CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 25 January 2008

RezekiNya yang Luas

Pada suatu hari sewaktu makan di rumahnya, Sheikh Malik bin dinar didatangi seekor kucing yg tiba-tiba sahaja meluru ke arahnya dan mengambil seketul daging yg sedang di makannya dan terus melarikan diri..

Sebagai hambaNya yg berakhlaq, beliau tidaklah marah lantas mengikut jejak si kucing yg mencuri tadi sehingga beliau dapat melihat akan kucing itu berhenti di suatu kawasan.

Beliau menyangka kucing itu akan memakan daging tersebut, tetapi sangkaannya ternyata meleset apabila kucing itu mencampakkan daging itu ke depan suatu lubang dan kucing tersebut berundur perlahan-lahan.


Kemudian keluar seekor ular dari lubang itu dan memakan ketulan daging tersebut..Apabila diamati sebetulnya oleh Sheikh Malik akhirnya beliau dapat melihat ular itu sebenarnya buta..Subhanallah!

Beliau terus beredar sambil memuji-muji Allah atas kebesaran dan rahmat Allah yg begitu besar..Hatta seekor ular yg buta itu pun mendapat rezeki dariNya sedangkan pula kita hambaNya yg berakal..fikir-fikirkanlah..

0 comments: