CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 28 June 2007

MaKanan Hati?

salam ukhuwah..assalamualaikum..

pagi td sempat ana membelek kitab hijau karangan Imam Ghazali rahimahullah bertajuk Panduan Orang Mukmin...kitab yg diwakafkan di masjid kampus..

ana hanya membaca beberapa halaman shj dlm keadaan dingin pagi..bab pertama (membincangkan kelebihan orang berilmu)..dlm Surah Al-Mujadalah,sebahagian ayat ke 11 menyatakan,"...dan Allah mengangkat darjat org2 berilmu beberapa darjat.."..


Ibnu Abbas mentafsir ayat ini dengan katanya bhw beza darjat seoranng ulama berbanding org yg x berilmu ialah 7oo darjat..sedangkan jarak antara 2 darjat ialah 500 thn perjalanan..amacam?betapa tingginya darjat org yg berilmu...

Fathul Musyail pernah bertanya kpd seseorang,"Bagaimanakah keadaan seorang yg sedang sakit jika ia tidak diberi makan,minum dan ubat selama 3 hari berturut-turut?".Orang itu menjawab "sudah tentu ia akan mati"..sambung beliau,"begitulah hati,jika ia tidak diberikan hikmat dan ilmu dalam 3 hari,maka ia akan mati krn ilmu dan hikmat adalah makanan hati"...



Berdasarkan apa yg ana nyatakan di atas maka haruslah kita sentiasa mendampingi ilmu sepanjang masa..ana melihat ramai di antara penuntut universiti yg belajar seperti hanya utk exam semata-mata..bila exam udah abis..buku2 ditinggalkan..kebanyakkannya akan mula men'download' movie2 latest dan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan computer masing2..

inilah yg ingin ana sampaikan..cubalah kita sama-sma berubah..lebih elok,jika kita membaca buku-buku agama atau apa shj yg mendatangkan ilmu yg mungkin memberi faedah pd suatu masa yg tidak diketahui..

kita perlulah berusaha memperkasakan diri utk mengembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu yg pernah dikecapi..tidak perlu lagi kita terlalu bergantung kpd barat yg penuh tipu helah akan umat Islam seluruhnya..

hanya dengan ilmu jua dapat merubah segalanya..

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.