Bismillahirahmannirahim….
Assalamualaikum, salam sejahtera…
Rasulullah SAW sentiasa berdoa : Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yg tidak bermanfaat dan daripada hati yg tidak khusyuk dan daripada amalan yg tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yg tidak didengar (tidak dimakbulkan)..
Berakhirnya bulan Februari kali ini lebih dirasai berbanding Februari2 yg lepas kerana kali ini sy lebih banyak mebghabiskan masa dengan perkara2 yg sudah lama tidak dibuat dan ditinggalkan lantaran sibuk belajar…
Tambahan pula, beberapa sahabat sudah memulakan alam pekerjaan masing2 menimbulkan lagi kesepian dlm impian dan cita2. Malah, qalbu ini sering berdetik bila ada sahaja mesej atau call dari sahabat2, “Aku da dapat keje..skang tgh plan cari rumah sewa..ko dpt keje?”. Entah mengapa setiap kali msej ini diterima, tidak ada jawapan utk direplykan, melainkan “Tahniah..Alhamdullillah..Gaji pertama nanti boleh belanja makan yup..”.
Pada awalnya, sy dapat merasakan sedikit perasaan kurang senang dan iri hati dengan pencapaian mereka dan tidak pada diri sendiri. Malah, kadang2 rasa amat kecewa bila beberapa perkara difikirkan semula..namun, ziarah kembara ke Terengganu baru2 ini, memberi satu nafas baru dan memadamkan luka qalbu yg tenat…
Pada hari pertama ziarah, terasa agak segan dan kekok bila ditanyakan, “Eh..da dpt keje kat sini ke?” atau “Ada mende mai sini?Buleh kije doh?”..dan tak kurang jugak “Da pegi interview ke?”..dan setiap kali soalan ni diajukan, sy jawab satu persatu yg pada awalnya buat-buat cool dan tenang..Malamnya sewaktu makan2, beberapa sahabat yg sudah bekerja memberikan cadangan yg macam2, jadi lecturer, sambung study, kerja itu, kerja ini dan byk lagi hingga mata terlelap memikirkannya..
Hari kedua, selepas selesai beberapa hal di Kemaman, sy bergegas menziarahi seorang sahabat yg kini berkhidmat di Pondok Pinang Merah, Paka. SubhanaAllah..katanya biasa-biasa saja, tp hasil perbualan dengan ustaz pondok, dia bukan sahaja guru, tp warden kepada penuntut2 pondok itu..bila ditanyakan, “Mung dok cari kije lain ke boh? Ke tak dok kije sini? Mari la ikut kawe cari kije”, dengan ringkas dijawab, “Kalo aku keluor cari kije lain, sape nok ajor budok2 pondok ni? Bior dulu setahun, lepas tu baru cari kije lain”…
Walaupun sahabat yg kurus ini hanya tersenyum pada sy, terase malu muke (tebal muka) dek pertanyaan bodoh td..tidak pernah terlintas utk berkhidmat pada anak2 pondok dlm tempoh yg lama..setakat sehari dua boleh lagi..perbualan itu terhenti bila dia meminta diri utk menghadiri usrah bersama pelajar pondok yg lain meninggalkan impak yg besar ke dalam qalbu yg bercelaru..
Malamnya sekali lagi sy teringat kepada sahabat2 yg sudah dan akan memulakan kerja…terlintas wajah2 mereka seorang demi seorang bersama position masing2 di tempat masing2..kemudian, dlm susunan wajah itu terlihat sesuatu yg sebelum ini tidak saya perasan (mungkin kerana ego dan kecewa), di mana baru saya sedar bahawa setiap org daripada mereka sebenar memerlukan pekerjaan seawall mungkin berbanding saya..masing2 mereka ada tanggungan masing2, ada matlamat masing2 dlm masa terdekat dan ada tunggakan yg perlu dibayar segera berbanding dengan sy..
Malahan, mereka sudah bersedia utk itu, sudah cukup ilmu yg mendekatkan diri pada Allah, ilmu yg membawa mereka jauh dari kemaksiatan dan dosa, ilmu yg menjadi guideline yg lurus pada Allah, ilmu yg dinyatakan oleh Imam Ghazali rahimahullah did lm kitab Bidayatul Hidayah iaitu ilmu yg bermanfaat (ilmu yg menambah takut pada Allah, menambahkan penglihatanmu pada keaiban mu sendiri dan menambahkan makrifatmu dlm ibadatmu dan menyedikitkan dirimu daripada kegemaran terhadap negeri dunia dan menambhkan kegemaranmu pada negeri akhirat dan membuka hatimu utk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu hingga engkau menjauhinnya)..
Dan kata2 pepatah melayu “rezeki tidak akan dtg bergolek” itu ada benarny juga..setakat duduk goyang kaki di rumah sy tak akan ke mana..perlu banyak usaha utk mencari peluang2..dan setakat usaha sahaja tak akan ke mana kalau dahi tidak sujud ke sajadah di waktu org lain dibuai tidur dan doa tidak dipohon, hanya berharap akan rezeki pasti akan terhenti di sini sahaja..
Berkenaan masa yg terluang ini, alangkah elok kalau dipergunakan sebetulnya..bukan dirunguti tapi dihargai..Semoga Allah memberikan keampunan kpd diri ini atas keterlanjuran dlm pertimbangan sebelum ini..dan mohon doa sahabat2 buat insan ini..wassalam
Monday, 1 March 2010
Kembara ke Terengganu
Posted by nAsai at 08:51
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
WAH2..CERITA LAMA2..KELAKAR PUN ADE BLE BACA..TGK DIRI KAMU SKG SUFIAN...KAN DAH BERPERKERJAAN. ALLAH DAH BAGI, SBB KAMU DOA. JD, JGN LUPE KELUARKAN ZAKAT RAYA NANTI.
Post a Comment