CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 28 June 2007

AS, EU, Israel sokong Mohammed Dahalan

GAZA: Pemimpin Fatah, Mohammed Dahalan didakwa mewujudkan satu pasukan tentera sulit dianggotai 12,000 orang di Semenanjung Gaza yang mendapat sokongan penuh Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel dalam usaha menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas.

Ahmad Dahalan;Pengkhianat dari dalam: Harapkan pagar,pagar makan padi


Beberapa kumpulan kecil disyaki orang suruhan Dahalan juga dikatakan bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam di Semenanjung Gaza beberapa hari lalu, termasuk pembunuhan penduduk Muslim di dalam masjid.

Akhbar Yahudi Yedioth Ahronoth memetik kenyataan pegawai kanan Fatah yang enggan dikenali sebagai berkata, Dahalan yang juga bekas ketua keselamatan Palestin yang juga pengasas skuad bunuh Fatah, mengemukakan cadangan pembentukan tentera sulit berkenaan yang akan dibiayai negara Eropah menerusi sumbangan kepada pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Selain memberi sokongan, Amerika didakwa bakal membekalkan peralatan tentera kepada pasukan tentera berkenaan. Israel turut didakwa akan turut menyalurkan bantuan ketenteraan.

Tentera Dahalan itu juga menjadi sebahagian daripada konspirasi yang dirancang penasihat kanan keselamatan Amerika, Williams Abrams yang bertujuan mencetuskan perang saudara dan seterusnya menggulingkan kerajaan Hamas.

“Kami sedang mengenal pasti calon anggota tentera itu. Mana-mana calon yang didapati bersimpati dengan Hamas akan ditolak,” kata pemimpin Fatah berkenaan.

Akhbar Yahudi itu memperincikan pasukan tentera dikenali ‘orang Dahlan’ yang mana selain anggota baru, pasukan berkenaan turut disertai semua kumpulan militia Fatah yang sedia ada.

Malah, unsur wujudnya kumpulan Dahalan itu ketara menerusi beberapa serangan dan jenayah kejam Fatah terhadap Hamas di Semenanjung Gaza sejak tiga hari lalu. – Agensi

dipetik dari Berita Harian

0 comments: