assalamualaikum kpd smua..
setelah sekian lama meninggalkan blog ini,kini saya kembali dgn satu lagi topik utk dibincangkan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 diputuskan dgn keputusan yg amat memeranjatkan pihak Barisan Nasional dan memulakan satu titik permulaan bagi rakyat utk mempercayai Barisan Alternatif utk diberikan mandat mentadbir negeri di beberapa negeri yg melambangkan rakyat mula celik politik...mula menilai prestasi wakil2 rakyat di kawasan masing2..cuma satu peringatan dari saya..janganlah kite merendah-rendahkan calon2 dari Barisan Alternatif yg telah menang dgn alasan mereka tidak mampu mentadbir,tiada pengalaman dan sebagainya..ibarat kita meragui dan memperlekehkan kemampuan mereka dlm pertadbiran di peringkat negara mahupun negeri..berilah masa dan peluang bagi mereka yg agak kekurangan kewangan berbanding Barisan Nasional yg mempunyai sumber kewangan dari rakyat sendiri(duit rakyat jua)..
apapun bukanlah topik ini yg ingin saya bincangkan kali ini..ianya sedikit mukaddimah dek bahangan panas keputusan PRU-12..kali ini topiknya ialah Tarbiyyah Harakiyyah..mungkin ade yg pernah mdgrnya dan adeny juga x pernah..
DEFINISI
Tarbiyyah Harakiyyah dari segi perkataannya ialah::
[Tarbiyyah]= usaha yg dilakukan ke arah pengabdian diri kpd Allah secara sempurna,suatu proses dan aktiviti uh bertujuan utk menghasilkan perubahan tingkah laku yg dikehendaki..
[Harakah]= suatu tanzim atau organisasi yg disusun utk melaksanakan suatu matlamat
[Harakah Islamiyyah]= suatu tanzim universal yg beramal dan memperjuangkan Islam utk menegakkan kembali agama ALlah dan membangunkan kembali daulah Islamiyyah di atas muka bumi...
Dengan perkataan yg mudah, tarbiyyah harakiyyah ialah tarbiyyah yg diperolehi oleh penggerak2 dlm suatu tanzim atau organisasi..samaada tarbiyyah itu dtg dalam bentuk secara lansung atau tidak langsung..
Apabila seseorang itu menjadi penggerak satu2 jamaah, pada masa yg sama dia akan secara automatik menerima tarbiyyah ini..tidak kira di bahagian mana ia berada..samada di bahagian tarbiyyah,pengkaderan,siasah,akademik mahupun berada di peringkat pimpinan Majlis Tertinggi..
Di sini mereka akan didedahkan tarbiyyah secara lansung utk menjalankan amanah tanggungjawab masing2 di samping melengkapkan diri utk menjadi ahli yg benar2 berkualiti dari segi ilmu dan amalan..mereka tidak boleh terlalu asyik dgn gerak kerja yg bertimbun-timbun sehingga tertinggal perkara2 yg asas sbagai muslim yg berintimak dgn Islam..malahan mereka perlu proaktif dan berjaya menyusun kedua2nya supaya tidak berlaku kebocoran di kedua-dua perkara dan seharunya, bagi org yg bergabung dgn jemaah Islam serta mempunyai kefahaman yg lebih di dlm Islam, mereka sepatutnya beramal lebih byk berbanding golongan yg masih belum berada di peringkat ini..ini penting utk mereka menjadi cntoh teladan kedapa masyrakat di sekitar mereka..
Seterusnya,pada masa yg sama, mereka juga menerima pelbagai kerja berbentuk komitmen terhadap study(golongan penuntut ilmu),kerja2 pejabat(golongan professional yg berkerja), kerja2 rumah tangga(golongan yg telah membina berkahwin), amanah bersama2 masyarakat(amal ijtimaie), amanah sebagai anak dan banyak lagi..bahkan Imam Hassan Al-Banna pernah menyatakan,"sesungguhnya amanah/tanggungjawab yg kita tanggungi terlampau banyak dan masa yg kita ada adalah tidak mencukupi utk semuanya"..
Jadi, di sini penggerak dlm harakah ini sudah tentu akan terasa akan tarbiyyah ini yg merangkumi semua (aqliyyah,jasadiyyah,khuluqiyyah-akhlak,jihad,siasah dan sebagainya)..dan ianya pasti memerlukan masa utk melaksanakannya..cuma individu2 terbabit perlulah pandai menguruskan masa agar tidak terjejas di mana2 bahagian yg sudah pasti jika mereka tidak cakna akan tarbiyyah ini, maka kualiti petugas2 dakwah dan Islah gagal dibentuk dgn sempurna...
wassalam..
Friday, 14 March 2008
Tarbiyyah Harakiyyah
Posted by nAsai at 18:21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Post a Comment