CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, 14 January 2008

Cinta Nabi SAW

13 disember 2007

Cinta Nabi SAW

Assalamualaikum wbth


Pagi ini di kala menunggu washing machine menyelesaikan kerjanya, aku menyandarkan diri sambil menonton Bicara Mufti dan jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..
Kali ni S.S Dr Asri mufti perlis menyampaikan tazkirah mengenai Cinta Umat kepada Nabi Muhammad SAW…dan saya kira mmg menarik dan agak meninggalkan kesan kepada pendengar jika para pendengar benar2 mendengar dan mengambil isi tazkirah sebetulnya..

Antara apa yang disampaikan oleh beliau adalah sebuah kisah Imam Maliki dan sahabatnya..

Ceritanya, pada suatu hari datanglah seorang sahabat kepada imam Maliki di Madinah yang membawa hajat untuk bertanya kepada beliau akan satu soalan..apabila mereka bertemu, maka bertanyalah akan sahabat itu kepada imam Maliki, ”Dimanakah aku patut berihram utk menunaikan ibadat hajiku?”..maka dijawab akan Imam Maliki, ”Rasululullah SAW dulu berihram di tempat sekian..sekian”...

Namun, si sahabat tersebut menjawab kembali..”Aku akan berihram di Masjidil Nabawi, kerna di situ terdapat Makam Baginda SAW dan tempat itu lebih mulia”.Pantas dijawab akan Imam Maliki, ”Apakah engkau mahu menimbulkan fitnah terhadap agamamu wahai sahabatku?”..

Sekali lagi sahabat Imam Maliki menjawab, ”Apakah keinginanku untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada apa yang dilakukan Rasululullah SAW merupakan satu fitnah?Bukankah ini suatu yang baik?”..

”Wahai sahabatku, perbuatanmu untuk melebihi sunnah Nabi SAW merupakan satu fitnah yang amat besar terhadap agamamu kerana engkau telah cuba membelakangkan sunnah Nabi SAW dan ingin melakukan perbuatan yang tidak mengikuti sunnahnya (dengan kata lain terlalu melebihi sunnah Nabi sehingga melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW)”, terang Imam Maliki..

Di sini dapatlah disimpulkan umat Nabi SAW ada dua golongan; iaitu;

1) Golongan yang cintakan Nabi SAW tetapi tidak beriman terhadap apa yang dibawa oleh Baginda SAW
2) Golongan yang tidak cintakan Nabi SAW tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi SAW

Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib merupakan contoh yang golongan pertama, beliau begitu sayang dan cintakan akan Nabi SAW. Beliau di waktu hidupnya mempertahankan Nabi SAW daripada musuhnya yang terdiri dari kaum kafir Quraisy, sehingga belaiau sanggup bersama-sama Nabi SAW berlapar sewaktu dipulaukan oleh seluruh kafir Quraisy. Namun, semasa beliau nazak menghadapi kematian, Nabi SAW menyeru kepadanya supaya beriman kepada Allah dan memeluk Islam, tetapi bapa saudara Nabi SAW yang cintakan Nabi SAW ini menyatakan, ”Jika aku memeluk ajaran agama yang engkau serukan ini wahai anak saudaraku, aku bimbang orang akan memburuk-burukkan dan mengutuk namaku walaupun aku akan meninggalkan dunia ini” dan beliau mati dalam keadaan kafir dan menyebabkan Baginda SAW bersedih beberapa ketika.

Contoh golongan yang keduanya pula ialah Abdullah bin Ubay, Ketua atau Kepala Orang Munafik. Dilihat dari luar, dia begitu taat kepada Nabi SAW. Bersama-sama Nabi SAW dan sahabat2 sepanjang masa malah solat berjemaah bersama Nabi SAW. Namun di dalam hatinya terdapat niat busuk lagi hina tidak beriman akan Nabi dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW. Inilah dia kaum munafik, berpura-pura beriman di hadapan Nabi SAW dan belot di belakang Nabi SAW...

Dalam tazkirahnya, Dr Asri juga menekankan bahawa ramai di antara kita yang berlebih-lebih dalam amalan seharian sehingga melakukan apa yang diamalkan oleh Nabi SAW (perkara-perkara bid’ah), dan perkara ini seharusnya disedari dan perlu dikurangkan kerna setiap amalan yang dilakukan dengan seikhlas mana sekalipun tidak sah selagi ia tidak mengikuti akan sunnah Rasululullah SAW.

Namun saya ingin mengingatkan bahawa di kalangan kita sekarang ini banyak yang tidak melakukan sunnah malah menghina akan apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Bukan setakat amalan sunat, tetapi juga yang lebih penting ialah mukjizat terbesar Baginda iaitu Al-Quran yang mulia. Meremeh-remehkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hukum hudud. Apa yang memalukan kita golongan seperti ini terdiri dari ustaz2 dan ustazah2 yang tidak memahami erti sebenarnya tugas muslim di muka bumi dan disokong oleh orang2 yang langsung tidak mendalami ilmu agama..

Akhir kata, saya meninggalkan saudar2 pembaca dengan sepotong hadis (lebih kurang maknanya) dari Baginda SAW, ”Barang siapa yang berpagi-pagi bangkit dari tidurnya namun tidak terlintas di benak hatinya untuk memikirkan (tidak mempedulikan) hal-hal umat Islam, maka dia bukanlah dariku”...wassalam

0 comments: