salam
pagi ini di waktu sedang ana membuat sdikit kerja2 menaip,ana telah menerima email dari salah sorang sahabat ana mengenai pembunuhan pelajar dgn kejam di Mansurah,Mesir baru2 ini..skali tgk gambar2 yg ade dlm tu mcm org yg membunuh tu mmg nk balas dendam gila2..sampai pnuh satu bilik air dgn darah..
pisau yg digunakan utk menikam mangsa shingga 10 kali bukanlah tikaman biasa..ianya mensasarkan bahagian leher dan kepala..malahan pisau tersebut patah dek keganasan nasfu yg melebihi binatang ini..
mgikut ceritanya,mangsa yg telah tercedera telah cuba melarikan diri dari terus ditikam berpalu-palu ke tandas tapi masih lagi diserang dengan ganas oleh pembunuh yg berstatus pelajar ini..bahkan mangsa yg memakai kain akhirnya telanjang tp pembunuh masih menikam..
Hanya Allah jua yg mengetahui apakah yg menyebabkan pembunuh begitu bertekad membunuh mangsa sehingga hilang pertimbanga sebagai insan..adakah ianya masalah dengki?atau disebabkan oleh sedikit salah faham?atau berebut gadis Mesir?
atau si pembunuh ini sudah tidak siuman?ade yg mengatakan suspek tersalah org!satu lagi perkara yg meragukan...tak kan la tersalah tikam sampai 10 kali..sampai terlondeh kain mangsa..Astarfirullahhalazim...
inilah apa yg saya nk tekan..pendapat saya ialah suspek memang punyai niat membunuh mangsa..apa yg memalukan ialah yg terlibat ialah mereka yg sedang menuntut ilmu agama di Mesir..tmpat lahirnya ilmuan2 Islam yg agung.,
di sinilah niat dilihat kembali..mungkin ada di antara pelajar kita yg melanjutkan pelajaran keluar negara mempunyai niat utk bersiar-siar semata-mata..atau hny ingin mendapat gelaran 'oversea student' shj??bukanlah niat utk merendahkan golongan ini..tp saya nk menegur beberapa kerat orang yg pergi belajar di mesir tp masih lagi mempunyai kriteria yg sama dgn kes ini.(bukan membunuh shj)..alakah elok dorg ni time2 cuti pergi menuntut dgn sheikh2 di sana..bukanlah x elok pergi holiday ke tmpt2 mnarik di mesir,,tp kan elok cari ilmu..ini juga luahan dari guru pondok saya,Ustaz Zulkifli Ismail..
apapun,.ini bkanlah utk pelajar mesir shj..tp utk smua..yg local sama yg kat overseapun sama..cma waqi' je yg berlainan...ok. muhasabah diri
Al-Fatihah buat mangsa dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa seluruhnya..semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang2 soleh..Amin.
Friday, 29 June 2007
kisah berdarah..apa nk jadi
Posted by nAsai at 07:59 1 comments
Thursday, 28 June 2007
MaKanan Hati?
salam ukhuwah..assalamualaikum..
pagi td sempat ana membelek kitab hijau karangan Imam Ghazali rahimahullah bertajuk Panduan Orang Mukmin...kitab yg diwakafkan di masjid kampus..
ana hanya membaca beberapa halaman shj dlm keadaan dingin pagi..bab pertama (membincangkan kelebihan orang berilmu)..dlm Surah Al-Mujadalah,sebahagian ayat ke 11 menyatakan,"...dan Allah mengangkat darjat org2 berilmu beberapa darjat.."..
Ibnu Abbas mentafsir ayat ini dengan katanya bhw beza darjat seoranng ulama berbanding org yg x berilmu ialah 7oo darjat..sedangkan jarak antara 2 darjat ialah 500 thn perjalanan..amacam?betapa tingginya darjat org yg berilmu...
Fathul Musyail pernah bertanya kpd seseorang,"Bagaimanakah keadaan seorang yg sedang sakit jika ia tidak diberi makan,minum dan ubat selama 3 hari berturut-turut?".Orang itu menjawab "sudah tentu ia akan mati"..sambung beliau,"begitulah hati,jika ia tidak diberikan hikmat dan ilmu dalam 3 hari,maka ia akan mati krn ilmu dan hikmat adalah makanan hati"...
Berdasarkan apa yg ana nyatakan di atas maka haruslah kita sentiasa mendampingi ilmu sepanjang masa..ana melihat ramai di antara penuntut universiti yg belajar seperti hanya utk exam semata-mata..bila exam udah abis..buku2 ditinggalkan..kebanyakkannya akan mula men'download' movie2 latest dan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan computer masing2..
inilah yg ingin ana sampaikan..cubalah kita sama-sma berubah..lebih elok,jika kita membaca buku-buku agama atau apa shj yg mendatangkan ilmu yg mungkin memberi faedah pd suatu masa yg tidak diketahui..
kita perlulah berusaha memperkasakan diri utk mengembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu yg pernah dikecapi..tidak perlu lagi kita terlalu bergantung kpd barat yg penuh tipu helah akan umat Islam seluruhnya..
hanya dengan ilmu jua dapat merubah segalanya..
Posted by nAsai at 07:03 1 comments
AS, EU, Israel sokong Mohammed Dahalan
GAZA: Pemimpin Fatah, Mohammed Dahalan didakwa mewujudkan satu pasukan tentera sulit dianggotai 12,000 orang di Semenanjung Gaza yang mendapat sokongan penuh Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel dalam usaha menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas.
Ahmad Dahalan;Pengkhianat dari dalam: Harapkan pagar,pagar makan padiBeberapa kumpulan kecil disyaki orang suruhan Dahalan juga dikatakan bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam di Semenanjung Gaza beberapa hari lalu, termasuk pembunuhan penduduk Muslim di dalam masjid.
Akhbar Yahudi Yedioth Ahronoth memetik kenyataan pegawai kanan Fatah yang enggan dikenali sebagai berkata, Dahalan yang juga bekas ketua keselamatan Palestin yang juga pengasas skuad bunuh Fatah, mengemukakan cadangan pembentukan tentera sulit berkenaan yang akan dibiayai negara Eropah menerusi sumbangan kepada pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Selain memberi sokongan, Amerika didakwa bakal membekalkan peralatan tentera kepada pasukan tentera berkenaan. Israel turut didakwa akan turut menyalurkan bantuan ketenteraan.
Tentera Dahalan itu juga menjadi sebahagian daripada konspirasi yang dirancang penasihat kanan keselamatan Amerika, Williams Abrams yang bertujuan mencetuskan perang saudara dan seterusnya menggulingkan kerajaan Hamas.
“Kami sedang mengenal pasti calon anggota tentera itu. Mana-mana calon yang didapati bersimpati dengan Hamas akan ditolak,” kata pemimpin Fatah berkenaan.
Akhbar Yahudi itu memperincikan pasukan tentera dikenali ‘orang Dahlan’ yang mana selain anggota baru, pasukan berkenaan turut disertai semua kumpulan militia Fatah yang sedia ada.
Malah, unsur wujudnya kumpulan Dahalan itu ketara menerusi beberapa serangan dan jenayah kejam Fatah terhadap Hamas di Semenanjung Gaza sejak tiga hari lalu. – Agensi
Posted by nAsai at 01:02 0 comments
Wednesday, 27 June 2007
apakah yg harus kukatakan..
assalamualaikum WBT
selawat dan salam kpd Nabi Junjungan SAW,krn budinya telah kita menikmati Islam hari ini..doaku juga kpd Allah Yang Maha Pencipta..supaya diberikan kesihatan dan kekuatan kpd nenekku (Tuk) dlm menghadapi keuzurannya..dgn tenaga kudratnya yg telah berusia 82 thn..
sedikit perkongsian peribadi mungkin,sehingga kini masih terngiang-ngiang apa yg dikatakannya baru2 ni.."kalo Tuk da x de nnt,amik la Quran ni..simpan dan selalu baca ya"..saya yg sedang makan kacang terhenti seketika..suasana sunyi seketika..utk mghidupkan kembali keadaan,saya bertanya.."oo..Quran yg dekat atas almari tu ke??"..ntah,kenapa soalan itu yg keluar..''org lain x btul sgt tajwid,bc pun x berlagu",sambungnya..
sekali lagi saya terkejut,bila pulak saya bc dgn taranum?belaja ckit dkat masjid di kampus ade la.cuma tajwid mmg saya ade belaja time bulan puasa kat rumah dulu dgn ustaz pondok..
