CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 2 March 2010

Hati 1 Hati 2 Hati-hati

Bismillallahirahmanirahim…

Assalamualaikum warahmatulAllahiwabarakatuh dan salam sejahtera…

Pada suatu hari Iman Ibnu Hajar Al-Asqalani menuju ke masjid utk menunaikan solat berjemaah. Sesampai di kawasan masjid, kelihatan seseorang yg seperti beliau kenal akan orangnya. “Inilah Syeikh yang diperkatakan orang ramai akan kesufian dan ketekunannya dlm ibadat”, bermonolog Imam Ibnu Hajar di dalam hati. Namun, hal yg sedang diperhatikan oleh beliau di depan matanya itu amat ganjil dan meragukan hati Imam Ibnu Hajar. Syeikh yg diperkatakan orang ramai itu kelihatan sedang berniaga, dan yg pelik ialah beliau sedang meniaga ganja!

“Apa benar dia seorang sufi? Lalu kenapa ini pula yg dijual di sini?”, ujar lagi Imam Ibnu Hajar di dalam hatinya. Lantas, beliau terus masuk ke dalam masjid utk meneruskan niat asalnya sambil persoalan yg dilihatnya itu disimpan di dalam benak hatinya. (Lihat Ibnu Hajar tidaklah pula beliau menghebohkan akan perkara ini kepada org lain, tetapi menyimpan di dalam hati supaya terhindar dari sifat dan tabiat mengumpat).

Setelah azan dan iqamat, maka Imam Ibnu Hajar mengimankan jemaah solat pada hari itu. Namun, ditakdirkan Allah tidak boleh meneruskan bacaan Al-Fatihahnya seakan-akan ia sudah terlupa. Berulang kali jemaah memperingatkan bacaan ummu furqan itu, tetapi beliau masih lagi lupa dan akhirnya beliau berundur utk digantikan orang lain. Itulah peristiwa pelik yg pernah dihadapi Al-hafiz Imam Ibnu Hajar, di mana beliau adalah al-hafiz (menghafal 100 000 hadis).

Setelah selesai solat, Ibnu Hajar terus mencari Syeikh yg barang kali menjadi punca beliau terlupa akan bacaan rukun dlm solat itu setelah Ibnu Hajar bersangka buruk terhadap Syeikh tersebut. Setelah bertemu mata, Syeikh tersebut meminta Ibnu Hajar beristighfar dan kemudian barulah Ibnu Hajar bertanya.

“Yang sebenarnya tadi aku telah bersangka buruk terhadap engkau kerana aku mendengar orang ramai meperakui akan kesufian engkau. Tapi aku hairan akan perniagaan engkau ini….kenapa engkau menjualnya?”, tanya Ibnu Hajar melunaskan kemusykilan.

Lalu dijawab Syeikh tersebut, “Andai engkau ingin mengetahui akan hal yg sebenarnya, silalah bersama-sama dengan aku utk menjualnya, silakan…”. Maka Ibnu Hajar duduklah bersama Syeikh tersebut.

Setelah beberapa ketika, datanglah seorang pembeli yg membeli sehelai daun ganja yg tidak lain tidak bukan bertujuan utk memabukkan dan mengkhayalkan diri sendiri. Setelah dia beredar berkatalah Syeikh tersebut, “Sekarang ikutlah dia wahai sahabat”.

Setelah sampai ke suatu lorong yg tiada orang yg tersembunyi, maka pembeli tersebut mula menguyah akan daun yg dibeli. Tidak lama kemudian, orang tersebut memuntahkan kembali daun itu, tidak sekadar itu, dia terus menerus muntah tanpa henti. Selepas muntah, berhenti, muntah lagi sehingga dia sudah tidak berdaya dan lemah longlai. Ibnu Hajar dapat mendengar rungutan si pembeli yg sudah tidak bertenaga itu, “Aku sudah serik..Lepas ni aku sudah tidak mahu membeli lagi daun ini..Tobat..Tobat..”.

Bermula dari itu, sedarlah Ibnu Hajar, daun ganja yg dijual itu bukanlah utk meraih keuntungan mahupun menyebabkan ketagihan pada orang lain. Setiap orang yg membelinya akan berhenti dari tabiat buruk itu (dengan berkat doanya). Tujuan Syeikh tersebut ialah menginsafkan penagih dan membawa mereka ke jalan yg benar. Kembali bertaubat nasuha. Kembali ke jalan Allah yg lurus dan meninggalkan tabiat serta ketagihan mereka. SubhanaAllah..

Lihatlah, bertapa sangkaan buruk memberi kesan kepada orang-orang yg berhati mulia, orang yg dekat dengat Allah. Andaian atau assumption biasanya tidak akan benar sehinggalah kita mengetahui akan hal yg sebenar. Janganlah kita terlalu cepat menghukum sesama insan, tetapi nilailah denga mata hati dan iman. Dan lihatlah berapa tingginya keperibadian mereka, begitu tinggi dan sukar utk dicapai oleh insan di zaman ini. Setiap apa yg dibuat adalah hanya kerana Allah, samada utk kebaikan diri sendiri mahupun kebaikan utk masyarakat seluruhnya..Mereka Ibarat bintang-bintang di waktu malam, sungguh indah dan member pertunjuk arah bagi yg tersesat di lautan dunia, namun sesekali amat sukar utk dicapai dek tangan insan yg kotor dan sombong…wassalam

1 comments:

imAn said...

sgt bgus cite neyh..