarkan harta dlm peperangan Tabuk apabila semboyan jihad dikeluarkan..beliau mengeluarkan sejumlah 300 ekor unta utk kegunaan perang..ditambah lagi dgn 200 timbangan perak utk digunakan perbelanjaan semasa perang..fuh..hebat2..Allahhuakhbar!

adapun andaikata seekor unta di zaman ini,,barangkali harganya RM1000 per unta..then, what is the total money Saidina Othman paid?? (RM1000 x 300)...bykkan??

lalu tambah la lagi dgn jumlah perak yg diinfakkan oleh beliau dlm peperangan itu..betapa hebat dan besar pengorbanan beliau..lalu,,golongan2 yg mempertikaikan hal sebelum ini perlulah memikirkan perkara ini..sebelum mereka mendakwa or ape2 saja kritikan tentang Saidina Othman..bandingkanlah diri kita..siapalah kita utk mengatakan begitu begini kpada para sahabat Nabi SAW..dan pengorbanan mereka sepanjang zaman akan terus menjadi panduan dan bandingan kepad kite dlm menjalani perjuangan ini...sungguh..para sahabat Nabi SAW itu ibarat bintang2 di waktu malam..menjadi panduan kepada umat Islam di akhir zaman..ibarat seorang pengembara di lautan mahupun daratan..bintang2 lah menjadi petunjuk dlm menentukan arah tuju mereka dlm perjalanan musafir itu..

wassalam

ps:: kepada penuntut2 Baitul Qura..Ustaz Zul sampaikan salam..assalamualaikum..