.inilah nenek saya..pernah tinggal di Pondok Pasir tumbuh n menadah kitab di situ..beberapa kali juga saya mengikutinya bila ada masa cuti..mmg sistem pondok adalah sesuai dgn apa yg dipelajari..menarik..
nenek saya setelah agak uzur dan balik ke rumah (tidak lagi tinggal di pondok), acap kali memberi saya doa2 utk diamalkan selain dari cerita2 dari kitab2 yg dipelajarinya..dan acap kali juga dia meminta saya utk menyalinkan doa dgn tulisan yg agak besar utknya krn matanya telah sedikit kabur..
skarang barulah saya sedar bhw smuanya itu adalah utk saya bukan utknya..krn hari ini segalanya saya perolehi..setiap kali saya menyalin doa,dia mnyuruh saya myimpan satu salinan yg asal atau photocopy..Allah jua membalasnya atas usahanya mendidikku..amin
smlm satu panggilan dari ayah menyatakan tiada org di rumah terutamanya waktu persekolahan kecuali Tuk,jadi ayah memiinta saya balik (yg kini berada di kampus utk satu pgram kampus) krn bimbang terjadi apa2..baru nie Tuk terjatuh menyebabkan bahu sakit sepnjang masa..walaupun Tuk menggunakan tongkatnya..tapi segalanya kini agak terbatas..insyAllah saya akan balik secepat mungkin..doakannya sahabat2..tq
Posted by nAsai at 08:11 0 comments
Tuesday, 26 June 2007
kesedaran di kalangan remaja
salam perkenalan...
sebagai permulaan saya ingin membawa satu muhasabah di kalangan kita terutamanya remaja yg saya pasti paling ramai menggunakan internet utk pelbagai purpose..
mungkin ada di antara kita pernah terfikir bagaimanakah keadaan di sekeliling kita (agama,sosial,ekonomi,politik dan sbg) di waktu kita telah mjangkau umur 40 atau 50-an...jika dilihat pada suatu ketika dahulu harga ikan (di zman nenek saya) dijual dgn harga 1 sen satu longgok..kemudian beralih kpd harga beberapa sen (di zman kanak2 ayah saya) dan kini harga ikan telah mlambung jauh lebih tinggi dari nilainya sewaktu nenek (kini berumur 82 thn)..
mmg ia suatu yg baik tetapi cuba anda smua bayangkan apa yg akan terjadi 50 atau 60 thn akan datang..manusia akan mgejar wang semata-mata utk memenuhi keperluan masing2..tambahan pulak dgn teknologi alatan canggih yg smakin byk dan murah di pasaran sehingga ia boleh dikatakan mampu dimiliki oleh setiap pelajar sekolah menengah yg suatu yg amat janggal sewaktu saya di zaman persekolahan..kini apa jua hiburan (mms,game,gambar2 n sbgnya) lebih mudah diresapkan direct kpd para pelajar sekolah yg masih setahun jagung..sedar x sedar..sebenarnya mereka telah dicorakkan utk 'terbiasa' dgn culture sbegini oleh barat n zionis yg punyai agenda tersendiri dlm bab globalisasi...
dan sedar x sedar,golongan inilah yg akan menggantikan generasi akan dtg smua hal..pentadbiran,keselamatan,pendidikan,perancangan n sbgnya..dan lebih parah lagi hnya sedikit di antara mereka dipisahkan dgn kefahaman agama sendiri shingga ade di antara mereka tidak tahu membaca Al-Quran..solat dan puasa pun ke mana..
inilah..hasil kajian Snouck Hourgronje yg direalisasikan oleh barat..Hourgronje merupakan tali barut Belanda pd waktu kegemilangan melaka suatu ketika dahulu yg dihantar ke acheh utk mgkaji kekuatan umat Islam..malah talam dua muka ini pernah ke Mekah utk mnuntut ilmu dari syeikh-syeikh di sana akhirnya dia membuat satu kesimpulan iaitu "Ulama dan rakyat perlu diasingkan,ulama yang mengasingkan Islam dan urusan dunia(politik) perlu dilahirkan seramai mungkin"..(ms. 92,Ulama' dlm sorotan perjuangan kemerdekaan,Ridhuan Mohd Nor & Mohd Fadli Ghani)..dan hari ini jelas dan nyata ianya telah lama bermula,kesannya boleh dilihat pd remaja n negara..bagi pendapat saya, tiada cara lain utk mengembalikan kegemilangan Islam kecuali kesedaran di kalangan remaja sendiri krn merekalah aset utama dalam mencorakkan masa depan..
Ayuh!!sama-samalah kita menimba sebnyak mungkin ilmu ukhrawi n duniawi..usah terleka dgn racun suntikan barat..ingat,waktu muda di mana kita masih sihat gagah bertenaga hnya datang sekali..bila ia berakhir tiada jln utk kembali..dan pada waktu itu jgn kita menyesal jika segalanya sudah tlambat..jadikan hari ini lebih baik dari semalam...salam muhasabah
Posted by nAsai at 09:02 0 comments