CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 16 March 2008

DEB or BED???

salam alaik...memandangkan masyarakat hari ini didedahkan dgn berita2 (TV,radio,surat khabar) yg seakan-akan mengelirukan pemikiran rakyat tentang nasib org Melayu di P.Pinang yg kini diambil alih oleh Barisan Alternatif yg diketuai DAP,,

Bukanlah saya ingin menyebelahi mane2 kaum atau pihak atau parti tetapi sekadar ingin menjelaskan perkara yg sebenarnya..supaya masyarakat lebih jelas dan faham akan situasi yg sebenar..jangan mudah terpengaruh dgn berita yg hangat dijaja di kaca TV yg ditambah pula dgn Perhimpunan Aman di P.Pinang yg membantah tindakan DEB yg dikatakan berhasrat utk menghapuskan konsep DEB di negeri itu..persoalannya,apakah maksud sebenar pihak DAP dlm kenyataan dlm hal ini?apakah anda sendiri memahami akan maksudnya?apakah benar2 ingin dihapuskan DEB?atau korupsinya?sama2lah kite review balik ape yg berlaku sebenarnya..

berikut adalah petikan dari TranungKite Online mengenai isu DEB ini..selamat membaca..

DEB Bukan Undang-Undang, Hanya rektorik UMNO! - Dr. Aziz Bari
Posted on Sunday, March 16 @ 07:09:16 MYT by SongkokPutih
Oleh TARMIZI MOHD JAM


BEBERAPA hari ini Umno dan media milik mereka begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dan tak semena-mena orang Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.

Apakah dia DEB itu?


Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya, jelas Profesor Dr. ABDUL AZIZ BARI ketika saya meminta pendapatnya.

Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, pemerincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1970.

Katanya lagi, sama dengan Islam hadhari, dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul.

Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein, kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.

Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan.

Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.

Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya. DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.

Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.

Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.

Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apalagi dikesampingkan.

Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus. Sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.

Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan. Dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak, kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Quran.

Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara.

Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua.

Cukuplah Perlembagaan mengelirukan kita, katanya ketika dihubungi.

0 comments: