CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, 21 July 2007

Malaysia digegar dari dalam..

salam permulaan..

sebelum memulakan sesi semester ini, ingin saya membawa anda kpd satu isu yg hangat dalam diam yg diperkatakan oleh beberapa kerat yg bagi saya merupakan satu kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia semakin bercambah hari demi hari..tidak kira Muslim or Non-Muslim..isunya ialah apakah benar Malaysia adalah negara Islam yg mengamalkan kesyumulan Islam dgn sebenar-benarnya seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pihak tertentu sehingga ke peringkat antarabangsa...

sebelum saya membawa anda semua meneliti petikan akhbar Berita Harian 21 julai 2007, di sini saya catatkan Prinsip-prinsip Islam Hadhari yg digariskan oleh kerajaan Malaysia::

1) Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah
2) Kerajaan yang adil dan beramanah
3) Rakyat berjiwa merdeka
4) Penguasaan ilmu pengetahuan
5) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6) Kehidupan berkualiti
7) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8) Keutuhan budaya dan moral
9) Pemeliharaan alam semulajadi
10) Kekuatan Pertahanan

bagi saya sebelum anda meneruskan bacaan, menggunakan istilah Islam HAdhari itu sendiri adalah satu yg mengelirukan..tuan-tuan mungkin berpendapat bahawa ianya suatu perkara yg remeh-temeh & orang yang kolot sahaja yg membincangkannya..tapi bagi hujah saya, bukankah ianya menimbulkan fitnah kepada Islam sendiri kerana Non-Muslim akan melihat apakah Islam itu berlainan mengikut tempat @ geografi??bila di malaysia Islam menjadi Islam Hadhari..di Indonesia pulak ade puak yg membawa fahaman Islam Liberal..dengan kata lain..Islam itu berpecah mengikut tempat dan pemimpin..bukankah ini sudah cukup bg Non-Muslim yg tidak memhami dgn sebenarnya akan mengatakan Islam itu tidak sempurna..dan pastinya usaha dakwah akan menjadi semakin sukar...

banyak buku yg memperkatakan tentang hal ini dipasarkan..cuma saya mengharapkan anda tidak memilih pengarang2 buku agama..tuan-tuan perlulah membaca isinya dahulu,bukanlah judge by the cover atau by author..isu politik bukan penghalanh utk mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan..dan tujuan saya membawa this hot stuff dlm blog saya bukanlah atas dasar menentang kerajaan semata-mata,tetapi atas ilmu..

baiklah..harap tuan-tuan dan puan-puan faham dan cuba berlapang dada dlm hal ini.dan cubalah baca petikan yg saya ambil dari Berita Harian ini..sedikit luahan dari MCA yg mewakili kaum Cina di Malaysia..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amaran kepada MCA

Oleh Norfatimah Ahmad dan Suzianah Jiffar

RANAU: Pergerakan Pemuda Umno meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana tindakan itu tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan oleh MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

“Saya beri amaran kepada pemimpin MCA supaya berhenti membuat kenyataan sedemikian. Ingin saya tegaskan, saya bukan pemimpin naif yang akan membenarkan perkara ini berterusan. Amaran saya ialah berhenti membuat kenyataan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ranau, di sini semalam.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.

Ong antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.

Beliau berkata, status sekular Malaysia itu juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan.

Isu berkenaan timbul berikutan satu laporan agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa dasar Malaysia kini semakin menjurus kepada sebuah negara sekular, bukannya negara Islam seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib ketika mengulas perkara itu Isnin lalu menolak tanggapan media asing berkenaan dengan menjelaskan, Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular kerana sekular seperti takrifan Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara pentadbiran.

Malaysia, katanya, tidak pernah berpegang kepada fahaman sekularisme kerana Perlembagaan jelas menyebut Islam adalah agama rasmi. Bagaimanapun, ia tidak bererti orang bukan Islam tidak dihormati kerana umat Islam dan bukan Islam, masing-masing mempunyai hak.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, turut membidas tindakan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam kerana perkara itu sudah jelas diperakui dalam Perlembagaan.

Katanya, tindakan pihak yang cuba mengaitkan negara ini sebagai negara sekular dengan menggunakan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan Reid sebagai alasan, adalah langkah ke belakang kerana semua perakuan itu sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan yang dengan sendirinya menggugurkan cadangan dua suruhanjaya berkenaan.

Malah beliau menegaskan, Cobbold dan Reid sendiri tidak menganggap diri mereka berhak mencorakkan bangsa sesebuah negara, sebaliknya sekadar mencadangkan sesuatu untuk dipersetujui Raja-Raja Melayu yang melambangkan institusi warisan berdaulat.

“Tindakan pihak berkenaan yang cuba mengungkit semula sejarah dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi ini adalah tindakan tidak sopan dan melanggar persefahaman antara kaum yang dibina Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Pihak yang cuba mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular dan menafikan kedudukannya sebagai negara Islam perlu melihat Perlembagaan secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Muhammad berkata, Amerika Syarikat sendiri memperakui kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak pernah mempertikaikan hak amalan kepercayaan untuk penganut bukan Islam di negara ini.

“Pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini perlu menyedari fakta sejarah bahawa Islam adalah asas sahih yang mencorakkan warna dan identiti masyarakat Melayu, bermakna mempersoalkan Islam menunjukkan kejahilan mereka mengenai sejarah negara yang merdeka ini.

“Tindakan pihak terbabit mempertikaikannya dengan sendirinya mempersoalkan asas kerakyatan negara ini kerana kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi sudah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan, malah sudah diisytiharkan di Parlimen,” katanya.

---------------------------------------------------------------

dan akhir kata, anda punyai hak untuk berfikir dan berpendapat setelah mmbaca petikan di atas,cuma perlulah didasarkan dengan ilmu..pertimbangkanlah..is our country executing the real Islam or not?does all of the principles are doing for the time being??ok..i leave them to u..=>.
mungkin dialog antara agama melibatkan semua (Ulama',golongan profesional,pentadbir negara,wakil semua kaum,NGO dan sebagainya) akan menjelaskan hal ini ke akar umbi dan membawa kepada suatu solusi...
wassalam

Sunday, 15 July 2007

Solat di Angkasa

salam keangkasaan...

inilah yg membanggakan bg umat Islam kerana buat pertama kalinya dikeluarkan fatwa dlm cara2 atau kaedah2 menunaikan rukun Islam kedua iaitu solat lima kali sehari semalam..


berikut dpetik dari Berita Harian..

Buat pertama kali cara beribadah angkasawan didokumentasikan hasil Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa

PENGHANTARAN angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober ini mencatat sejarah kerana buat kali pertama, cara melaksanakan ibadah di angkasa lepas menjadi isu penting.

Sama ada Kapten Dr Sheikh Muszaphar Shukor atau Dr Faiz Khaleed, dipilih sebagai angkasawan, mereka bukan angkasawan Muslim pertama ke angkasa lepas.

Putera Sultan bin Salman dari Arab Saudi, lebih awal mengukir nama dengan menaiki kapal angkasa Discovery pada 1985. Kekayaan pula membolehkan Anousheh Ansari, jutawan wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Iran, melancong ke angkasa lepas tahun lalu.

Bagaimanapun, misi negara menjadi sebutan ramai, terutama pihak berkepentingan dalam angkasa lepas kerana isu berbeza, iaitu cara beribadah di angkasa lepas.

Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April tahun lalu yang bertujuan mengkaji cara beribadah di angkasa lepas mendapat perhatian antarabangsa.

Media massa Barat, termasuk laman web yang melaporkan mengenai seminar ini menimbulkan tanda tanya mengenai cara beribadah di angkasa lepas.


Alan Godlas, Profesor Agama Universiti Georgia, Amerika Syarikat, menimbulkan persoalan penting dalam pelaksanaan ibadah di angkasa lepas, terutama solat.

“Apabila memasuki orbit, kapal angkasa mengelilingi bumi sekali setiap 90 minit. Orang Islam menunaikan solat lima kali sehari berdasarkan kedudukan matahari di angkasa. Inilah cabarannya apabila sehari di angkasa lepas hanya 90 minit,” katanya.


Begitu juga dengan arah kiblat ketika solat, Godlas berkata, ISS yang mengelilingi bumi kira-kira 28,000 kilometer sejam menyukarkan angkasawan Muslim menghadap Kaabah.

Untuk berwuduk, penggunaan air adalah sangat minimum dalam kapal angkasa. Malah dalam keadaan graviti mikro, air tidak jatuh ke bawah. “Bagaimanakah hendak berwuduk dalam keadaan begitu,” kata Godlas.

Berbeza dengan Putera Sultan dan Anousheh, yang melaksanakan ibadah mengikut kemampuan dan pengetahuan masing-masing, Malaysia membuat perancangan teliti mengenai cara beribadah di angkasa lepas.

Segala persoalan daripada individu seperti Godlas, malah seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia dijawab dengan pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa terbitan Jakim.

Garis panduan hasil Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa mencatat sejarah kerana buat kali pertama di dunia, cara beribadah di angkasa lepas didokumentasikan.

Merungkaikan segala persoalan mengenai cara beribadah di angkasa lepas, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Anan C Mohd, berkata sudah tentu cara pelaksanaan ibadah tidak sama kerana perbezaan besar antara bumi dan angkasa lepas.

Bagaimanapun, katanya setiap Muslim perlu melaksanakan ibadah seperti solat tanpa mengira tempat mereka berada.

Mengulas arah solat di angkasa lepas, katanya antara syarat sah solat ialah mesti menghadap Kaabah. Bagaimanapun garis panduan memberi beberapa pilihan lain, iaitu unjuran Kaabah, bumi dan mana-mana arah.

“Mengikut tertib, solat mesti menghadap Kaabah. Jika tiada pilihan lain, angkasawan boleh menghadap mana-mana arah. Paling penting ialah solat mesti dilakukan,” katanya.

Anan berkata, semua pihak tahu bahawa kapal angkasa mengelilingi bumi setiap 90 minit atau mengorbit bumi sebanyak 16 orbit sehari. Jika 16 peristiwa siang dan malam berlaku sehari, jumlah solat adalah sebanyak 80 kali.

Dalam satu pusingan, katanya waktu siang adalah 45 minit dan malam juga 45 minit. Tempoh itu perlu dibahagikan kepada lima waktu solat. Jika tidak diikuti dengan betul, waktu subuh hanya seminit,” katanya.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, katanya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa solat di ISS dilakukan sama seperti di bumi, iaitu lima kali.

Alasan? Mengambil Kutub Utara sebagai contoh, katanya jika mengikut keadaan di situ yang mengalami peristiwa siang selama enam bulan dan malam selama enam bulan, umat Islam hanya bersolat lima kali setahun.

Merujuk kepada institusi fekah Islam di Makkah, Rabitah al-Alamiyah al-Islami, katanya waktu solat di Kutub Utara diputuskan berdasarkan waktu kawasan paling hampir yang siang dan malam adalah dalam keadaan biasa.

Kaedah sama digunakan untuk menetapkan waktu solat di ISS, iaitu berdasarkan tempat paling hampir, tempat pelancaran kapal angkasa di Baikonur, Kazakhstan.

Dari segi cara solat, Anan memberitahu antara cara yang boleh dilakukan ialah mengikat tubuh pada bahagian tertentu kapal angkasa.

“Ini bukan luar biasa kerana angkasawan mempunyai tali pinggang yang diikat kepada kapal angkasa apabila tidak mahu terapung. Dalam keadaan statik itu, angkasawan boleh menunaikan solat,” katanya.

Masalah air terhad untuk berwuduk diselesaikan dengan bertayammum. Bagaimanapun, katanya tanah atau debu mustahil dibawa ke dalam kapal angkasa kerana faktor keselamatan. Sehubungan itu, angkasawan dibolehkan menepuk dinding, kerusi atau cermin dalam kapal angkasa.

“Walaupun tiada debu, Jawatankuasa Fatwa memutuskan cara itu kerana tiada pilihan lain,” katanya.

Dalam isu berkaitan, katanya istinjak untuk membersihkan hadas besar atau kecil dilakukan dengan menggunakan kertas tisu.

Sementara itu jika jadual pelancaran kapal angkasa tidak berubah, iaitu 10 Oktober, satu lagi ibadah yang bakal dilakukan angkasawan negara ialah berpuasa.

Anan berkata, Jakim menggalakkan angkasawan negara berpuasa di ISS kerana pengalaman ini sukar dirasai pada masa depan dan pada masa sama, mengetahui persamaan dan perbezaan berbanding berpuasa di bumi.

“Jika memberatkan dan menimbulkan masalah, angkasawan seperti musafir boleh meninggalkan puasa, tetapi perlu menggantikan semula.

Seperti solat, katanya waktu berbuka dan bersahur adalah mengikut waktu tempat kapal angkasa berlepas.

Saturday, 14 July 2007

11 September. muslihat terbongkar

salam perkhabaran..

setelah lama tragedi yg mengemparkan dunia iaitu WTC di rempuh flight pd 11 sept..tarikh bersejarah pembohongan yg amat besar bg US dengan menuduh Al-Qaeda dan Osama bin LAden sebagai kambing hitam yg menjadi 'green light' kepada US utk menyerang Afghanistan..yg mana akhirnya US berjaya mengubah suasana dan condition Afghanistan kpd kehidupan yg lebih aman konon-kononnya...sehinggakan sekarang kita dpt melihat majalah2 lucah dpt dijual merata-rata di sana yg mana dulunya merupakan suatu yg amat diharamkan..namun kini,semua sudah hancur setelah US melancarkan serangan ke atas Afghanistan atas alasan menjejaki Osama n Taliban...



there are thounsands of investigation's results showed that there is something wrong with the collapsed of WTC...byk web2 yg membincangkan dengan fakta2 yg jelas dlm hal ini..antaranya pengakuan Osama Laden bhw dia bertanggungjawab dlm serangan WTC itu sejurus ianya berlaku merupakan suatu yg boleh dipertikaikan..rakaman video yg dipaparkan US yg entah dari mana sumbernya menunjukkan beberapa perbezaan jika dibandingkan dgn rakaman Osama Laden yg disiarkan Al-Jazeera..di mana mimik muka dan beberapa ciri fizikal Osama kelihatan agak berbeza walaupun rakaman yg disiarkan dilakukan tidak lama di antara keduanya..




lihatlah sendiri..bukankah ade sedikit perbezaan?gambar sebelah kanan diambil dari rakaman Al-Jazeera manakala yg sebelah kiri pula dari CNN..agak mengejutkan ianya amat ketara berbeza di bahagian hidung,pipi dan byk lagi..anda boleh melihatnya sendiri..




selain itu,beberapa bulan sebelum serangan terhadap WTC, Osama dimasukka ke hospital kerana masalah buah pinggangnya..dan keadaannay amat kurus dan kelihatan agak tidak bermaya,..tetapi video pengakuan Osama yg dibawa US adalah berbeza kerana Osama kelihatan sihat dan agak gemuk..walaupun hanya beberapa bulan tp takkan begitu cepat dia sembuh?..


malahan di dlm rakaman pengakuan tersebut..Osama kelihatan makan bersama-sama beberapa orang kanannya..yg agak menghairankan ialah sewaktu Osama makan dan hanya bercakap beberapa patah,tetapi translation (terjemahan) yg disediakan masih tidak berhenti-henti keluar di skrin..seperti Osama masih lagi bercakap panjang lebar...confius2..


persoalannya siapakah 'Osama' yg membuat pengakuan terhadap serangan WTC adalah tanggungjawabnya dan dilakukan semata-mata Islam..(yg mana sekali gus melabelkan umat Islam sebagai terrorist)..yg mana akhirnya menjadi alasan kepada US utk memerangi terrorist ini sepenuhnya..yg pastinya di bwah kelolaan Bush dan konco2nya...

harapan saya jika anda punyai masa terluang,cubalah lihat2 akan web2 berkenaan kontroversi WTC...dan lihatlah bagaimana pencaturan US dlm menghancurkan umat Islam..wassalam

Friday, 13 July 2007

- - Kekasih Yang Dirindui

Aku duduk sendirian merindui,
Pemergian seorang kekasih,
Walau lama penantian ku ini,
Aku yakin pasti bertemu.


Aku tahu padanya tiada mungkir,
Kerna itu bukanlah sifatnya,
Di akhirat kan bersua lagi ,
Dengan mereka yang merinduinya.



Kerna dia telah pun berjanji,
Akan memberi syafaatnya nanti,
Saat itu pastikan terjadi,
Pada umatnya yang bertaqwa.


Telah beribu tahun sudah berlalu,
Keagungannya pernah berlaku,
Sejarahnya akan berulang lagi,
Sebelum tibanya kehancuran.



Namun yang percaya hanyalah yang mereka yang rindukan kekasih,
Namun yang merindu hanyalah mereka yang selalu berselawat.
Ya Nabi, Ya Rasul,
Salammu alaik,
Ya Habi,
Salammualaik...

Tuesday, 10 July 2007

Dulu Sure skang JomHeboh

assalamualaikum.

sekali pandang mmg majlis@program sebegini nampak ok..tp setelah ia diharamkan oleh Sahibul Samahah Dato' Dr Haron Sani, Mufti Perak,kita pasti tertnya-tnya..kenapa beliau berpendapat sedemikian??apakah yg menjadi Sure Heboh diharamkan dlm Islam??malah ade plakk yg mempersoalkan kenapa mufti sorang ni??da tak de keje lain ke??mcm2 pulak mufti sebagai yg org yg expert dlm bidangnya dituduh dan diperlekehkan...mungkin inilah die masyarakat skang..



setelah beliau mgumumkan perkara tersebut, TV3 sbgai penganjur telah hampir-hampir mengulung tikar SureHebohnya..tp belum sempat pihak terbabit berbuat demikian,ade pulak surat sokongan dari beberapa pihak yg membenarkan kembali SureHeboh dan menidakkan kenyataan Mufti Perak..pantas pihak TV3 kira ini mcm 'green light' la...dan tak lama lepas tu nama pun tukar cm kite tgk ari ni..JomHeboh dgn iklan di kaca TV hampir setiap masa yg mempamerkan program tu cm best sgt..




bak kata pepatah "mcm2 ada!"...itulah yg boleh digambarkan apa yg ada pada program anjuran TV ini..hinggalah karoke pun disertai oleh wanita bergelar ibu sampai la ke anak2 kecil..waduh.sedih2..tp ada plak org kate program ni elok,,ptg ade ceramah agama AlKuliyyah..kan elok tu..tp belah malamnya ade ape tuan??jwb le sendiri..benda kalo dan cmpur antara makanan dengan nasjis ape jadi??masih sanggup makan??samelah..halal + haram takkan jadi halam..tp ia jadi haram..

atas kefahaman inilah baru2 ini beberapa org pemuda yg ingin menyampaikan info dan kesedaran kepada org yg hadir JomHeboh..tp telah ditangkap oleh pihak keselamatan program tersebut..kemudian dibawa ke balai polis utk soal siasat..apakah kesalahan mereka??menutup periuk nasi penganjur yg begitu gah itu??atau cuba memporak perandakan masyarakat??

inilah kata2 pemuda berjiwa kental ini, "Kami hanya mengedar risalah menyarankan etika hiburan yang dibolehkan dalam Islam. Lagipun pihak polis langsung tidak menghalang kerana isinya bukan berbau hasutan cuma sekadar menerangkan etika hiburan yang dibenarkan melainkan pihak keselamatan Jomheboh saja "..


"Kami hanya mahu memberikan pendidikan kepada rakyat terutamanya berkaitan etika hiburan yang dibenarkan kerana Jomheboh tidak mengandungi nilai-nilai murni ke arah melahirkan generasi yang cerdik minda dan bertamadun," tambah mereka lagi..

mereka yg terbabit akan dihadapkan di mahkamah 8 ogos 07 ni utk pendakwaan...apa yg diharapkan kita semua sama2lah berdoa semoga apa yg dilakukan beberapa kerat pemuda ini akan menghasilkan suatu impak yg besar kepada umat Islam seluruhnya di masa hadapan dan semoga mereka dilepaskan dari sabitan di mahkamah..amin

Thursday, 5 July 2007

tiada lagikah sifat kemanusiaan??

assalamualaikum

salam pemikiran..

minggu ini akhbar Berita Harian mendedahkan kaedah yang biasa digunakan oleh doktor2 'pakar' pengguguran janin @ bayi..
sebelum ana membawa anda semua melihat kaedah tersebut ingin ana mengingatkan sahabat2 bhw fenomena gugur bayi sudah menjadi perkara biasa di masa ini, tak kira remaja,pelajar sekolah,pelajar universiti dan sebagainya...

kita melihat pihak berkuasa menyerbu klinik2 pguguran bayi yg dibuka tanpa lesen atau 'haram',menggunakan kaedah gugur yg salah semata-mata..tapi pelikkan??mengapa perlu digugurkan bayi yg bersalah??tidak cukupkah hospital2 kerajaan @ swasta yg hanya melakukan pengguguran janin yg dibenarkan sahaja??mengapa perlu tambahan dari luar??mengapa tidak dilihat punca sebenar pengguguran?

tak lain tak bukan ini semua bermula dengan meningkatnya bilangan remaja yg mengandung secara tidak sah!sudah buat tidak ingat dosa pahala,kini anak dikandung pula menjadi mangsa..
inilah dia masalah sekarang..

baru2 ini seorang remaja perempuan yg didapati mengandung (secara luar nikah) oleh ibunya di lumut..apabila ditanya siapakah bapa kepada kandungan..si gadis yg sudah ditebuk tupai tidak tahu pun nama lelaki yg bakal menjadi 'bapa' itu..ya Allah..katanya dia hanya ingat number plate motor lelaki tersebut yg barang kali ditemui di tepian jalan..Astarfirullahalazim..lihat betapa gejala ini sudah parah di kalangan remaja seluruhnya..

dan berikut adalah kaeddah pengguguran yg ana petik dari Berita Harian,,:::

Pengguguran bayi pasti alami titik hitam kekal

Oleh Ibrahim Abdullah

PENGGUGURAN bayi sama dengan pembuangan bayi. Pengguguran dilakukan menerusi suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan itu akan membakar kulit bayi secara perlahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya selepas menderita selama berjam-jam, bayi itu akhirnya meninggal dunia.

Selama proses itu, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetik keras. Pengguguran bukan saja pembunuhan biasa tetapi cara pembunuhan keji. Setiap wanita mesti sedar dan berwaspada mengenai kes bahaya ini.



Pengguguran kehamilan pada usia enam hingga sembilan bulan dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi itu hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuh biasanya dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan dalam air, dipukul kepalanya hingga pecah, ditinggalkan dan dibiarkan begitu saja di mana-mana lokasi.

Proses itu sering kali tidak disedari pelaku dan wanita yang sepatutnya menjadi ibu penyayang. Mereka rasa selamat selepas melakukan pengguguran tetapi titik hitam tetap kekal dalam nurani pelaku tidak bertanggungjawab itu.

Mereka sentiasa diburu dan dihantui perasaan bersalah, berdosa dan menanggung risiko tidak berkesudahan dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Jika diketahui pihak berkuasa, mereka akan ditahan serta dihadapkan kemuka pengadilan.

Kes pengguguran anak atau pembuangan bayi ada hubung kait dengan perzinaan. Kerana malu dan aib yang ditanggung pelaku, mereka melakukan perbuatan keji itu. Perbuatan itu disebabkan kurang fahaman ajaran agama dan kerosakan moral tidak terkawal.

Firma Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takut kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu, sesungguhnya perbuatan membunuh mereka (anak), adalah satu kesalahan (dosa) besar.” (Surah al-Israk, ayat 31)

Dalam ayat ini Allah menjamin rezeki kepada anak dan juga pelakunya (ibunya), justeru kenapa ia dibunuh atau dibuang di merata tempat? Apakah kesalahan anak atau bayi itu? Mereka yang melakukan dosa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari pembalasan nanti.

Firman Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)

Perbuatan zina menimbulkan banyak kerosakan dalam masyarakat antaranya masalah nasab keturunan, mengembangkan pelbagai penyakit di kalangan masyarakat, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan. Jika sesebuah negara membiarkan perzinaan berleluasa, tanpa pengawalan sistematik, negara itu akan hancur.

Anak adalah anugerah Allah kepada manusia perlu dihargai. Sayangilah anak kerana mereka haruman syurga. Sayangi mereka semoga Allah merahmati dengan bimbingan serta lindungan ke arah jalan lurus.

Harap menjadi teladan..wassalam