CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 19 January 2008

Antara ketagihan dan Hukum...

Assalamualaikum…

Salam permulaan bg permulaan semester baru Januari 08..selamat datang kepada semua rakan2 seperjuangan ke kampus bg meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar/mahasiswa/penuntut ilmu...semoga semester ini dimulakan dengan niat dan perancangan yg lebih efficient berbanding sem2 lepas..insyAllah..


Dalam penulisan pertama ini saya ingin membawa sedikit pengetahuan yg berkisar satu isu yg telah lama diperbincangankan oleh ulama2 besar di seluruh dunia.


Ianya merupakan isu hukum halal atau haram dalam amalan merokok..apakah ianya boleh?atau apakah hukum sebenarnya??Ianya pernah suatu ketika dahulu menjadikan persoalan perokok2 yg ingin berhenti dari tabiat buruk ini namun bila sudah mengetahui hukumnya,kebanyakkan mereka mula berdolak-dalih mempermain-mainkan hokum yg difatwakan oleh ulama2 besar..

Pernah di sekolah menengah, saya meminta para pelajat yg masih fresh (Form 1) yg baru menjejak kaki ke alam persekolahan menengah mengkaji berkenaan isu ini bersama dengan bantuan Ustaz dan Ustazah masing2..agar dengan usaha ini dapat mengelakkan mereka dan para pelajar yg senior menyedari betapa pentingnya kesedaran untuk melahirkan generasi yg tidak terpengaruh dengan jerat perangkap yahudi nasrani…

Maka, setelah itu, mereka mula membentangkan hasilnya kerja masing2, ada yg mengatakan seperti berikut:

1) Hukumnya makruh.

2) Hukumnya makruh dan menghampiri haram.

3) Hukumnya haram kerana membahayakan kesihatan dan mengakibatkan pembaziran.

Tidak lama selepas itu, dalam satu khutbah Jumaat diselitkan sedikit perkongsian oleh Tuan Imam Masjid di sekolah saya bahawa Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa hukum merokok ialah haram kerna ianya mebahayakan kesihatan dan melahirkan generasi yg ketagih akan asap rokok dan lemah..sememangnya ia satu agenda penting oleh Yahudi Nasrani...

Dr Yusof Al-Qaradhawi juga berkata, ”sekiranya kamu membeli sebatang rokok maka kamu telah mendermakan sebutir peluru utk Israel bg kegunaan mereka menembak penduduk Palestin!”Maka bayangkan bertapa kita telah menyumbang share yg besar bagi mereka utk menghancurkan umat Islam di Palestin dan kebanyakkan di antara kita tidak tahu menahu dalam hal ini kerna pengeluar2 rokok yg termashyur dan menjadi pilihan ramai adalah Yahudi laknatullah...

Namun, ada juga di antara pelajar yg saya cuba terapkan kefahaman ini akhirnya terjebak dan ketagih peringkat sukar utk meninggalkan tabiat merokok kerna ianya mudah didapati di mana2..seakan-akan ianya dihalalkan oleh ulama2 yg alim dalam bidang mereka..dan seolah-olah suara mereka tidak pernah didengar.Apabila kita lihat di kedai2, hanya tertulis, ’Rokok tidak dijual kepada remaja berumur di bawah 18 tahun’ dan ’Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan para pembeli tidak membeli bahan ini kerna membahayakan kesihatan’ dan tidak kurang juga kempen Tak Nak! Di seantero tanah air yg menelan berjuta-juta wang...

Ianya dilarang hanya kerna belum sampai umur @ ’cukup umur’ dan hanya tinggal sebagai slogan semata-mata...memang tidak dinafikan ada yg mula berhenti dari tabiat ini,namun berapa ramai pula yg baru berjinak-jinak dengan gejala merokok ini??Bukankah elok jika ianya tidak dijual langsung wlaaupun ade yg diseludup secara haram oleh pihak2 tertentu supaya masyarakat yg sudah didedahkan dengan hukum ini tidak lagi menggunakan alasan2 yg lain utk meneruskan tabiat merokok ini...

Bak kata pepatah,’Mencegah itu lebih baik dari mengubat’..wassalam

0 comments: